Wednesday, January 14, 2009

Mengintai Dari Tirai Kamar...

Aku sebenarnya suka jugak tengok gaya kreativiti seseorang tuh bila mensnap gambo.. hehehe.. Sebab, setiap seorang di antara mereka ni mempunyai idea yang tersendiri demi menghasilkan mutu sesuatu gambo tersebut. Kat atas tuh merupakan salah satu gambo kawen member aku yg agak aku berkenan jugak la tengok...

Semalam lak, aku ada tengok satu web neh.. yang digelar KUKUBESI.. Menurut seorang temanku yang bernama Cokbam (bukan nama sebenar) Fazli neh merupakan senior kitaorang waktu sekolah menengah dulu. Maka aku pun try la bukak satu-persatu halaman web tersebut. Wahh... Agak terkasima la jugak aku melihat hasil kerja beliau.

Jadi, aku ada la copy paste sket gambo-gambo kawen yang menarik perhatian aku...

Aku memang suka akan sesuatu gambo tu kalo dia ada ciri-ciri misteri, unik serta ada aliran drama...
Kat kawasan pasir pun boleh wat gambo kawen... cayalah

Ok, cukup la beberapa gambo ni jek untuk tatapan seme, tak bley manyak-manyak, nati macam salah guna lak jadinya.. Aku saja simpan web neh, mana la tau satu hari nati, tiba giliran aku plak nak menggunakan khidmat beliau... Hahahaha.. Wah, terlebih sudah! Jadi, kepada mereka-mereka di luar sana yang berminat boleh la cuba mengontek beliau... www.kukubesi.com

Syukran..


No comments: