Monday, March 23, 2009

Durian Belanda Cegah Kanser

Kajian Universiti Hawaii & Universiti Purdue mendapati durian belanda atau nama saintifiknya Annona Muricata mampu merawat & mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser. Malah kandungannya juga mampu meningkatkan kesuburan dari segi perubatan moden. Bahan yang terkandung dalam buah ini boleh digunakan sebagai antibakteria, antikanser, antitumor, astrigen & penyakit saraf. Kandungan inilah yang membolehkan ia mencegah kanser. Malah, buah ini juga mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline & tannin. Di Jamaica, Haiti & India Barat, buah & air perahannya diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanak-kanak & ubat cirit-birit.

No comments: