Wednesday, December 31, 2008

Ikan Kembong Rebus Goreng Cili Api

IKAN KEMBONG REBUS GORENG CILI API
RESEPI ASAL : My Mum

3 ekor ikan kembong rebus - samada dbeli/dwat sendiri
25 biji cili api - dtumbuk bersama garam
8 biji bwg merah - hiris halus
4 biji bwg putih - hiris halus
garam secukup rasa

CARA :
1. Pertama sekali goreng ikan kembong rebus. Selepas dangkat, ketepikan(Jangan terlalu garing nanti keras)
2. Kemudian, goreng bwg putih. Bila keperangan angkat & ketepikan.
3. Goreng pula bwg merah hingga hampir garing, selepas itu terus masukkan cili api yang dtumbuk & dkacau rata. Bila cili hampir garing, masukkan bwg putih serta ikan ke dalam kuali.
4. Gaul hingga rata, matikan api & boleh lah dihidang.

CARA WAT IKAN KEMBONG REBUS..

1. Jika ikan ada 3 ekor, bersihkan kemudian rebus ikan tadi bersama 3 keping asam keping, sedikit garam .
2. Rebus hingga air mendidih & ikan pun masak.

Ikan Bakar Dengan Air Asam


IKAN BAKAR DENGAN AIR ASAM
RESEPI ASAL : My Mum

4 ekor ikan kembong - dibakar / digoreng
* Bakar / Goreng tanpa garam & kunyit. (Jika nak letak sket garam pun boleh)

AIR ASAM :
1 biji buah tomato - di potong dadu
1/2 labu bawang besar - potong dadu kasar
20 biji cili api - potong dadu
2 sudu besar kerisik
1 inci belacan (belacan mukah/bintulu... sedap)
1 mangkuk air asam jawa - sederhana pekat
1 sudu besar gula
garam secukup rasa

CARA :
Gaulkan semua bahan ini, dan sesuaikan rasanya (garam & gula), kemudian boleh la dihidang.

Aku Orang Baru..

Assalamualaikum...
Pembuka bicara.. Sebenornya dari malam semalam lagik aku nak tolis neh. Tapi kemengantukan telah menguasai diri ini, so.. Terpaksalah menunda ke hari ini.

AKU ORANG BARU...
Begitulah tajuk post aku pada tengah hari ini.... Di hujung bulan Dec 08 neh!!! Walopon agak terlewat sudaaaa... Tapi takpelah, aku mulakan jugak mukadimah ini bior pon sepatotnya dari awal lagi aku kena memperkenalkan diri ini. Disini.. Di rumah aku yang serba kekurangan ini, aku akan berkongsi tentang apa yang aku suka, berkongsi cerita & sbgnya.. Sekiranya, aku ada terlanjur kata atau tersilap kata yang mungkin akan mengguris perasaan anda seme, pohon ampon & maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki...

Hatta bermulanya aku di alam maya ini adalah kerana tergamang/terposona & teruja melihat 'rumah' orang lain. Berbagai bentuk & warna, ini telah membuatkan aku seperti ditarik-tarik untuk membina sebuah 'rumah' khusus untuk diriku sendiri. Dimana aku bebas 'menghias & menyusun atur segala perabot & barang-barang' di dalam 'rumah' ku. Lalu aku dengan rasa rendah diri dan kerdil jika dibandingkan dengan manusia-manusia yang lain yang telah lama wujud di arena 'perblogkan' ini, terus merangkak secara perlahan-lahan mengikuti jejak langkah mereka semua. Jutaan terima kasih juga aku ucapkan kepada teman sekolahku.. Saudara Fared Raihan kerana beliau telah banyak membantu.

CIK SODA
...
Aku adalah Cik Soda, a.k.a bukan nama sebenar..
Aku tinggal di Borneo.. Sudah agak lama aku menetap di sini, hampir 4 tahun.

AKU SUKA...
  • Bangunan
Kenapa? Sebab, erm.. Sebab aku suka la hehehehe...
Senang cakap r, pi mana-mana lokasi/tempat/kawasan perumahan/bandar kecil/bandar besar.. Perkara pertama yang aku tengok adalah bangunan.
Aku suka tengok rekabentuk, warna, ciri-ciri yang ada pada bangunan tuh... Memang buat aku terpesona.
  • Kata-kata hikmah/motivasi
Yeahh.. Ai leb Quotes!!! Aku ada 1 buku, tapi rasanya dah nak masuk 2 buah buku da.. Aku salin & simpan kata-kata yang aku jumpa dalam buku tuh.

  • Chelsea
Aku suka pasukan ini!!! Hahahaha... Ditambah lagi dengan warnanya yang membiru. Biru adalah warna peberet aku.


.::. Ok, Cukup sampai di sini dahulu aku berkongsi apa yang aku suka. Len masa aku citer lagik. Astalavista bebeh .::.





Monday, December 29, 2008

Laksa Johor


LAKSA JOHOR
RESEPI ASAL : Nash (Lefthanded)
*** sediaan ini untuk 3 keluarga makan***

3 bungkus spageti
7 ekor ikan kembung - (rebus dgn 4 keping asam keping & sedikit garam
kemudian, keluarkan tulang & tumbuk isi ikan. Tulangnya juga dtumbuk, campurkan dgn sedikit air & tapis)
1/2 cawan udang kering - tumbuk
2 peket serbuk kari ikan
1 longgok udang basah/hidup - blend
6 biji bwg merah - blend
4 biji bwg putih - blend
1/2 cawan kerisik
1 biji kelapa - ambil santannya
1 inci lengkuas -dketuk
3 batang serai - dketuk
3 keping asam keping
Garam, gula secukup rasa
5 sudu besar cili kering - blend
3 sudu besar cili serbuk

BAHAN TUMIS :
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

SAMBAL BELACAN :
3 biji cili merah
15 biji cili api
1 inci belacan
Sedikkit garam
* Tumbuk semua bahan datas.

BAHAN TABUR :
2 biji bawang besar
RM2 taugeh mentah - buang ekor & cuci bersih
1 ikat Daun kesum - hiris
1 ikat kacang panjang - potong dadu
10 biji limau kasturi - belah dua
sambal belacan

CARA MEMBUAT KUAH :
1. Tumis bahan tumis terlebih dahulu. Masukkan bawang yang telah dblend.
2. Kemudian, bancuhkan rempah kari ikan dgn cili kering & cili serbuk. Selepas itu, tumiskan rempah yg dbancuh.
3. Masukkan santan, isi ikan, udang basah, lengkuas, serai, kerisik, asam keping, udang kering, garam & gula secukup rasa.
4. Masak hingga kuah mendidih.

Soto Simple


SOTO SIMPLE
RESEPI ASAL : Kak Liza + Ejas Sendiri

3 bungkus nasi himpit Nona - rebus selama dua 1/2 jam
3 buku kiub ayam Knorr

BAHAN TABUR :
Pegedil, ayam carik
Taugeh mentah - buang ekor & cuci bersih
Daun bawang
Suun goreng
Kacang tanah - goreng dgn minyak

BAHAN TUMIS :
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih

BAHAN KISAR :
6 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 biji buah keras
3 batang serai
2 sudu besar lada hitam
3 sudu rempah kurma
Tulang ayam/daging lembu

AYAM CARIK :
6 bahagian isi ayam (dada)
1 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
sedikit garam

CARA :
1. Tumbuk halus ketumbar, jintan putih & jintan manis.
2. Gaulkan ayam dengan garam.
3. Kemudian, gaulkan pula dengan bahan yang telah ditumbuk, perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih baik, semalaman.

SAMBAL KICAP :
2 biji cili merah
15 biji cili api
1 ulas bwg putih
2 biji limau kasturi
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
Sedikit garam

CARA :
1. Masukkan cili merah, cili api & garam tumbuk hingga lumat, masukkan bwg putih, gula & tumbuk.
2. Masukkan kicap serta air perahan limau kasturi, sesuaikan rasanya & gaul hingga sebati.

CARA MEMBUAT SUP :
1. Tumiskan bahan tumis, masukkan bahan yang telah dkisar.
2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma.
3. Masukkan tulang ayam/daging. Bila ayam sudah kecut, masukkan air (guna periuk yang sederhana besar).
4. Letakkan garam ke dalam kuah sup, masukkan kiub ayam, serbuk perasa.
5. Masakkan kuah hingga mendidih, sesuaikan rasanya & tutup api.

Gulai Rebung


GULAI REBUNG
RESEPI ASAL : My Mum

2 genggam rebung
1 biji kelapa - ambil santannya
20 biji cili api kecik - x nak pedas kurangkan cili
1/2 inci kunyit hidup
sedikit ikan bilis
* jika suka babat, boleh juga dletak bersama, tapi hendaklah direbus hingga lembut terlebih dahulu.

CARA :
1. Perah santan, kemudian masukkan dalam periuk.
2. Tumbuk lumat cili api bersama dengan sedikit garam.
3. Kemudian masukkan cili api ke dalam periuk, ambil sedikit santan dalam periuk tadi & masuk dalam lesung batu sambil kacau rata-rata. Tuang dalam periuk semula.
* ni petua orang-orang tua, jika nak gulai lebih enak.. hehehe..
4. Selepas itu, masukkan ikan bilis, babat (jika suka), kacau hingga sebati.
5. Kemudian, bolehlah dmasak & sekali-sekali gulai perlu dkacau supaya santan tidak berkepala.

Sunday, December 28, 2008

Kek Coklat Gula Perang



-->
KEK COKLAT GULA PERANG
SUMBER: Kak Liza + Ejas Senirik

Bahan A
1 ketul butter [250 gm]
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
½ cawan susu manis

Bahan B
3 biji telur
1 tsp esen vanilla

Bahan C
1 ¼ cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama

CARA :
1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana….kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang adunan dalam acuan .
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

NOTA
Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan / ikat tudung kukus dgn towel supaya air tak jatuh dlm kek.

Kek Koko Lembab


-->
KEK KOKO LEMBAB
SUMBER: Diri Sendiri


1 cawan koko Vochelle
1 cawan milo
1 cawan gula pasir- dmesin halus
1 ½ cawan air

• Semua bahan di atas hendaklah dipanaskan dalam
periuk hingga cair, guna api sederhana kecil


1 biji Buttercup
1 cawan gula pasir – dmesin halus
4 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
1 ½ sudu kecil baking powder
2 botol besar coklat rice
2 cawan tepung gandum – yg telah dayak bersama baking powder

CARA:
1. Pukul butter & gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan esen vanilla, gaul sebati.
3. Masukkan tepung, kacau perlahan-lahan
4. Masukkan bahan koko yg telah dcairkan

• Seeloknya, jgn panaskan terlalu awal bahan koko tadi,
Buat bahan kek dulu, baru bahan koko, masukkan semasa panas-panas

5. Masukkan coklat rice tadi & kacau rata
6. Setelah itu, masuk dlm loyang & kukus hingga masak, lebih kurang 1 jam,
guna api sederhana kecil.

• Balut tudung pengukus dgn kain towel yg bersih supaya air tidak menitis ke dlm kek.


Coklat Moist



-->
COKLAT MOIST
SUMBER: Linda


BAHAN A
2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan koko Vochelle
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

BAHAN B
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
* kedua-dua bahan ni gaul rata

BAHAN C
1 cawan susu cair
3/4 cawan minyak masak
1 cawan air panas mendidih

CARA:
1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk & gaul rata.
2. Masukkan bahan B, gaul rata.
3. Masukkan susu cair, kacau.
4. Masukkan minyak & air panas & gaul hingga sebati.
5. Masukkan dlm loyang & bakar hingga masak.

Pajeri Terung



-->
PAJERI TERUNG
SUMBER : My Mum


BAHAN A:
3 biji bwg putih - hiris
4 biji bwg merah - hiris
1/2 inci halia - hiris
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

1 cawan kelapa - buat kerisik
1 biji kelapa - utk santan pekat
3 sudu besar cili kering - yg telah dmesin
2 sudu besar serbuk cili
1 paket kecil rempah kari ikan
1/2 genggam ikan bilis - dtumbuk jgn sampai hancur
** atau boleh guna udang kering, tapi tak perlu dtumbuk..

** garam & gula secukup rasa (pajeri seelok-eloknya biar manis tapi jgn manis sangat)

CARA :
1. Tumiskan BAHAN A hingga naik bau.(minyak kene lebih sket)
2. Kecilkan api & masukkan rempah kari, tumis rempah kari sekejap & terus masukkan cili kering yg dah dcampur dgn cili serbuk, kacau rata.
3. Bila dah naik minyak, masukkan santan pekat, kacau.
4. Masukkan terung, ikan bilis yg dtumbuk/udang kering, kacau rata kemudian tutup periuk supaya terung cepat lembut.
5. Sesekali kacau supaya santan tak pecah, masukkan garam & gula secukup rasa.
6. Pastu, bila kuah hampir pekat, masukkan kerisik & gaul rata.
7. Perlahankan api supaya kuah mereneh hingga naik minyak.
8. Pastu tutup api.