Salam.. Ok, kali ni Soda nak kongsi dgn kawan2 seme cara2 nak lembutkan daging. Bukan apa, kadang2 Soda tengok tiwi rancangan masak2.. Ada gak penonton tanya cemana nak lembutkan daging.. Memang ada mcm2 cara, tapi sebenarnya cara yg paling senang adalah seblom kita masak dagung tuh..
Cemana..?? Camni, macam mak Soda selalu pesan, seblom kita hiris daging, X kesah la nak wat masak apa pomm.. Yg penting kita belek2 dulu, cari mana urat dia... Kalo urat dia memanjang, kita jgn hiris manjang gak.. Kita kena rentas urat tuh, kasik potong sama dia...
Kadang2 sesetengah orang, men hemtam taram jer potong daging tuh kan, X tengok2 mana urat dia, tuh yg bila masak daging tuh jadi liat, pasal cara potong X betol..
Ni Soda ada buh gamba, Yg penting hiris daging tuh kasik rentas uratnya, itu ajer... Sonang yooo.... Yg anak panah tanda ijau tuh urat2 daging, so cara nak potong daging, mcm gambar kat atas tu la....
Menjaga kesehatan dan kesegaran tubuh tetap dan mutlak dilakukan. Menjaga dan merawat tubuh adalah wujud dari penghargaan kita terhadap kecantikan yang sudah diberikan. Bukankah kebersihan sebagian dari Iman?
Anda tak harus menyiapkan budget khusus, ratusan ribu untuk perawatan ke salon. Sebab banyak produk low cost yang ternyata memiliki efek tak kalah dahsyat. Salah satunya adalah Olive Oil atau minyak zaitun, yang selain dapat digunakan untuk memasak, diminum untuk kesehatan, juga memiliki khasiat kecantikan yang dahsyat.
Oleskan minyak zaitun dua kali sehari ke seluruh tubuh. Lakukan sesudah mandi di pagi hari, petang, atau menjelang tidur. Di samping menghaluskan dan melembutkan kulit, minyak zaitun juga memberi efek hangat. Kerana itulah, minyak ini sering digunakan untuk pelengkap massage di spa dan salon. Minyak zaitun,menurut sebagian orang, juga diyakini dapat menjaga dan merawat keindahan rambut. Caranya, oleskan di rambut satu hingga dua jam sebelum bersyampu. Selain itu, bagi anda yang merasa memiliki tangan kasar. Letakkan minyak zaitun dalam bekas.Rendam sarung tangan dengan minyak zaitun, perakan lalu pakai sarung tangan tadi bila tidur malam. Keesokan harinya kulit tangan Anda akan terasa lebih lembut. Atau,Tuangkan minyak zaitun ke dalam mangkuk secukupnya, kemudian rendam jari-jari Anda selama 15-20 menit ke dalamnya. Lalu keringkan. Cara ini akan membuat kuku Anda tampak bersinar.
TIPS : Pilih jenis minyak zaitun yang tidak mengandung campuran bahan lain. Biasanya di label tertulis organic extra virgin expeller-pressed olive oil.
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1.Dirikan solat & banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah jadikan hatiku bersih".
2.Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w, paling minima (100x sebelum tidur) - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah & murah disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita & mencetuskan semua perkara kebaikan.
3.Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati & menenangkan minda.
4.Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati ia juga dapat menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, & sebagai terapi. Bacalah sekurang-kurangnya 3x "Qulhu-Allah".
5.Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri, katakan lah "Aku sebenarnya..."(perkara yang elok-elok belaka).
7.Program minda/cuci minda -Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati :- "Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8.Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa maka akan terhindarlah dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9.Cuba ingat tentang mati(sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10.Kekalkan wuduk 11.Bersedekah 12.Belanja orang makan 13.Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat. 14.Berkawan dengan Ulama 15.Berkawan dengan orang miskin(menginsafi) 16.Pesan pada orang, jadi baik. 17.Menjaga pancaindera(mata, telinga, mulut.. dsb), jangan dengar orang mengumpat.
SUPAYA EPAL TIDAK BERUBAH WARNA Selalunya, epal akan berubah warna menjadi kecoklatan. Cara untuk mengelakkannya
iaitu setiap kali selepas memotongnya, anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini terendam seketika sebelum di angkat untuk dihidangkan.
KEJU TIDAK BERCENDAWAN Keju yang disimpan lama akan ditumbuhi cendawan. Ada 1 cara untuk menyimpannya. Bungkuslah keju tersebut rapat-rapat dalam sehelai kain bersih yang telah dilembabkan dengan air garam terlebih dahulu. Dengan demikian, keju anda akan lebih tahan lama.
GORENGAN TAUHU TIDAK MELEKAT Caranya ialah dengan memasukkan sedikit garam ke dalam minyak panas. Kemudian, berulah dimasukkan tauhu. Selain itu, anda boleh juga gaulkan tauhu itu dengan sedikit garam hingga rata & goreng seperti biasa. Hasilnya, tauhu tidak akan melekat dengan teruk lagi.
MEMBERSIHKAN SISIK IKAN Agak sukar & mengambil masa yang lama untuk membersihkan ikan yang mempunyai banyak sisik. Masalah ini dapat di atasi dengan merendam ikan dalam air panas selama seminit. Cara lain ialah dengan melumurkan ikan dengan cuka. Cubalah & anda pasti tidak akan serik untuk membeli ikan bersisik lagi.
MENGHILANGKAN BAU MUNTAH BAYI Bau muntah bayi memang meloyakan. Untuk menghilangkan baunya, setelah dicuci bersih tempat yang terkena muntah tadi, renjiskan beberapa titik cuka di tempat yang terkena muntah tadi. Gosok-gosokkan, hasilnya sungguh memuaskan.
BANCUHAN TEPUNG TIDAK BERGENTEL Bila kita hendak membuat kuih, biasanya tepung akan bergentel apabila kita campurkan dengan santan. Untuk mengelakkan bancuhan ini dari bergentel, masukkan tepung bersama santan atau air mengikut sukatannya ke dalam blender. Mudah-mudahan ia elok rata & kerja kita menjadi mudah.
ELAK SUSU DARI MERUAP TINGGI Ketika memasak susu, anda tidak dapat mengelak ia dari meruap. Kalai dibiarkan, boleh melimpah keluar & meninggalkan kesan hitam. Oleh itu, setiap kali merebus susu, sapukan di sekelilingnya dengan mentega/marjerin setiap kali hendak merebus susu. Insaallah, susu tidak akan melimpah keluar serta mengotorkan periuk anda lagi.
MENGENAL MADU ASLI Cara untuk membezakan madu asli dengan madu yang telah dicampurkan dengan bahan lain ialah, madu asli yang biasanya tidak bercampur dengan bahan lain rasanya 'kemasaman'.
Bila di bakar dengan api, ianya akan terbakar. Antara khasiat madu asli ialah, kalau di sapu pada gigitan lipan, bisanya akan berkurangan.
AIR LIMAU GEBUKAN NASI Limau nipis yang selalu digunakan untuk memasak, boleh juga di gunakan untuk melembut & menggebukan nasi. Caranya ambil 1 atau 2 titis air limau nipis, masukkan ke dalam nasi yang telah pun kering & tutup. Biarkan sehingga nasi betul2 masak. Nasi anda bukan sahaja gebu & lembut malah berbau wangi.
SUPAYA IKAN PANGGANG SENTIASA LEMBUT Ikan panggang yang sudah di bakar bila sejuk akan menjadi keras. Ini sudah tentu tidak enak untuk di makan. Supaya ia tetap lembut, renjiskan sedikit air bersih ke atas ikan yang sudah di panggang itu. Dengan ini, ikan panggang anda akan sentiasa lembut.
DAGING/AYAM TETAP SEGAR Agar daging/ayam yang di simpan dalam peti sejuk tahan lama & tidak berbau, tumbukkan halia sebesar ibu jari untuk sekilo daging/seekor ayam & taburkan atas daging/ayam tadi.
KACANG GORENG LEBIH LAZAT Kita tentu ingin kacang goreng kita menjadi garing, empuk & lazat. Ini dapat di hasilkan jika kacang yang di kupas kulitnya akan di rendam dalam santan dari satu biji kelapa. Letakkan sedikit garam serta sedikit bawang putih yang di tumbuk terlebih dahulu. Setelah 1/2 jam, goreng kacang tadi menggunakan minyak yang cukup panas.
HATI & PEDAL AYAM TIDAK MELETUP Setiap kali menggoreng hati & ayam, selalunya akan memercik atau meletup. Untuk mengelakkan, mula2 rebus hati/pedal ayam bersama air yang sama paras. Setelah separuh masak, toskan hingga kering. Kemudian, gaulkan garam kunyit, dan bolehlah di goreng seperti biasa.
MENYIMPAN TAUHU SUPAYA TAHAN LAMA Tauhu boleh menjadi masam jika tidak di simpan dengan betul. Cara untuk menyimpannya ialah bersihkan tauhu kemudian tos hingga kering. Masukkan dalam satu bekas & rendamkan ia dengan air panas. Tunggu hingga air kembali sejuk. Sesudah itu, keluarkan tauhu tadi & rendam kembali tauhu dengan air. Walaupun ia tidak di simpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan lama & tidak akan bertukar menjadi masam.
Sebahagian dari kita pernah mengalami kemasukan semut di dalam telinga. Cara untuk mengeluarkannya ialah dengan mengambil kapur sireh (sebaiknya yang lembut yang telah banyak terendam dalam air). Sapukan kapur tadi pada sekeliling telinga (bahagian luar bukan di dalam). Biarkan seketika, pasti semut itu akan keluar dengan sendirinya.
Senaman Mudah Utk Hilangkan Lenguh Peha & Kaki
Banyak melakukan kerja rumah atau berjalan jauh boleh memenatkan otot-otot di bahagian kaki & juga peha. Cara paling mudah untuk menghilangkan rasa ketegangan ini dengan melakukan senaman ringan. Caranya, dengan meniarap di atas lantai kemudian angkat perlahan-lahan kedua-dua belah kaki ke atas supaya otot dapat berehat.
Mengelakkan Sakit Gigi & Mulut
Umtuk mengelakkannya iaitu dengan mencampurkan sedikit garam halus pada ubat gigi anda. Gosok rata pada keseluruhan gigi & dalam mulut anda.
Kuku Kaki Cekam
Buah manggis selain sedap dmakan, kulitnya amat berguna untuk menghilangkan cekam kuku kaki. Caranya ambil bahagian dalam kulit manggis dan letakkan ke kuku yang dmakan cekam. Buat seperti memakai inai. Amalkan selalu. Insyaallah kesannya dapat dlihat dalam beberapa hari sahaja.
Hilangkan Calar Balar & Miang
Untuk mengatasi kaki & tangan yang terasa miang atau calar balar, cubalah melumurkan minyak kelapa dengan sedikit garam yang siap dbancuh di tempat yang miang & calar balar tadi, anda akan merasa nyaman & selesa selepas itu.
·Jika tidak ada minyak kelapa, sebarang minyak masak juga boleh digunakan.
Limau Nipis Segarkan Badan
Bagi anda yang selalu demam atau pening kepala tentu tiada selera makan. Bagi mengatasi masalah itu, minumlah secawan air campuran limau nipis (1 biji limau dengan 1 cawan air suam).. Selawat terlebih dahulu, Insyaallah, anda akan merasa lebih segar, mengelakkan kita dari muntah & boleh juga damalkan bila hendak berjalan jauh.
Sakit Perut Selepas Makan Bubur Kacang
Sekali-sekala makan bubur kacang memang menyelerakan. Tapi, jika makan secara berlebihan akan mendatangkan sakit perut pada sesiapa yang tidak biasa. Untuk mengelakkannya, masukkan 2 atau 3 hiris halia ketika anda memasak bubur kacang.
Keracunan
Jika anda atau anak-anak anda termakan racun, langkah yang sehabis pantas ialah dengan meminum air kelapa muda. Minum banyak-banyak air kelapa muda tadi, ia dapat mengurangkan bahaya racun tadi. Kemudian terus berjumpa doktor.
Hilangkan Parut Demam Campak
Untuk menghilangkan parut demam campak ialah dengan mencampurkan sedikit daun cermai ke dalam sedikit beras yang telah drendam terlebih dahulu. Kisar bersama air kemudian dsapu pada badan yang baru sembuh daripada demma campak kira-kira 10 hari. Lakukan 3x sehari.
Penawar Darah Tinggi
Penhidap darah tinggi dgalakkan mencuba petua ini. Daun sup (terpulang pada anda berapa banyak yang dperlukan). Cuci bersih kemudian rebus bersama air. Jangan campur garam atau apa-apa serbuk perasa. Bila sudah mendidih, angkat & biarlah terlebih dahulu. Bila dah suam, bolehlah dminum airnya sambil berselawat. Amalkan selalu.
Kurangkan Kadar Kolestrol
Perah sedikit lemon & campurkan dengan 1 sudu kecil minyak zaitun. Amalkan meminumnya 2 atau 3x sehari atau setiap kali mengambil makanan berkolesterol tinggi. Insyaallah, kesannya akan dapat drasai dalam masa seminggu. Ia juga dapat menghilangkan pembetukan selulit.
Perut Sebu
Biasanya kita gemar memakan makanan seperti nangka, pisang embun & labu tetapi kerap mengalami rasa kurang selesa selepas memakannya. Cuba letak 1 susu kecil halba di dalam gelas & tuangkan air panas mendidih. Biar hingga air itu suam. Kacau, kemudian minum.