Tuesday, December 28, 2010

Lala Goreng Kari

LALA GORENG KARI
SUMBER : My Mum

1 kilo lala - bersihkan
3 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1/2 paket rempah kari ikan
1 senduk cili kering blender
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Serbuk perasa Knorr sket
Garam secukup rasa

CARA :
1. Tumiskan bahan yang di tumbuk hingga kekuningan, matikan api.
2. Masukkan rempah kari, kacau rata.
3. Hidupkan api semula, masukkan cili, biar hingga naik minyak.
4. Pastu masukkan sos tiram, sos tomato, serbuk Knorr & garam.
5. Pastu, masukkan lala, gaul rata & sampai lala masak.
6. Bila dah kering, matikan api.

Ikan Bilis Kicap

IKAN BILIS KICAP
RESEPI ASAL : Diri Sendiri

1 mangkuk ikan bilis
4 biji bawang merah
Sedikit cili benggala merah, hijau & kuning - hiris
Beberapa biji tomato cari - tak perlu belah
Kicap secukupnya
Serbuk Knorr pasti sedap sket

CARA :
1. Ikan bilis di goreng hingga rangup kendian asingkan dalam pinggan.
2. Goreng pula bawang merah hingga kekuningan, cili benggala, kacau.
3. Masukkan kicap, serbuk Knorr & ikan bilis.
4. Kacau rata, tak perlu buh garam, kendian angkat.



Sambal Paru

SAMBAL PARU
SUMBER : My Mum

1/2 kilo paru - rebus
2 senduk cili kering blender - kalo tanak pedas, kurangkan
4 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
garam & gula secukup rasa
1 keping asam keping
Serbuk perasa knorr sket

CARA :
1. Paru yang telah di rebus tadi hendaklah di toskan pastu hiris nipis2.
2. Pastu gaul garam kunyit sket, goreng hingga garing.
3. Tumiskan bahan yang di tumbuk hingga naik bau.
4. Masukkan cili kering, tumis cili hingga naik minyak, masukkan asam keping.
5. Pastu masukkan serbuk perasa Knorr, garam & gula.
6. Akhir sekali masukkan paru, gaul rara kemudian angkat.

Nasi Lemak

NASI LEMAK
SUMBER : My Mum

~ Untuk Nasi ~
2 pot beras
1 inci halia - hiris
1 biji bawang merah - hiris
2 helai daun pandan - simpulkan
Santannya ikut sukatan kita masak nasi biasa, tapi menggunakan santan

~ Sambal ~
1 mangkuk ikan bilis - goreng sederhana masak
1 bij bawang besar - potong bulat, tebal sket
2 senduk cili kering blender - ikut kepedasan masing2
Gula pasair + gula melaka ikut manis yg di kehendaki
1 keping asam keping
3 biji bawang merah - tumbuk halus
2 sudu ikan bilis - tumbuk halus

CARA :
1. Ikan bilis tumbuk, bawang merah yg di tumbuk tadi masukkan dalam cili kering, kacau.
2. Tumiskan cili kering tadi hingga naik minyak.
3. Pastu, masukkan bawang besar, kacau, masukkan garam, gula & asam keping, kacau.
4. Masukkan ikan bilis yang telah di goreng tadi.
5. Pastikan kuah tidak tertalu pekat, kalo suka kuah cair sket, masukkan air masak sket.
6. Bila dah mendidih, matikan api.

~ Bahan Tabur ~
Kacang tanah
Timun
Telo rebus / telo mata
Papapom / Keropok ikan
Kangkung yg di celur
Ikan bilis halus yg di goreng

Laksa Asam/Penang

LAKSA ASAM/PENANG
SUMBER : My Mum

Mi laksa secukupnya / 1 paket - rendam 1 malam dlm air biasa, pastu rebus hingga lembut
5 ekor ikan kembung - di rebus bersama 4 keping asam keping & sedikit garam
6 biji bawang merah - tumbuk
1 1/2 inci belacan - tumbuk
2 senduk cili kering blender - atau ikut citarasa masing2 nak pedas/tak
Daun kesum secukupnya
4 kuntum bunga kantan - belah dua
4 keping asam keping
2 sudu besar petis ( otak udang )

Bahan Ulam :
1 biji timun muda - potong mancis jgn buang kulit
Daun salad - hiris
Telur rebus - belah dua
Cili merah - potong
Bawang besar - hiris nipis

CARA :
1. Bahan yang di tumbuk masukkan dalam periuk, pastu masukkan isi ikan yang di tumbuk, air tulang ikan yang di tumbuk kasar & di tapis.
2. Masukkan 1/2 periuk sederhana air biasa.
3. Masukkan segenggam daun kesum, asam keping, bunga kantan & petis.
4. Masak hingga kuah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
5. Bila nak makan, hidang laksa bersama bahan ulam & kuah.

Nasi Daging

NASI DAGING
SUMBER : Buku Masak Mak

3 pot beras brasmathi
4 pot 1/2 santan ( pot sukatan beras )
2 helai daun pandan - simpul
1/2 kilo daging

Bahan Tumis :
1 paket rempah kurma
1 inci kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 kuntuk bunga cengkih
1 inci halia - hiris
4 biji bawang merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris

CARA :
1. Tumiskan bahan tumis, iaitu.. Bawang merah, bawang putih & halia. Masukkan daun pandan.
2. Masukkan rempah kurma, daging biar sampai iar daging tu kering sket pastu masukkan santan & kacau hingga mendidih.
3. Masukkan sedikit garam, bila dah mendidih, masukkan beras yang sudah di toskan.
4. Masak macam nasi biasa.

Air Asam
3 biji cili merah
15 biji cili padi
1 inci belacan
1 biji tomato - dadu kasar
1/2 biji bawang besar - dadu kasar
Air asam jawa

CARA :
1. Semua bahan di atas di tumbuk, pastu masukkan air asam jawa biar sederhana pekat.
2. Masukkan garam & gula secukup rasa. Biar kuah ada rasa manis sket.
3. Masuk tomato & bawang besar.

** Nasi ni kitaorang wat masa bulan pose dulu....

Mee Kari Mak Jah

MEE KARI MAK JAH
RESEPI ASAL : My Mum

1/2 ekor ayam - potong kecik
5 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3 senduk gulai cili kering blender
1 paket kecik rempah kari ayam
Santan sederhana cair dr 1 1/2 biji kelapa
1 buku kiub pati ayam knorr
1 paket fish ball - belah 2
1 paket fish cake - hiris sederhana nipis
1 kilo kerang - rebus, amek isi dia
1 paket taufu fok / tauhu kosong

CARA :1. Tumis bahan yang di tumbuk hingga kekuningan.
2. Pastu matikan api. Masukkan rempah kari & kacau.
3. Hidupkan api semula, masukkan cili kering.
4. Bila dah berminyak, masukkan ayam.
5. Bila air ayam dah kering, masukkan santan.
6. Pastu, masukkan kerang, fish ball, fish cake, tauhu kosong, kiub ayam, garam, gula secukup rasa & masak hingga mendidih.

~ Bahan Tabur ~Telo rebus
Daun salad/sawi
Cili merah - hiris
Bawang goreng
Tauhu - goreng
Limau nipis
Taugeh yang di celur
Daun sup
Daun bawang

~ Sambal ~
3 sudu udang kering - cuci & tumbuk
1 1/2 senduk cili kering blender
1 inci belacan - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
3 biji bawang merah - tumbuk

CARA :1. Cili kering, halia, bawang merah, belacan tumis hingga berminyak.
2. Pastu masukkan udang kering, masukkan pula garam & gula secukup rasa.

Sotong Goreng Tom Yam

SOTONG GORENG TOM YAM
SUMBER : My Mum

7 ekor sotong sederhana besar
1 paket pes tom yam Adabi
1 biji tomato - belah 4
1 batang serai - ketuk
3 bij bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
10 biji cili api - tumbuk
3 biji cili merah - tumbuk
3 helai daun limau purut tua
1/2 biji limau nipis - ambil airnya ( jika suka )

CARA :
1. Tumis bahan hiris hingga kekuningan. Masukkan cili yang telah di tumbuk.
2. Bila cili dah masak, masukkan sotong, serai, daun limau purut & pes tom yam.
3. Masukkan sedikit garam, gaul rata.
4. Masukkan air limau nipis, masak hingga kuah pekat.
5. Pastu, masukkab tomato, balik2 kan & matikan api.

Daging Cicah Air Asam

DAGING CICAH AIR ASAM
SUMBER :

1/2 kilo daging - hiris nipis sederhana besar/ 2inci, rebus hingga empuk & toskan

~ Untuk Air Asam Kerisik ~
3 biji cili merah - tumbuk
10 biji cili api - tumbuk
1 inci belacan - tumbuk
1 biji bawang besar - dadu kasar
1 biji tomato - dadu kasar
3 sudu air asam jawa
3 sudu besar kerisik
Garam & gula secukup rasa

CARA :
-> Satukan seme bahan di atas, kuahnya biar sederhana pekat.


Saturday, December 11, 2010

Nasi Kerabu


NASI KERABU
SUMBER : My Mum

~ Untuk Nasi ~
2 pot beras - cuci bersih
Air sukatan macam biasa
2 batang serai - ketuk
2 helai daun limau purut
Sedikit pewarna biru


~ Sambal Kelapa ~
3 Ekor ikan kembong - rebus hingga masak & ambil isinya aje
3 biji bawang merah
2 cawan kelapa di sangai kekuningan

CARA :
1. Tumbuk isi ikan, tumbuk bawang, buh garam & gula secukup rasa.
2. Kendian, gaulkan bersama kelapa yang telah di sangai tadi.


~ Sambal Cuka ~
3 biji cili merah
10 biji cili api
Garam, gula & cuka

CARA :
1. Tumbukkan cili api bersama garam & gula.
2. Kendian, masukkan cuka.


~ Sambal Budu ~
1/2 botol kecil budu
1 keping asam gelugor
3 biji bawang merah - hiris
2 batang serai - ketuk
3 sudu besar cili kering blender
1/2 sudu kecil santan pekat

CARA :
1. Tumis bawang dengan sedikit minyak.
2. Masukkan cili blender, masukkan budu.
3. Masukkan pula santan, serai & didihkan kendian tutup api.


~ Ulam ~
Daun kesum - di racik halus
Bunag kantan
Taugeh mentah
Kacang panjang mentah
Daun selom
Timun

~ Ikan Goreng ~
Ikan kembung
Tepung beras
Serbuk kunyit
Garam

CARA :
1. Bancuh tepung dengan bahan di atas pastu celop ikan seekor2.
2. Kendian, goreng hingga garing.

~ Selain Itu ~
Keropok goreng
Telo masin