Monday, January 12, 2009

Gaza.. Gaza.. Gaza..

Semua sudah maklum, saudara islam sesama kita kini berdepan dengan serangan yang cukup menyayat hati. Seramai 783 warga palestin maut.. Seramai 3,100 pula cedera selepas 13 hari serangan. Seramai 257 kanak-kanak telah terkorban akibat serangan rejim Zionis. Persoalannya, sampai bilakah serangan ini akan berakhir..? Berapa ramai lagi warga tua, kanak-kanak serta rakyat palestin lain yang akan terkorban..?

Sayunya hati tatkala melihat kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa...

Selain doa dan sumbangan yang harus kita berikan kepada mereka, kita juga wajar memboikot barangan AS tak lupa juga filem-filem mereka. Ini kerana, Amerika Syarikat merupakan pelindung dan penaung kepada Israel. Ia bukan setakat kuasa besar, tetapi gergasi ketenteraan nombor satu dunia.

Semalam, semasa menyelak beberapa akbar nasional, Cik Soda ada terjumpa satu doa yang dikelolakan oleh saudara Abdurrahman Haqqi di ruangan Ulul Albab, beliau menyeru supaya kita semua sama-sama melafazkan doa yang dipanjatkan oleh tentera Talut dan Salahuddin di mana ketika berada di Jurusalem dan tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian, dia berdoa :
" Ya Tuhanku, aku sudah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya engkau yang boleh menolongku dalam keadaan genting ini "
Jika kita semua bersatu hati, tanpa kenal erti jemu untuk terus berdoa, terus memboikot barangan-barangan dari AS, tidak mustahil " Empayar yang kejam, menzalimi, menganiaya manusia akhirnya akan tumbang. Amerika akan berdepan dengan krisis kewangan yang teruk " seperti kata Presiden Pergerakan keadilan Dunia (Just), Dr Chandra Muzaffar.


No comments: