Wednesday, September 30, 2009

Roti Sardin Shilla

ROTI SARDIN SHILLA
SUMBER : Shilla Rusly
( Rancangan Ketuk2 Ramadhan)


1 tin kecil Sardin - isi sardin hancurkan yer
1 buku roti putih
1/2 biji bawang besar - dadu
2 biji bawang putih - dadu
1 senduk cili kering blender
2 sudu besar asam jawa
Garam & Gula secukup rasa

CARA :
1. Roti tu kalo boleh hendaklah di leperkan dengan penggelek yer.
2. Panaskan kuali, tumis bawang besar, hingga layu, masukkan bawang putih, bila dah wangi, masukkan pula cili kering. Kacau rata yer..
3. Bila dah naik minyak, masukkan sardin & kuahnya.
4. Pastu, masukkan pula asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
5. Masak dengan api yang kecil (jgn kecil sangat, hehe...) hingga pekat.
6. Pastu, boleh la di watkan inti dalam roti, di gulung & di goreng...



Kek Besday...

Askum seme.. Erm, kali ni Soda nak citer sket tentang kek ni. Kek ni kawan Soda mintak tolong wat untuk besday asben dia. Namanya Nordiana. Senanya takot gak nak deko takot tak cantik... Tapi wat la sesimple yang boleh deko yang seswai untuk lelaki.. Tak pandai sangat senanya, belasah jer.. Hehe...

Masa dia msg mintak tolong tuh, Soda ngan family lam kete nak supin2 raya...
Men ingat lam pale jer apa yg patot di beli.. Huhu...
Kawan Soda ni ada wat umah terbuka time RAYA KEDUA hari tuh, so Pagi2 lagi soda dah antar kat umah dia.. Hehe...




Puas cari mana pergi alat deko untk icing kek. Pindah randah banyak kali, tak ingat mana letak.. Hilang la tuh...Sudahnya.. Mak suh tepek2 jer ceri tuh.. Hehe...


Ni la dia deko kek yang ku wat.. Comot jer kan.. Keke..
Untuk Abg. Epul... Hepi Belated Besday...
Semoga panjang umor, murah rezeki, jaga Ana bek2 ekk.. Hehe..

Monday, September 14, 2009

Selamat Memasak &Terima Kasih...


Untuk Kengkawan Semua, Selamat Memasak Untuk Juadah Istimewa Pada Hari Raya Nanti..
Waaa.. Tak Lama Lagi Dah Raya Dah Kita Kan..
Soda Sekeluarga Tahun Ni, Tak Balik Raub, Raya Kat Sibu Jer..
Esok Malam, Adik Soda Akan Sampai Ke Sibu, Bercuti Dari Kuching, Selama Seminggu..

Kepada Kengkawan Yang Ucap Selamat Hari Raya, Soda Sekeluarga Ucapkan Tima Kaseh Banyak2 Yer..

Wednesday, September 9, 2009

Salam Aidilfitri 2009...

Kepada Rakan2 Blogger, Cik Soda Nak Ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mintak Ampun, Mintak Maaf Sekiranya Soda Ada Wat Salah & Sebagainya,
Kepada Rakan2 Yang Akan Pulang Ke Kampung Halaman, Soda Doakan Selamat Sampai Ke Destinasi & Berhati - Hati Di Jalanraya,
Ingat Orang Yang Tersayang...

P/S : Sudi-Sudikan Lah Amek Kad Raya Soda Yang Tak Seberapa Ni Bawak Balik Umah Masing-Masing Ehhh... Hehehe...

Wednesday, September 2, 2009

Ketam Bercili

Menu ketam ni makan waktu berbuka hari ni...

KETAM BERCILI
RESEPI ASAL : My Mum

5 ekor ketam - gaul garam kunyit, goreng hingga masak
4 biji bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 inci belacan - tumbuk
20 biji cili padi - di tumbuk
3 senduk gulai cili kering blender
2 sudu besar air asam limau
1 biji telur
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
3/4 cawan air - jika suka kuah lebih, boleh tambah lagi air

CARA :
1. Tumiskan bahan yang ditumbuk.
2. Bila wangi, masukkan serai, cili blender & cili api. Kacau sampai naik minyak.
3. Pastu, masukkan sos cili & juga kicap. Kacau lagi.
4. Masukkan air, bila kuah mendidih pecahkan telur. Kacau.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Bila kuah 1/2 pekat (hampir nak pekat) masukkan ketam yang telah di goreng.
7. Tutup api & balik2 kan ketam supaya sebati dgn kuah.

* Masakan ni agak pedas sket, sapa tak tahan kurangkan cilinya ya...

Mi Bandung

MI BANDUNG
RESEPI ASAL : Chef Nazri

1/2 kg mee kuning
2 senduk gulai cili kering blender
3 ketul ayam - potong kecil
4 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
1 mangkuk sederhana udang - buang kulit
1 mangkuk sederhana sotong
2 keping fish cake - hiris nipis
2 buku keledek sederhana besar - direbus & dilecek
1 batang lobak merah - potong bulat
1/2 cawan kacang tanah - blend
4 biji telur
4 sudu besar udang kering - tumbuk
Sedikit bancuhan tepung jagung
Air rebusan kulit udang

Bahan Tumbuk/Blend :
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci belacan

Bahan Tabur :
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Cili merah
Sawi di celur
Limau kasturi

CARA :
1. Tumis bahan yang di tumbuk.
2. Bila wangi, masukkan cili blender. Bila cili dah garing, masukkan ayam.
3. Biar air ayam kecut. Masukkan sos tomato & juga sos tiram.
4. Masukkan udang & juga sotong, bila udang & sotong masak, masukkan air rebusan kulit udang. (Kuah tu agak2 la, dalam 1/2 periuk sedang)
5. Masukkan pula fishcake.
6. Masukkan pula keledek yang telah dilecek, lobak, kacang tanah,gula & garam secukup rasa.
7. Bila kuah mendidih, masukkan telur sebiji demi sebiji & udang kering.
8. Masukkan pula air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

* 1) Kalo nak kuah merah, tak perlu letak kacang tanah..
2)Kuah biar ada rasa manis sedikit, tapi jgn la manis sangat...




Mee Goreng Basah

Masa tgk rancangan tu, terus teliur tgk Raja tu masak, apa lagi.. Soda ngan mak pun terai la wat mi ni, perghh.. Best!! Kat gamba bawah ni, kuah dia dah serap2 dah.. Kalo makan time panas2.. Kuah dia still ada lagi la.. Hehe..

MEE GORENG BASAH
RESEPI ASAL : Raja Norzatul Shima Sultan Idris,
Kerabat Diraja Perak (Rancangan : Resepi Istana, TB9)

1/2 kg mi kuning
4 biji bawang putih - tumbuk
2 senduk gulai cili kering blender
5 sudu tomato sos
1/2 cawan kicap adabi
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar serbuk pati ayam
1/2 kg daging - hiris kecil
2 ketul isi ayam - potong kecil
1 pinggan udang - buang kulit
1 longgok sotong - buang kulit & dakwatnya
2 keping tauhu - dogoreng & dhiris
1 ikat daun sup - hiris 1 inci
1 ikat daun bawang - hiris 1 inci
4 pokok sawi - hiris kasar
Sedikit taugeh
Bawang goreng secukupnya

CARA :
1. Tumis bawang putih.
2. Masukkan cili kering blender, masukkan sos tomato, tunggu sampai garing sedikit.
3. Pastu, masukkan kicap, serbuk pati ayam & lada sulah.
4. Masukkan daging & ayam.
5. Biarkan daging & ayam masak.
6. Sambil dikacau, masukkan sotong & udang.
7. Masukkan garam & gula secukup rasa.
8. Tuangkan air panas 3 cawan.
9. Masukkan tauhu goreng, mee, sawi, taugeh, daun sup, daun bawang, bawang goreng. Kacau sebati.
10. Bila rasa dah ok, matikan api.

* Masa nak makan, tabur lagi daun sup, daun bawang & bawang goreng...




Masak Lemak Pucuk Ubi Dgn Ikan Masin

Telur ni senanya belen wat puding di raja tu, dia kan guna kuning telo, so mak Soda cakap, buh jer putih telo dalam gulai ni.. Soda pun buh la.. Hehe..

MASAK LEMAK PUCUK UBI DGN IKAN MASIN
RESEPI ASAL : My Mum


1 ikat pucuk ubi - celur dulu yer
Santan dari 1 biji kelapa
1 inci kunyit hidup
25 biji cili api
Ikan masin secukupnya - ikan talang kalo boleh

CARA :
1. Tumbuk cili api & kunyit hingga lumat.
2. Masukkan pucuk ubi yang telah di celur dalam periuk.
3. Masukkan cili api & kunyit dalam periuk pucuk ubi.
4. Masukkan ikan masin & juga santan.
5. Pastu, jerangkan periuk atas api.
6. Kacau selalu supaya santan tidak berketul. Rasakan garamnya sebelum tutup api.




Puding DiRaja Pahang

Hehe.. Puding tak cukop syarat neh.
Jala emas tak wat, tapi kat respi Soda kasik k..

PUDING DIRAJA PAHANG
RESEPI ASAL : Mak Cik Pah

1 sisir pisang lemak manis - jgn yg masak sgt, yg penting hujung dia ada hijau2 sket
=> Gorengkan pisang dalam minyak sebiji2 jangan di belah, goreng hingga keperangan,
ketepikan dalam mangkuk.
=> Setiap kali pisang diangkat, taburkan gula di atasnya.

Untuk Kuah :
1 biji kuning telur
1 tin susu cair
1 1/2 tin air biasa/masak - guna tin yg sama
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 senduk gulai gula - tak mau manis sgt, kurangkan

CARA :
1. Masukkan susu cair dalam periuk, masukkan air biasa.
2. Pukul kuning telur, kemudian masukkan dalam periuk susu.
3. Masukkan gula & juga tepung kastard.
4. Kacau sebantar, pastu masakkan di atas api.
5. Kacau sekali sekala dengan api sederhana kuat, bila dah gelegak, matikan api.


Bahan Tabur :
Jala Emas
Buah prune
Buah ceri merah/hijau
Kismis hitam
Gajus

Jala Emas :
5 biji kuning telur
3/4 cawan gula - atau ikut citarasa masing2 la...
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
sedikit daun pisang
Acuan roti jala
Sedikit garam

CARA :
1. Masukkan gula dgn air & masukkan daun pandan & masak hingga pekat. Keluarkan daun pandan.
2. Pukul kuning telur, masukkan bancuhan kuning telur ke dalam daun pisang yg telah dilipat 4 & dibuat kelongsong atau boleh juga digunakan acuan roti jala & kirailah di atas air gula yang sedang di atas api. Kiraikan sedikit demi sedikit & angkat. Buatlah mcm tu sampai abis.

CARA HIDANG :
1. Bila nak makan, buh pisang yang di goreng dalam mangkuk puding.
2. Buhkan bahan tabur di atasnya.
3. Pastu, tuangkan kuah susu.

*** Puding ni sedap di makan ketika sejuk ( baru kuar freeze )