Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tinggal Tahun 2008...

Hanya tinggal lebih kurang 10 minit lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru. Selangkah ke era baru, secara langsung telah bertambah usia kita. Soalan biasa yang acapkali di tanya bila bertemu rakan, saudara mara. Apa azam baru ko??? Yeaaahh, apa azam baru aku? Terus trang aku kata, tahun ini 2009.. Aku memang tidak memasang apa-apa azam. Mercun, bunga api sudah mula bekerdipan di angkasa raya di tempat aku sekarang ni. Sebenarnya pukul 9 lebih tadi dah mula dah bunyi-bunyian ni seme.. Aku tinggal dalam kawasan bandar, maka secara umumnya aku dapat melihat apa sahaja upacara-upacara yang berlangsung di kawasan sekitar. Macam baru-baru ni, ada perarakan Krismas.. Aku tengok dari tingkap jer. Kalau ada sambutan tahun baru, merdeka ke apa ker, kalau ada bunga api, aku memang tak payah keluar rumah. Tengok jer dari tingkap atau boleh naik tingkat atas (bumbung) lagi clear…

Berbalik kepada tahun 2008, banyak kisah duka dari suka yang berlaku pada aku. Tapi, sebagai hamba-Nya, aku mesti kuat. Walaupun aku ni tak lah sekuat mana. Setiap hari aku cuba sentiasa ingin ceria seperti dulu. Namun, keceriaan itu tak terpancar sepenuhnya, aku rasa cuma 67% jer kot..

Hari beranti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, masa juga telah berputar… Detik tahun baru semakin terasa. Selamat tinggal tahun 2008, selamat datang tahun 2009. Semoga ada sinar baru dalam hidup aku & juga manusia-manusia di muka bentala Tuhan ini. Insyaallah… Amin

No comments: