Wednesday, August 26, 2009

Ayam Briyani

Hehe.. Respi baru ni, amek dari Fazli Zainal, cuma xde badam ngan daun pudina je ni. Satu pasar ayah Soda ronda cari daun pudina, tapi xde lak org jual.. So, kalo kawan2 seme nak wat, wat la buh seme bahan dia yer...

AYAM BERIYANI
RESEPI ASAL : Penyanyi Fazli Zainal

1/2 kg ayam
1 tin Susu cair
1 sudu besar madu
4 sudu besar sos tomato
1/2 tin kecil minyak sapi
50gm rempah briyani Maggie (1 pack)
10 biji bwg merah utk wat bawang goreng
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun pudina
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
Sedikit kismis & badam
Garam secukup rasa

Bahan Tumbuk/Blend :
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia

CARA :
1. Panaskan minyak sapi.
2. Tumiskan bahan tumbuk.
3. Masukkan rempah briyani, masukkan tomato sos, bawang goreng, kismis, badam, madu & ayam.
4. Kacau sampai ayam tu kecut, masukkan madu, masukkan susu cair kemudian tutup kuali supaya ayam masak. Sesekali hendaklah di kacau supaya tak hangit.
5. Bila kuah hampir pekat, masukkan garam, daun ketumbar, daun pudina, daun bawang & daun sup, kacau & balik2 kan sampai kuah dia tu pekat macam masak rendang.
6. Bila rasa semua dah ok, matikan api.


Monday, August 24, 2009

Daging Goreng Sambal

Bulan2 puasa ni, banyak sangat rancangan masak kat tb kan, semalam tgk Chef Liza masak paru. Adoiii.. Memang peberet Soda paru tu. Tapi, kat Sibu ni xde nampak org jual. Nak tak nak ganti dengan daging. Selamat mencuba...

DAGING GORENG SAMBAL
RESEPI ASAL : Chef Liza

1/2 kg daging - dipotong nipis
1 sudu besar gula melaka
Sedikit garam
1 biji limau nipis

BAHAN TUMIS :
5 biji cili merah - buang biji & tumbuk
20 biji cili api - tumbuk
4 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - timbuk

BAHAN TUMBUK (Untuk Perap Daging) :
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit

CARA :
1. Perapkan daging dgn bahan yang di tumbuk. Biarkan 15minit, kemudian goreng kan daging, bila dah masak, angkat & asingkan.
2. Pastu, tumiskan bahan utk di tumis, masukkan gula melaka, sedikit garam.
3. Kacau sampai sambal naik minyak. Sesuaikan rasanya (garam & gula), kemudian masukkan daging yang telah di goreng, air limau nipis, gaul rata & matikan api.




Friday, August 21, 2009

Sambal Belacan Buah Kuinin

Hehehe.. Ada sesapa teliur tak, nyam nyam... Jgn jeles.. Buah kuinin ni amek kat depan umah, seberang jalan. Jatuh tergolek kat depan umah kita, kita pun amek la.. Hehehehe...

Sambal ni paling sedap makan dgn ulam : Pucuk Ubi, Kacang Panjang, Ulam Raja & len2.. Huiii, mantopp!!!

SAMBAL BELACAN BUAH KUININ

RESEPI ASAL : My Mum

1 biji buah kuini - dicincang, amek isinya (jgn amek sabut dia, amek isi bahagian luar jer ehy..)
2 biji cili merah
10 biji cili api (nak pedas, tambah lagi..)
1 inci belacan - di bakar
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

CARA :
1. Tumbuk cili dengan belacan sampai hancur.. (Biji lada bahaya tau kalo tak hanco)
2. Buh buah kuinin, gula, garam.. Tumbuk lagi
3. Kalo suka manis, tambah kan gula lagi..
4. Bila rasa dah best, kuarkan & boleh la di makan.. Perghhh...


Gulai ni senang kan, tak yah la.. Buh respi, seme pun tau kan.. Tingat masa anak2 maklong masih kecik, dia selalu wat gulai kacang ni utk anak2 dia, tapi dia tak buh cili la.. Kalo dia masak, mesti ada byk periuk, utk dia & anak2 dia.. Rajin, nati Soda kawen nak jadi cam dia la.. Uhuk uhuk.. Eheks....
Saja buh gamba gulai kacang ni, pasai tengah hari tadi menu ni la.. Sambal kuinin, ikan masin & gulai kacang.. Nasi lak panas2.. Huiii... Kira kalo orang bagi salam kat belakang memang tak dengar gamaknya... Wakakaka.. Oyer,

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA RAKAN2 BLOGGER SODA ATAU SESAPA SAJA YANG TERJAH MASUK KE SINI...
SEMOGA PUASA & AMALAN KITA DIBERKATI, AMIN....



Sunday, August 16, 2009

Rendang Kerang

Kerang ni, pebret ayah Soda. Tak kisah la masak cemana pun asalkan yang berasaskan kerang. Kalo di Semenanjung, kerang murah kan.. RM2 sekilo, mcm tu la.. Kalo area Sibu Sarawak ni, sekilo kalo yang besar RM15, yang kecik sket saiz dia RM7 sekilo.. Phewww... Kalo nak wat niaga kueteow kerang ni, kena pikio banyak kali, hehe...

Hehe... Fail kalo bab menghias menu.. Bak kata mak Soda, tak bley lawan la ngan MAT GEBU nya deko.. Hehe.. Psst, ni 2nd nya pic, cucuk jer daun kunyit, kekeke...

RENDANG KERANG

RESEPI ASAL : Arwah Wan

2 kg kerang - diebus, ambil isi & toskan
3 senduk gulai cili kering blender
3 cawan santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit - hiris

Bahan Blender :
1 biji bawang besar (sederhana besar)
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
Garam & gula secukup rasa

CARA :
1. Tumis bahan blender sampai wangi.
2. Bila agak kering, masukkan cili, kacau sampai sedikit kering & naik minyak.
3. Masukkan santan.
4. Kacau semua bahan sampai 1/2 kering, masukkan garam, kerang rebus & sedikit gula.
5. Masukkan kerisik, bila hampir kering masukkan daun kunyit.
6. Balik2 kan kemudian tutup api. Siap...




Thursday, August 13, 2009

Daging Goreng Kari

Wat masak ni kelmarin sebenanya, tapi terlambat jer nak post kat sini. 1st time masak ni, sebab dah jemu da nak masak daging ni wat gulai, kari & len2 lagi, hehe... So, mak cakap, try wat yang ni lak. Erm... Bila dah siap masak, ngap.. Erm, sedap gak!

DAGING GORENG KARI
Sumber : Rancangan 1001 Rasa Babas

1/2 kg daging di potong nipis
2 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu besar rempah kari
3 biji bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - hiris bulat
1/2 inci halia - hiris
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 sudu besar tomato sos
1 sudu kecil jintan manis - tumbuk
2 pokok daun bawang - hiris dalam 2 inci pjg
Sedikit garam

CARA :
1. Perapkan daging dengan serbuk lada hitam, rempah kari & garam.
2. Pastu, gorengkan daging hingga masak, angkat.
3. Tumiskan bawang putih, bawang besar, bunga cengkih, bunga lawang & halia.
4. Bila dah naik bau, bawang layu, masukkan daging tadi & juga soso tomato.
5. Masukkan pula sedikit garam.
6. Masukkan daun bawang, balik2 kan kejap, baru angkat.




Tuesday, August 11, 2009

Shortbread Cookies

Pestaim Soda makan ni masa gi raya umah member kat Raub. Tahun biler yer, dah lupa da.. Maklum la da tua, hehe.....

SHORTBREAD COOKIES
SUMBER : Alaf 21

Bahan Biskut :
225gm mentega
75gm gula kastor
250gm tepung gandum - ayak
1/4 sudu kecil garam

Bahan Hiasan :
180gm coklat masakan - double boilerkan ia
1 sudu besae lemak sayuran
90gm coklat putih/coklat biasa - hiris halus, cairkan (double boiler)

CARA :
1. Lengserkan tin 7x7 inci (17.5x27.5cm) dengan marjerin cair.
2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
3. Masukkan bahan ayak & gaul hingga jadi doh yang lembut. Ratakan ke dalam tin tadi kemudian cucuk atasnya dengan garfu.
4. Bakar pada suhu 160'C selama 40min atau hingga masak. Biar sejuk di dalam tin.
5. Tuangkan coklat masakan & titiskan coklat putih.
6. Lorekkan dengan lidi koktel supaya menjadi corak marmar (marble).
7. Bila coklat keras, bolehlah dipotong biskut tadi bentuk empat segi & simpan dalam bekas kedap udara.
8. Alaskan dengan kertas kalis minyak, supaya coraknya kekal elok tetapu hendaklah diletak di tempat yang tidak panas.

** Lebih mudah menggunakan loyang cutter...

Monday, August 10, 2009

Biscotti

Salam hari Isnin. Hari apa ek, Soda jenjalan dari blog ke blog. Tibe2 tertengok orang jual beskot raya. Ada mahal, ada murah. Macam2 jenis ada. Yang paling tertarik hati, ada yang jadikan Biscotti ni sebagai hamper/adiah kira boleh di wat bisnes jgk la. Rege dia?? Hmm... Boleh tahan jugak la.. Ni Soda ada kasik respi, mana tau ada yang cube2 nak wat kan.. Style buh coklat dia ska ati la nak buh cemana, nak celup atas ke, bawah je ke.. nak layang2 ker.. Terpulang..

BISKUT BISCOTTI

1 3/4 cawan tepung serba guna
1 cawan gula halus
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
4 sudu besar mentega tanpa garam (disejukkan & dipotong)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan ceri marah - cincang
1 1/2 cawan kacang pistacio - buang kulit
2 biji telur - pukul sedikit
Gula aising untuk tabur
Coklat cair - utk celup/hiasan

CARA :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'c.
2. Lengserkan dulang pembakar dengan mentega.
3. Masukkan tepung, gula, serbuk penaik & garam dalam pengadun elektrik, putar seminit.
4. Masukkan mentega, esen vanilla & ceri lalu putar sebentar hingga jadi menjadi seperti serbuk roti.
5. Masukkan pistacio & telur, putar seminit lagi. Kemudian bahagi adunan kepada 4 bahagian.
6. Tabur sedikit tepung pada papan canai & canai serta gulung setiap bahagian adunan memangjang 20cm.
7. Letakkan adunan di atas dulang bakar jarak 10cm di antara satu sama lain.
8. Menggunakan jari, leperkan adunan & tabur gula di atasnya.
9. Bakar 25 minit / hingga kuning. Keluarkan biskut & sejukkan setengah jam. Kerat2 biskut setebal 1.25cm.
10. Bakar semula 7 minit lagi. Angkat biskut & sejukkan.
11. Tabur lagi gula icing / boleh guna coklat untuk celup sebahagian biskut ke dalam coklat cair, atau boleh layang2 kan coklat di atas biskut.


SUMBER : Kitab Respi Soda
GAMBAR : Cilok Dari Google

Friday, August 7, 2009

Kerabu Tomato

Huhu.. Gambo tak berapa nak cantik laks.. Keke... Ni adalah menu kegemaran mak Soda. Resepi ni arwah wan yang ajar. Walopun simple, tapi sapa sangka kan.. Tomato boleh wat cenggini.. Sedap tau..

KERABU TOMATO
RESEPI ASAL : Arwan Wan

2 biji tomato - hiris bulat (bilangan tomato bergantung pd saiz)
1/2 biji bawang besar - hiris
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

CARA :
1. Masukkan tomato yang di hiris, bawang, daun kari ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan santan, masukkan garam secukup rasa.
3. Gaul rata2.. Pastu, simpan dalam peti sejuk.
4. Bila nak makan nasi, baru kuarkan.

** Psst, makan tomato hari2, kulit cantik tau.. Hehe..


Wednesday, August 5, 2009

Ikan Percik

Biasanya ikan percik wane putih kan kuah dia, tapi kitaorang suka pedas sket, so tambah cili kering sket.. Ni menu kegemaran adik Soda..

IKAN PERCIK
RESEPI ASAL : Mak Cik Zah Kelantan

2 ekor ikan kembung besar - dibakar/digoreng
2 cawan santan pekat
1 senduk cili kering blender
1 keping asam keping
2 batang serai - diketuk
Garam & gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK :
1/2 inci halia
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah

CARA :
1. Masukkan santan dalam periuk, pastu masukkan semua bahan tadi & kacau sampai pekat.
2. Perasakan kuah, pastu letakkan ikan dalam pinggan.
3. Siramkan kuah ke atas ikan.. Suda.. Hehe


Kentang Goreng Berlada

Hehe.. Kalau makan ni, mesti tingat masa zaman blaja dulu, dok umh sewa. So, nama pun plajar, tak leh la nak makan mende mahal2. Selalunya makanan ruji lagi jimat kos bg kitaorang ialah kentang, tauhu, tempe, kangkung... Ikan kadang2.. Ayam pun kadang2.. Hehe.. Kentang ni, Soda blaja dari kawan Soda nama Ana, slalu pangey dia Ana Kajol coz muka dia macam Kajol, dia org jawa, stp kali dia masak, mesti ada daun limau purut.. Ni la menu bese kitaorang.. Tapi dulu kalo wat kentang dgn ikan bilis jer, hehe... Jimat kos dulu2.. Hehe..

KENTANG GORENG BERLADA
RESEPI ASAL : Ana Kajol

3 biji kentang - hiris nipis, pastu gorengkan
2 biji bawang merah - tumbuk
1 mangkuk ikan bilis - gorengkan
1 mangkuk kacang tanah - gorengkan
1 biji bawang besar - hiris
1 helai daun limau purut
1 keping asam keping
1 sudu besar gula apong/gula melaka/gula putih (ikutla nak manis mana)
1 1/2 senduk cili kering blender
Garam secukup rasa

** Nak masukkan tempe yg telah dgoreng pun boleh, lagi sedap...

CARA :
1. Tumiskan bawang merah yang di tumbuk, biarkan hingga naik bau, pastu masukkan bawang besar.
2. Bila hampir layu, masukkan cili kering blender. Kacau.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan asam keping, daun limau purut, garam secukup rasa & gula apong/melaka.
4. Kemudian, masukkan bahan2 yang telah di goreng tadi.
5. Gaul rata, bila semua rasa dah ok, matikan api.


Sunday, August 2, 2009

Biskut Sampan

Ok, ini adalah Request dari adik Eiqa.. So, Soda dapatkan dua jenis resepi untuk dia. Adik dgn mak adik boleh pilih yer, nak mana satu.. Tak pun boleh gabung ker, mana tau lagi sedap kan.. Hehe..

BISKUT SAMPAN - 1
RESEPI ASAL : Mak Kak Zaliana
PIC : Copy dari Kak Zaliana

Bahan-bahan
125 gram mentega
75 gram gula halus
2 biji kuning telur
200 gram tepung gandum ( saya guna tepung rose)
1 sudu teh esen vanilla
Inti:
1/2 cawan kismis hitam @ campuran buah kering
1 cawan kelapa kering
10 biji ceri merah-potong kecil
10 biji ceri hijau-potong kecil
1/2 cawan susu pekat
CARA :
1. Satukan mentega dan gula,pukul hingga kembang. kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul tepung sedikit demi sedikit.
2. Untuk inti, gaul semua bahan-bahan kecuali ceri.
3. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan sampan. Tekan dengan jari.Kemudian masukkan inti.Letakkan ceri merah dan ceri hijau ke atasnya dan bakar hingga masak.



BISKUT SAMPAN - 2

RESEPI ASAL (Kitab Respi Soda) : Wan Sa'adah
Bilangan Biskut - 50biji

1 cawan gula icing
1 cawan marjerin
1/2 cawan tepung jagung
1/4 sudu kecil baking powder
1 titik pewarna kuning
*** Tepung Gandum ikut lembut

BAHAN INTI :
20 biji buah prune
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 sudu besar tepung jagung

BAHAN HIASAN :
1/2 cawan cornflakes
1 botol manik

CARA :
1. Buah prine di buang biji kemudian cincang, jerangkan air, masukkan buah prune biar sampai hancur.
2. Masukkan gula, gaul rata, masukkan tepung jagung, kacau sampai pekat & angkat kemudian sejukkan.
3. Pukul marjerin dengan gula. Masukkan kuning telur. Pukul lagi.
4. Masukkan susu tepung, baking powder, pewarna kuning, kacau.
5. Masukkan tepung gandum sedikit. Ulikan.
6. Sapukan marjerin di dalam acuan sampan. Masukkan adunan dalam acuan. Buatkan lekuk di tengahnya, letakkan inti.
7. Taburkan cornflakes diatas nya beserta manik tadi kemudian bakar hingga masak.