Friday, July 31, 2009

Kek Pisang

Senanya, kek ni dah pena post dah dulu, pastu tadi ada nak ejas sket sukatan Soda & Esen Pisang, alih2 tak bleh nak save la plak.. Sudahnya, taip la lagi sekali..

KEK PISANG
SUMBER : Makcik Nor


2 cawan tepung gandum - ayakkan
1 cawan minyak masak
1 cawan gula halus
1/2 cawan marjerin
3 biji telur
1 cawan pisang yang telah di lenyek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovelette
3/4 sudu kecil esen pisang
3/4 sudu kecil soda bikarbonat

CARA :
1. Pukul gula dgn marjerin, pastu masukkan telur, pukul hingga kembang.
2. Masukkan minyak, kacau rata.
3. Masukkan esen pisang, ovelette & pisang yang telah di lenyek tadi. Kacau rata2.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
5. Bila semuanya sudah sebati, masukkan dalam loyang & bakar hingga masak.

*** Baking powder & Soda tadi tapis dulu bersama dengan tepung




Tuesday, July 28, 2009

AYAM PENYET

Hehe.. Malam tadi, takder selera nak makan nasik. Masa jalan2 kat pasa malam, mak ada tanya.. Nak makan ayam penyet tak..?? Wuhuu.. Saper tak nak, mestila nak. Sedap!!! Bagi sesapa yang belom pernah rasa, terai la.. Sedap tau, Soda suka ayam dia & sambal dia.. Perghhh best. Nasi dia lak di kukus, lembut jer, wangi coz di bungkus dengan daun pisang. Kalo sesapa pegi Kuching, boleh la order... Kat sana mmg popular. Kalo sesapa datang Sibu, boleh makan kat Kg. Bandung.. Gerai dia bukak malam.. Harganya ialah.. RM6.00 sahaja..

Mee Rebus Jawa

Hari Ahad kelmarin, kat umah ada wat jamuan minum petang sket, makan mi jawa & dessert.. Tapi sayang, tak leh nak amek gamba time kengkawan datang coz kamera Soda ni, rosak sket, time cerah2, siang2 tak bley amek gamba, imej tak kua, kalo dalam gelap, gamba dia clear sangat, time amek gamba mi ni pun tutup lampu.. Hehe.. So, kiranya, kamera yg rosak ni khas utk amek2 gamba2 respi jer la..


MEE REBUS JAWA
RESEPI ASAL : My Mum

2 kg mee kuning
1 kg daging - potong kecil, rebus sampai empuk
1 kg tulang
2 pinggan udang
1/2 buku gula kabung / gula melaka
4 buku keledek sederhana besar
1/2 cawan udang kering - ditumbuk
1 1/2 senduk gulai cili blender
1 1/2 peket rempah kari ikan/daging (guna kari ikan lagi kick rasa dia..)
10 biji bwg merah - blend
5 biji bwg putih - blend
1 inci halia
1 inci lengkuas - diketuk
4 batang serai - diketuk
2 sudu besar taucu
1 senduk larutan tepung jagung
Air rebusan daging & tulang

BAHAN TABUR :
Daun sup, daun bawang - hiris
Cili merah - hiris nipis
Limau nipis/kasturi - dibelah
Tauhu goreng
Telur rebus
Taugeh - dicelurkan sekejap

CARA MASAK KUAH :
1. Tumis bahan blender hingga kekuningan. Bila wangi masukkan rempah kari, kacau sekejap & terus masukkan cili blender.
2. Bila cili dah naik minyak, masukkan udang, air rebusan daging & tulang. Tambahkan air untuk mendapatkan kuah yang lebih.
3. Masukkan serai, lengkuas, taucu, udang kering. Masukkan garam, gula kabung atau gula melaka.
4. Masukkan keledek, masak sampai kuah mendidih. Kuah biar sedikit manis tapi jgn terlalu manis.
5. Kemudian, tuangkan larutan air tepung jagung ke dalam kuah, kacau.
6. Jika kuah kurang pekat, boleh tambahkan lagi air tepung jagung.

Friday, July 24, 2009

Puding Buah Kastard Bersusu

Dah ramai orang tau wat ni kan, tapi kadang2 ada di antara kita men agak2 jer sukatan utk kastard dia kan, tapi yang Soda nyer respi kastard ni, amek dari Zaidah, kawan2 mak pun dah ramai try, so dorg kata kastardnya elok tak keras.



PUDING BUAH KASTARD BERSUSU
SUMBER : Kitab Respi Soda

1 tin buah-buahan campuran - buangkan airnya

Bahan Kastard :

1 cawan tepung kastard

4 cawan air

1 1/2 senduk gula

1 biji telur ayam


Bahan Kuah :
1 tin susu cair Ideal

1 tin air biasa

2 senduk gula


CARA :
1. Untuk kastardnya, bancuh semua bahan hingga sebati & masak di atas api sehingga berkilat.
2. Kemudian, matikan api, tuang dalam acuan, biarkan sejuk baru di potong.
3. Untuk kuahnya, campurkan semua bahan dan masak di atas api sederhana.
4. Hidangkan puding bersama kuah & buah-buahan campuran dalam tin.



Peria Goreng Taucu

PERIA GORENG TAUCU
RESEPI ASAL : Wife Uncle Ah Lee

1 biji peria
2 biji bawang merah - hiris
1 biji putih - di ketuk
Sedikit ikan bilis - di tumbuk jgn sampai hancur
12 biji cili api - di tumbuk
1 sudu besar taucu
Sedikit air

CARA :
1. Belah dua peria, buangkan biji kemudian hiris, jgn tebal sangat. Cuci bersih kemudian rendamkan dalam air garam selama 1 jam supaya pahitnya berkurangan.
2. Tumiskan bawang merah & bawang putih hingga wangi, masukkan ikan bilis, gorengkan ia.
3. Pastu, masukkan cili yang telah ditumbuk, bila cili dah masak, masukkan peria.
4. Bila dah masukkan peria, masukkan air & kacau rata. Masukkan taucu, garam sket jer sekadar secukup rasa.
5. Masakkan peria sampai lembut, bila rasa seme dah ok, matikan api.


Masak Asam Rebus


MASAK ASAM REBUS
RESEPI ASAL : My Mum

Bahan Tumbuk :
3 biji bawang merah
1 inci belacan
1/2 biji kunyit hidup

1 ekor ikan kembung - potong dua
6 biji bendi
1 senduk cili kering blender
1 keping asam keping
Daun kesum secukupnya
Air secukupnya untuk kuah

CARA :
1. Masukkan ikan dalam periuk, masukkan asam keping, daun kesum, cili kering, air secukupnya untuk kuah.
2. Masukkan juga bahan yang di tumbuk, kacau rata.
3. Kemudian, jerangkan atas api, bila dah gelegak, masukkan garam & juga bendi.
4. Pastu, rasakan garamnya, tutup api.

Thursday, July 23, 2009

Kurma Untuk Wanita Hamil

Sekiranya ada sedang hamil, amalkan memakan buah kurma. Buah ini membantu mengurangkan risiko diserang penyakit kronik seperti serangan jantung & kencing manis kerana kandungan kalsium, potasium & zat besi yang penting untuk sel darah merah. Kurma juga baik untuk wanita hamil kerana ia merangsang kesihatan & memudahkan semasa bersalin serta memberi tenaga tambahan. Selain itu, kurma juga membantu proses tumbesaran serta menjana minda kanak-kanak. Kurma juga sesuai dimakan oleh wanita yang kekurangan susu badan kerana kandungan zat besi & kalsiumnya menambahkan air susu.

Elak Kanser Payudara


Banyakkan memakan makanan-makanan ini :-

a) STRAWBERI - Kaya dengan Vitamin C yang mengurangkan risiko barah payudara

b) BROKOLI - Mengurangkan estrogen yang mengakibatkan mutasi pada sel dan menggalakkan pertumbuhan tumor

c) KEKACANG - Jagung dan sayuran kekacang menimbulkan rasa kenyang

d) KUBIS - Kubis merah yang kaya Vitamin C tidak mengandungi sodium atau lemak.


Tuesday, July 14, 2009

Vadei

Kueh Vadei ni adalah salah satu kueh kesukaan Soda, goreng rangup2..
Perghhh.. Mantopppp

VADEI
RESEPI ASAL : Auntie Letchumy

1 kg kacang dal
2 biji cili hijau - hiris
2 biji cili merah - hiris
4 biji bawang besar -potong dadu
50gm cili kering - gunting halus
250ml air
Sedikit daun kari - hiris
Garam & minyak

CARA :
1. Kacang dal direndam semalaman, kemudian rebus hingga empuk.
2. Setelah kacang dal empuk, gaulkan & masukkan pula bwg besar, cili kering, cili merah, cili hijau & daun kari, gaulkan.
3. Tuangkan air, pastikan adunan tak terlalu lembik. Masukkan garam secukup rasa.
4. Gaul hingga sebati, sapukan sedikit minyak di atas tapak tangan & bentukkan adunan, bulat2 & leperkan sket (jgn terlalu leper..)
5. Panaskan minyak, bila dah mendidih, gorengkan Vadei hingga kekuningan. Bila dah masak, angkat.


Kueh Lapis

KUEH LAPIS
RESEPI ASAL : Arwah Wan

1 pot susu (saiz pendek) tepung beras cap gajah
2 pot susu santan
3/4 cawan gula
Sedikit pewarna merah
Sedikit esen Ros
Sedikit garam

CARA :
1. Bancuhkan gula, santan, tepung, garam hingga sebati dalam mangkuk besar(pastikan gula betul2 hancur).
2. Kemudian, bahagikan sama rata dalam mangkuk lain, iaitu.. 1 larutan putin, 1 lagi larutan merah.
3. Seterusnya, sediakan loyang pengukus, buh selang-seli putih merah, (pastikan lapisan itu benar2 dah keras tidak cair baru tuang lapisan seterusnya).
4. Lakukan proses ini sehingga larutan abis.


Tempe Goreng Kicap

TEMPE GORENG KICAP
SUMBER : My Mum

2 keping tempe - hiris nipisi, gaul garam & serbuk kunyit
1 mangkuk kecil ikan bilis
4 biji bawang merah - hiris nipis
7 biji cili api - hiris
Kicap secukupnya - Soda guna Kicap Adabi, kalo Kicap Kipas manis sangat..

CARA :
1. Gorengkan tempe hingga rangup. Angkat & isi dalam mangkuk.
2. Gorengkan pula ikan bilis hingga rangup, angkat.
3. Pastu, goreng bawang hingga keemasan, masukkan cili api.
4. Kacau, kemudian masukkan pula tempe & juga ikan bilis yang telah digoreng tadi.
5. Masukkan pula kicap, agak2 jer la ehhh.. Nak buh banyak mana, hehe...
6. Gaul rata, kemudian angkat. Siap!

Ikan Kembung Belah Belakang

IKAN KEMBUNG BELAH BELAKANG
RESEPI ASAL : My Mum

3 ekor ikan kembung yang besar
Sedikit serbuk kunyit
Jarum & juga benang secukupnya

Bahan A :
20 biji cili api
3 biji cili merah - buang biji
4 biji bawang merah
2 batang serai - hiris nipis
Garam secukup rasa

Bahan B :
1 1/2 biji air limau nipis
3 sudu kecil gula


CARA :
1. Tumbuk Bahan A hingga lumat.
2. Kemudian, gaulkan bahan yang ditumbuk dengan Bahan B. Rasa garam & gulanya.
3. Untuk ikan pula, keluarkan perutnya melalui leher ikan. Jangan belah perutnya (cabut jer). Kemudian belah belakang ikan dari kepala sampai ekornya.
4. Kemudian, gaulkan ikan dengan garam & juga serbuk kunyit. *** Jangan terlalu masin, sebab sambal ikan tadi dah masin. Masukkan sambal ke dalamnya.
5. Pastu, jahitkan jarang2 belakang ikan dengan benang (benang yg ada jarum la... Hehe) supaya apabila kita goreng ikan tu, isinya tidak terkeluar.
6. Seterusnya, bolehla digoreng ikan tu hingga masak.

Saturday, July 11, 2009

Gulai Darat

GULAI DARAT
SUMBER : Makcik Kelantan


BAHAN TUMBUK
1/2 kg daging - hiris

4 biji bwg merah

2 biji bwg putih

1/2 inci halia


1/2 inci lengkuas - ketuk sampai pecah
1 biji kelapa - ambil santannya

1 senduk cili kering blender

1 senduk rempah kari daging


CARA :

1. Masukkan semua bahan dalam datu periuk. Kacau rata.

2. Jerangkan atas api, bila dah gelegak masukkan garam.

3. Bila rasa dah ok, daging dah masak, bolehla matikan api, sekian.





Friday, July 10, 2009

Serat Cegah Penyakit

Serat mampu mencegah beberapa penyakit berbahaya termasuk barah, kencing manis, jantung dan kegemukan. Mana benarnya kenyataan ini? Laporan rujukan 'Principles Of Anatomy And Physiology' mengatakan; "individu yang memilih diet yang kaya serat dan tidak diproses akan mengurangkan risiko membentuk penyakit." Walaupun serat tidak dianggap sebagai nutrien atau zat makanan utama, pakar pemakanan mengesyorkan setiap individu harus mengambil makanan yang mengandungi serat sekurang-kurangnya 20-35 gram setiap hari. Jadi, banyakkanlah makan makanan yang mengandungi serat seperti oat, beras merah, sayur serta buah-buahan berserat untuk mengelak terkena serangan penyakit.





Sup Sayur Sawi

Salam pagi Sabtu.. Ni ada sket menu ringkas utk entri kali ni. Sayur sawi ni bese kita goreng kicap, goreng kosong, buh dalam mihun, megi kan.. Kali ni cuba korang terai yang ni plak... Masa wat ni dulu, guna bahan simple jer la, tapi boleh tambah bahan dia yang len seperti... Sila lihat respi yer, hehe...

SUP SAYUR SAWI
RESEPI ASAL : My Mum


2 pokok sayur sawi
3 biji bwg putih - hiris
3 biji bwg merah - hiris
1/2 inci halia - hiris
1 biji telur
1 biji lada besar merah - hiris
1 biji lobak saiz kecil - hiris bulat
Sedikit pepper Aji-Shio
Segenggam udang kertas
Sedikit hirisan daun sup
Sedikit bawang goreng
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa

CARA :
1. Tumiskan bwg putuh, bwg merah & halia, guna api sederhana jer yer.
2. Bila dah naik bau, masuk udang, fish ball, fish cake. Bila dah sedikit kecut, masukkan air.
3. Bila kuah dah gelegak, masukkan telur ke dalamnya.
4. Pastu, masukkan lobak, bila lobak hampir lembut, masukkan cili & sayur sawi.
5. Masukkan garam & pepper.
6. Bila rasa seme dah ok, matikan api. Taburkan bawang goreng serta daun sup tadi, siap!!!

Chop... Chop..

Ahaaaaa... Nak lagi best, makan sup sayur ni, kene ada lawan dia. Seperti ikan goreng cili api ni. Tak kisah samada nak guna ikan bese, atau ikan kembung rembus, tapi yang penting dia mesti ada cili api, barulahhhh mantoppppppppp... Hehe.. Untuk menu ikan kat atas ni, korang boleh klik kat... SINI




Monday, July 6, 2009

Kebaikan Minyak Zaitun



--> -->
Menjaga kesehatan dan kesegaran tubuh tetap dan mutlak dilakukan. Menjaga dan merawat tubuh adalah wujud dari penghargaan kita terhadap kecantikan yang sudah diberikan. Bukankah kebersihan sebagian dari Iman?
Anda tak harus menyiapkan budget khusus, ratusan ribu untuk perawatan ke salon. Sebab banyak produk low cost yang ternyata memiliki efek tak kalah dahsyat. Salah satunya adalah Olive Oil atau minyak zaitun, yang selain
dapat digunakan untuk memasak, diminum untuk kesehatan, juga memiliki khasiat kecantikan yang dahsyat.
Oleskan minyak zaitun dua kali sehari ke seluruh tubuh. Lakukan sesudah mandi di pagi hari, petang, atau menjelang tidur. Di samping menghaluskan dan melembutkan kulit, minyak zaitun juga memberi efek hangat. Kerana itulah, minyak ini sering digunakan untuk pelengkap massage di spa dan salon. Minyak zaitun,menurut sebagian orang, juga diyakini dapat menjaga dan merawat keindahan rambut. Caranya, oleskan di rambut satu hingga dua jam sebelum bersyampu. Selain itu, bagi anda yang merasa memiliki tangan kasar. Letakkan minyak zaitun dalam bekas.Rendam sarung tangan dengan minyak zaitun, perakan lalu pakai sarung tangan tadi bila tidur malam. Keesokan harinya kulit tangan Anda akan terasa lebih lembut. Atau,Tuangkan minyak zaitun ke dalam
mangkuk secukupnya, kemudian rendam jari-jari Anda selama 15-20 menit ke dalamnya. Lalu keringkan. Cara ini akan membuat kuku Anda tampak bersinar.

TIPS : Pilih jenis minyak zaitun yang tidak mengandung campuran bahan lain. Biasanya di label tertulis organic extra virgin expeller-pressed olive oil.