Saturday, January 10, 2009

Demi Sehelai Baju Sejuk..

Aku kan tak tau ler nak bitau cemaner, tapi tol2 raser lega ada.. Letih ada.. Lawak pun ada. Malam tadi memang aku kesejukan yang teramat sangat. Sekarang, Sibu memang dilanda musim hujan. Umah aku ni kalo musim hujan, suhu bilik dia agak ketara sangat la darjah kesejukannya. Memang aku pakai sweater, siap stokin lagik. So, pagi tadi lepas bereskan kerje umah, aku tanya mak aku, kat maner dia simpan sweater adik aku, pasal sweater aku ni tak berapa nak tebal.
Mak aku kata.. "Cuba cari kat kotak yang pertama tu, kat situ baju2 yang jarang pakai.." Aku perati kotak2 dalam bilik tuh ada empat. Dua beso, dua kecik. Aku pun carik ler dalam kotak beso yang pertama tuh.. Carik punya carik tak jumpa. Bukak lak kotak kedua beso, selongkar punya selongkar tak der jugak.. Asudahhh.... Maner lak peginya. Adik aku memang tak amek pasal dia dah beli lain. Aku tetap tak puas hati, kotak2 kecik seme dah aku carik.. Arghhhhhhhhh..... tak jumpa jugak. Kalo baju sejuk ni ada enpon, nak jer aku kol dia, tanyer dia.. Maner lak dia nyurok... Kalo lar tak jumpa, tak sanggup lak aku nak menggigil lagi malam nati... Sambil2 kemas semula kotak yang aku dah selongkar tuh, aku amek marker, aku labelkan apa yang ada dalam kotak tuh. Nati pepehal pasni, kalo nak carik baju ker hapa, senang...

Aku dah panas dah ni, peluh dah menitis, mak aku pun ada cakap, dia pun dah lupa mana dia letak... Hadoyai...!!! Pastu, aku pegi lak selongkar ada tiga bungkusan plastik. Dua bungkusan kecik, satu bungkusan beso. Aku bukak yang kecik, takdo... Bukak lak yang beso, dah nak hampir pening dah aku mencarik... Last2, jumpa jugak. Adessss, dalam bungkusan plastik hitam ni upanyer.. Buat penat jek selongkar kotak2 tuh, takperlah.. Dapat jugak kan. Dari langsung tak dapat, lagi hangin....

Moral : Kalo kiter simpan sesuatu barang dalam kotak, dan kotak tu ada banyak, siler la wat label... Yang senang kita jugak nati nak mencarinya.. Huhuhuhuhu....

No comments: