Tuesday, December 12, 2017

Salad Mudah



SALAD MUDAH
SUMBER : Diri Sendiri

Beberapa helai daun salad campur - basuh bersih, toskan kemudian hiris
(Beli 1 box salad yg biasa ada jual di pasaraya)
1 biji telur - rebuskan
1 keping roti putih - goreng dalam minyak hingga perang
1/2 biji lemon atau 1 sudu besar cuka epal
Beberapa biji tomato ceri
Sedikit lada hitam tumbuk
Sedikit garam
Sedikit olive oil

CARA :
1. Masukkan salad yang dihiris ke dalam bekas besar.
2. Disebabkan tomato ceri saya tinggal 2 biji maka terpaksa la dpotong dadu kalau ada lebih, memang belah dua je, so masukkan pula tomato ceri ke dalam bekas salad.
3. Taburkan garam, lada hitam & olive oil.. Ni semua agak2 je ikot kuantiti salad tu banyak mana.
4. Perah lemon/tuang cuka epal tadi. Pastu gaulkan semuanya supaya rata.
5. Rasa sikit, kalau kurang garam, baru tambah.
6. Roti tadi hiris panjang kemudian potong jadi kepingan kecil 4 segi, letak dulu dalam bekas lain.
7. Telur yang direbus tadi pun belah2 ikot suka hati, asingkan dulu dalam bekas lain.
8. Masa nak hidang/makan... Ambil salad letak dalam mangkuk lain. Susun roti & telur rebus, pastu tuang sikit olive oil sekali lalu & tabur lada hitam supaya nampak cantik lagi menawan.

Saya beli yang ni... Boleh buat 3x hidangan salad sebab saya sorang je yang makan.. 1 box RM4.99

Sunday, November 19, 2017

Laksa Sarawak 2

Salam blog. Dulu2 masa duduk Sibu, Sarawak bila masak laksa Sarawak guna cap burung bayan.  Sekarang ni guna pes Haji Manan plak. 
Ini cara saya lah. Lain orang lain cara kan.

LAKSA SARAWAK
SUMBER : Diri Sendiri

1 paket pes laksa sarawak Haji Manan
1 bungkus mihun - celur

~Untuk Kuah~
1 biji kelapa - ambil santannya
1 kiub ayam Knorr
5 biji bawang merah/kecik - tumbuk
3 sudu besar udang kering - tumbuk
3 senduk gulai saiz sederhana cili kering blender
Udang sikit dalam 12 ekor

CARA MASAK KUAH :
1. Tumiskan bawang, udang kering hingga naik bau, masukkan cili kering.
2. Bila dah naik minyak, masukkan pes laksa, kacau jap dan masukkan santan untuk kuah.
3. Masukkan udang, kiub ayam. Bila dah gelegak masukkan garam secukup rasa. Bila semua sudah cukup rasa, matikan api.

~Bahan Tabur~
1 @ 2 ketul dada ayam - rebus & carik2kan
Udang - rebus/goreng ikot la nk byk mana sbb utk tabur kannn
Telur dadar - gulungkan & hiris
Limau kasturi - belah dua
Daun ketumbar - hiris
Taugeh - ikot la nak byk mana, kalau suka makan byk, beli byk...kuikuikui

~Sambal Belacan~
4 biji cili merah
15 biji cili api
I inci belacan - saya guna belacan langkawi
- tumbuk cili kemudian masukkan belacan & tumbuk lagi. Tak perlu garam kecuali anda kuat masin.. Hehe
- kalau korang nak sambal banyak & lagi pedas ejas je lah ekk cili & belacan tu, takder hal bro...

*** 1 paket pes ni dapat lah jugak 5-6 orang makan. Tapi kalau masing2 makan banyak 1 paket lepas 4 orang makan je la.. Herherher

Ayam Goreng Kari

Haa.. Kebetulan hari ni masak ni pagi tadi. Mula mak nak buat ayam masak merah, tapi saya takde rasa nak makan pulak. Pastu cakap dengan mak, wat ayam ni masak kari jer la. Mak kata, haa.. Buat je la... Ok juga. 
Resepi alahhh sama pesen jer dengan udang tu hari. Tapi mana la tau kan kalau korang yang alah dengan udang, so boleh jerrr la ganti dengan ayam. Apa ada hal... 

AYAM GORENG KARI
15 ketul ayam - ketul ni kecik je sbb somi saya tak suka ayam potong besar
3 sudu besar rempah kari ayam
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
3 biji bawang merah/kecik - hiris
Halia dua keping hiris besar - ni kebetulan mak saya dah hiris siap2 so saya amek je la, lapikkan dua, pastu hiris panjang2
2 senduk cili kering blend
2 pelepah daun kari - daun kari ni kebetulan besar gedebak
2 sudu besar air masak

CARA :
1. Gaulkan ayam dengan garam kunyit kemudian goreng hingga masak lorrr..
2. Panaskan minyak pastu tumis, bawang2 & daun kari.
3. Bila dah naik bau, masukkan dua senduk cili kering blend.
4. Dah naik minyak, masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan sedikit air. Gaul kan bagi rata. Masukkan dua sudu air masak.
5. Masukkan ayam, garam secukup rasa. Kalau rasa dah ok, tutup api.

Senduk yang saya guna untuk sukat cili kering blend tadi ialah senduk B







Peralatan memasak, ecewahhhh...

Salam. Hai.... Meh sini saya nak tunjuk beberapa gambar yang saya guna untuk memasak.

Bukan apa, sebab kadang2 tak dapat nak agak kan Kak Kiah besar mana, banyak mana kannnn. Yela senduk & cawan kat umah kita bukannya semua sama. haaaa gitueeee... So bila dah tengok gambar ni boleh lah agak2 nanti nak buh cemana ye dak.

Tanpa membuang masa, marilah kita ke peralatan pertama.... Tak tun tuanggg tak tun tuanggg...

1) Sudu kecil yang biasa saya guna ialah sudu A. Kalau saya buat kek, saya guna sudu A tapi kalau ada resepi lain yang guna sudu B yakni dia sebut sudu kecik kfc, so guna sudu tu B ya... 

2) Sudu Besar yang biasa guna ialah sudu A. Sudu B&C sudu langkawi dia besar sikit saiz dia. Sudu A sudu gulai kalau mak saya panggil.

3) Senduk nasi yang saya guna bila sukat cili kering blender. Saya guna senduk B

4) Senduk kedua yang biasa saya guna bila nak sukat cili blender selain senduk nasi ialah senduk gulai yang B. Dia memang kecik sket dari senduk gulai besar yang biasa orang hidang bila buat buffet tu atau senang cakap saiz dia sederhana lah..

5) Cawan yang biasa saya guna bila nak sukat bahan masak kek. Saya guna cawan A ya. Memang amek dari rumah mak bawak balik umah saya.. Keke

Ok, tu je la dulu sementara saya ingat. Kalau ada lagi nanti saya share ok? Chow cin chow.... Daaa



Ayam Panggang

Salam. Resepi ni saya dapat dari kawan. Dia memang pakar bab memasak ni tau. Huntongg suami & anak2 dia kooo.. 
So, marilah tengok bahan2 nak masak ayam ni. Bau dia memang mewangi satu rumah. Betulll...!!!

~ selepas perap tunggu masa nak panggang ~


AYAM PANGGANG
SUMBER : Kak Dya (kawan)

1/2 ekor ayam
1 biji bawang hollang (yg wane kuning tu)
1 biji lobak
1@2 biji kentang (ikot saiz besar/kecik)

~Bahan Perap~
4 biji bwg putih - tumbuk hancur
3 sudu besar sos tiram - (ni ikot saiz ayam la ekk, kalo ayam besar, buh la lebih lagi)
1 kiub ayam maggi
Sedikit serbuk cukup rasa
Sedikit lada hitam yg ditumbuk - ikot la nak byk mana

CARA :
1. Basuh bersih ayam kemudian guna jari, jolokkan bawah kulit dia tu supaya ada ruang.
2. Pastu gaulkan ayam dengan bahan perapan. Sapu2 jugak bawah kulit dia tu supaya bahan perap masok sampai ke isi dia.
3. Kat dada ayam tu plak cucuk2 guna pisau & sumbat bahan perap dalam tu. Sama jugak dengan kentang, bawang gaul dengan bahan perap.
4. Buh dalam bekas & simpan dalam peti ais, lagi lama lagi bagus.
5. Pastu, sampai masa bakar dalam pemanggang ajaib. Bila dah naik bau nampak ayam masak balikkan secara perlahan. Buh lobak. Dalam 5 minit macam tu masak la dia.

*** Makan masa dia panas2 tu sedap koooo... Ala ratah je cenggitu. Ikot la nak makan dengan cicah sos ke, nak makan dengan nasi ke.. Ikot ko la nakkk... Herherher

Tart Telur Kuali Viral


TART TELUR KUALI VIRAL
SUMBER : FB

~ Untuk Kulit ~
250 gm tepung gandum
125 gm buttercup
1 biji teur

~ Untuk Filling ~
250 ml susu pekat manis
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard / tepung jagung
100 ml air masak

CARA :
1. Dalam pan, masukkan tepung dan juga butter, ramas2 kan supaya sebati.
(Mcm saya, gaul dalam besen je, sebab tak masak dalam pan)
2. Campurkan telur, gaul kan supaya dia tak melekat pada pan.
3. Ratakan keseluruhan pan.
4. Cucuk-cucukkan tart dengan garfu, jangan kuat sangat nanti tembus lak filling dia huuu...

CARA BUAT FILLING :
1. Kacau susu pekat & kuning telur dalam mangkuk.
2. Campurkan air & tepung kastard/tepung jagung kacau rata kemudian tuang dalam adunan susu+telur tadi. Gaul lagi bagi rata.
3. Tuangkan filling dalam kulit tart slow2 ekk.
4. Maka boleh lah di masak dengan api yg perlahan selama 30-40 minit/hingga masak.

*** Baik, disebabkan saya telah pun buat tart viral ni, saya derhaka sikit pada resepi ni hoho..
i) untuk susu tu, saya kurangkan sukatan skit kalau tak nanti manis sangat.
ii) dalam filling pulak, saya tambah 1 sudu kecil esen vanilla & garam sikit untuk bagi rasa lemak kalau tak dia akan rasa manis aje.
iii) kulit dia pulak jangan tekan terlalu nipis belah bawah dia ya, nanti dia dapat penyakit hati, dia akan naik timbul besar sebelah.. Kekeke...
iv) pastu, saya masak tart ni guna loyang bulat je. Tapi, saya masukkan dalam periuk ajaib, bahagian penutup saya cover dengan towel bersih supaya air wap tak jatuh dalam inti, nanti berlubang tak cantik... Heww

Ok, selamat mencuba. Sedap tau tart ni. Guna buttercup memang wangi banding marjerin...




Telur Bistik


TELUR BISTIK
SUMBER : Kitab Resepi Soda

4 biji telur
Beberapa biji cili api (nak pedas, lebihkan cili)
2 biji bwg putih - cincang
2 biji bwg merah - cincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sedikit isi ayam - potong dadu
Garam & gula secukup rasa

CARA :
1. Goreng kan telur hingga masak kemudian asingkan buh dalam pinggan kau yang cecantik.
2. Lepas tu, masukkan ayam, gaul2 jap lepas tu masukkan bawang2 tadi. Bila dah naik bau, ayam pun masak, masukkan cili. Masukkan pula sos2 & kacau bagi mesraaaaaa...
3. Buh garam gula secukup rasa, kalau rasa tu dah ngam2 hoo.. Matikan api lorrr.
4. Curahkan sos tadi atas telur, taburkan dedaunan sup/bawang.

*** sebenarnya nak lagi menawan telur tu dadarkan tau... Goreng mcm rangup skit telur dadar tu. Lps tu ada pulak sayur campo, lagi sedap. Ini saya masak guna apa ada nya sahaja... Herherher

Saturday, November 18, 2017

Udang Goreng Kari


UDANG GORENG KARI
SUMBER : My Mum

Udang setengah kilo
2 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar cili kering blender
3 biji bwg putih - hiris
4 biji bwg kecik/merah - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 sudu besar sos tiram
2 pelepah daun kari

Cara :
1. Udang setelah dbersihkan gaul garam kunyit. Goreng hingga masak dan ketepikan. Minyak/air udang ni asingkan dalam mangkuk lain.
2. Guna minyak baru dalam kuali yg sama, tumis semua bahan hiris & daun kari. Bila dah keperangan serta wangi masukkan pula cili blend.
3. Bila dah naik minyak, masukkan rempah kari yg dah dibancuh dengan sedikit air.
4. Masukkan sos tiram, gaul rata.
5. Masukkan udang, garam secukup rasa serta masukkan sedikit air lebihan goreng udang yg digoreng awal tadi.
6. Dah cukup rasa, matikan api & boleh lah ngap... Hehe..
Selamat mencuba.. Daaa

Hai... !

Salam blog.
Nama saya Montek. Ommey saya kata, nanti dia masuk post resepi baru ekk. Dia kata maaf lah sebab lama gilerrr biar blog berhabuk, bersawang bertahun. Tah apa dia bizi sangat saya pun tak tahu. Oklah, saya chow dulu. Daaa...

Thursday, June 5, 2014

Hot & Roll... Lah sangaattt.. Hehe

Salam & selamat pagi blog.. Ermm.. Saya kan suka makan Hot & Roll kalau terjumpa kiosk dia kat mana-mana kan mesti gatal tangan nak order punya.. hehe.. Memang nampak kan apa yang dia letak semua. Maka pada satu hari saya cuba lah konon-kononnya nak buat sendiri ahaks.. Tapi saya terlupa nak ambil gambar dari mula, yang dah siap lipat je saya ambil. Senang je...Biasanya saya sediakan menu ni untuk kami sarapan, biasalah cepat dan mudah kan.. Sonang kojo den.. Keke..


Hot & Roll
Sumber : Cuba Sendiri

BAHAN :
Roti pratha - bilangan keping, ikut berapa orang nak makan
Cheese - tak kesah yang cheddar ke kraft apa2 jer
Kepingan ayam - saya guna sosej yg di goreng & dihiriskan
Bawang bombay (bawang besar warna kuning) - hiris
Serbuk lada hitam
Mayonis
Sos thousand island - saya tambah

CARA :
1. Panskan roti pratha di kedua-dua belah
2. Angkat, letak kepingan ayam/sosej
3. Taburkan cheese, saya guna cheese biasa tu jer & koyakkan kecik2 pastu tabur je atas dia
4. Tuang pula mayonis, sos thousand island & taburkan serbuk lada hitam
5. Taburkan juga bawang besar, saya goreng dulu sebab bawang bombay ni kalau goreng dia manis.. hehe
6. Ok dah siap lipat saja itu pratha & sedia untuk dingap... Hehe