Saturday, February 21, 2009

Puding Roti

PUDING ROTI
RESEPI ASAL : Erra Fazira

1 buku roti putih
2 kotak kismis
1/2 cawan madu lebah
1 tin susu cair Ideal
1 sudu kecil esen vanilla
2 tin krim Nestle
2 biji kuning telur
3 biji telur - putih+kuning
Sedikit gula pasir
Sedikit marjerin

CARA :
1. Sapukan marjerin pada loyang/mangkuk yang akan digunakan untuk membakar puding nanti.
2. Sapukan pula marjerin pada roti putih. Belah dua roti tu & letak dalam loyang.
3. Susun hingga menutupi lapisan bawah loyang.
4. Setelah itu, taburkan pula kismis, madu & juga gula.
5. Ulang proses yang sama hingga habis lapisan roti menutupi loyang.

CARA BUAT SOS :
1. Masukkan susu cair ke dalam mangkuk.
2. Campurkan krim, tambahkan gula lebih kurang 5 sudu besar.
3. Masukkan 2 biji kuning telur, kacau.
4. Masukkan lagi 3 biji telur & kacau lagi.
5. Masukkan esen vanilla, kacau hingga gula hancur.
6. Selepas itu, tuang sos ke dalam loyang tadi & bakar hingga masak selama 25 minit.
7. Sejukkan terlebih dahulu, kemudian baru di potong.

*Simpan dalam peti sejok ehh.. Sedap jek kalo makan time sejokkk...

Ikan Keli Salai Masak Lemak


Ada permintaan dari Cek Lawa nak ikan keli salai masak lemak.. Disebabkan Cik Soda tidak gemar makan ikan itu maka Cik Soda cuba mencari dan dapatkannya dari Mat Gebu.. Hehe... Semoga Cek Lawa berpuas hati.. Hehe...

BAHAN UTAMA

2 ekor ikan keli sungai
1 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam - lumur pada ikan
4 batang serai - dititik
2 kuntum bunga kunyit
10 biji limau kasturi - perah jusnya
1 bijii kelapa - parut

BAHAN TUMBUK HALUS
1/2 cawan cili padi - guna yang hijau
2 inci kunyit hidup
1 camca teh garam kasar

CARA :
1. Siang ikan keli sungai, cuci bersih & lumur serbuk kunyit & sedikit garam. Panggang hingga garing, angkat dan ketepikan. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1.. Tuang lagi 1 1/2 cawan air, ramas & perah untuk santan no.2, ketepikan.
2. Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk lumat, serai & santan no.2.. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan ikan panggang tadi dan biar mendidih.
Tuang santan no.1 & masukkan bunga kunyit.
3. Bila mendidih, tuang jus limau kasturi. Kacau rata. rasa kuahnya, jika kurang garam boleh tambah. Biar masak 2-3 minit & bolehlah matikan api. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat & ulam-ulaman...

Resepi Asal : En. Mat Gebu
Gambar : Saji Online

Sambal Hati Ayam


SAMBAL HATI AYAM
RESEPI ASAL : Arwah Nenek

BAHAN TUMBUK
4 biji bwg putih
6 biji bwg merah
1 inci halia

1/2 kg hati ayam
2 senduk gulai cili kering blender ( kalo x nak pedas, kurangkan cili)
1 mangkuk santan pekat
Sedikit serbuk kunyit
Gula & garam secukup rasa

CARA :
1. Basuh bersih hati ayam, toskan. Kemudian lumur serbuk kunyit & sedikit garam.
2. Goreng hati ayam hingga garing, asingkan..
(tapi kalo x suka garing, separuh garing pun boleh..)
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan tumbuk hingga wangi.
4. Masukkan cili kering, bila sudah naik minyak, masukkan santan.
5. Masakkan dengan api sederhana, kacau sekali-sekala supaya santan tidak berkepala.
6. Masak hingga kuah hampir pekat. Masukkan garam & gula secukup rasa.
7. Bila kuah sedikit pekat, masukkan hati ayam yang telah di goreng.
8. Kacau rata kemudian matikan api.

Wednesday, February 18, 2009

Daging Masak Merah

Minggu lepas ada kawan Cik Soda nak pindah ke Muar, so.. Ana (kawan), Cik Soda dengan mak, bantu sket2 masak tengah hari & makan malam untuk mereka sekeluarga. Maklumlah.. Barang dorang dah kemas2. Tinggal nak masok kontena je kan..
Kebetulan menu hari tuh, Cik Soda ada masak Daging Masak Merah.. Dapat la jugak dorang merasa air tangan Cik Soda yang tak seberapa ni.. Hehehe... Tapi, takderlah hiasan2..
Guna apa yang da kat umah jer.. Hehe..
Tapi kat resepi bawah ni ada Cik Soda senaraikan bahan hiasan untuk masakan ni...


DAGING MASAK MERAH
RESEPI ASAL : Diri Sendiri

300 gm daging lembu - rebus & hiris

BAHAN A - tumbuk
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih

BAHAN B - blend
1 biji bwg besar
10 biji cili merah - buang biji

2 senduk gulai cili kering blender
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos ikan
1/2 cawan air rebusan daging
Garam & gula secukup rasa

UTK HIASAN :
3 biji cili merah - hiris kasar
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - belah 4

CARA :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan BAHAN A hingga naik bau.
2. Masukkan BAHAN B, kacau hingga cili masak. Kemudian masukkan cili kering blender.
3. Bila sudah naik minyak, masukkan sos tomato, sos tiram, sos ikan & sos cili.
4. Tuangkan air rebusan daging, gula & sedikit garam. Masukkan daging.
5. Apabila mendidih, masukkan cili merah, bwg besar & tomato, masak hingga pekat
selepas itu matikan api.

Sotong Masak Kicap

SOTONG MASAK KICAP
RESEPI ASAL : My Mum

1/2 kilo sotong sederhana besar
2 sudu kecil tepung jagung - bancuhkan dengan air

BAHAN A :
3 biji bwg putih - hiris
1/2 inci kayu manis
1 inci halia - hiris

BAHAN B :
3 sudu besar sos tiram Knorr
Kicap hitam secukupnya / kicap Adabi - ikut suka nak sehitam mana kuahnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam

BAHAN C :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji cili merah - belah 2

CARA :
1. Tumiskan BAHAN A. Bila sudah naik bau, masukkan sotong.
2. Bila sotong kelihatan 1/2 masak, masukkan BAHAN B.
3. Kacau rata, pastu masukkan air tepung jagung.
4. Masukkan pula BAHAN C.
5. Bila sotong mulai masak, sesuaikan rasanya, kemudian matikan api.

Daging Masak Hitam



DAGING MASAK HITAM
RESEPI ASAL : Deja Moss

1/2 kg daging
2 sudu besar lada hitam - tumbuk
4 sudu besar kerisik
1 1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk
1 1/2 sudu kecil jintan putih - tumbuk
1 biji kelapa - ambil santannya
1/2 mangkuk kicap pekat/kicap manis Adabi

BAHAN MESIN :
6 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
3 batang serai
1/2 inci lengkuas
1 inci halia

CARA :
1. Tumiskan bahan yang telah di mesin.
2. Bila sudah naik bau, masukkan daging.
3. Pastu, kacau sekali-sekala, masak hingga daging mulai kecut.
4. Kemudian, masukkan kicap, lada hitam gaul suapaya sebati.
5. Masukkan santan, sentiasa kacau supaya santan tidak berkepala.
6. Bila kuah hampir kering baru masukkan kerisik & garam secukup rasa.

Ayam Masak Lemak Cili Padi


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
RESEPI ASAL : My Mum

1 ekor ayam - potong saiz sederhana
1 inci kunyit hidup - tumbuk
30 biji cili padi - tumbuk
3 batang serai - diketuk
5 biji bwg merah - hiris
1 inci halia - hiris
Santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang - belah 2

CARA :
1. Masukkan semua bahan di dalam periuk, kecuali kentang.
2. Jerang atas api, kacau sekali-sekala supaya santan tidak berkepala.
3. Kemudian, masukkan kentang.
4. Biarkan kuah mendidih agak lama supaya ayam masak dengan sempurna.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Bila ayam sudah masak, kentang sudah empuk, matikan api.

Monday, February 16, 2009

Ralat

PEMBERITAHUAN..!

Dukacitanya dimaklumkan bahawa,
buat sementara waktu,
Cik Soda tidak dapat mengupdated blog ini kerana mengalami masalah teknikal.
Maka,
dengan ini Cik Soda mengharapkan agar para pelawat memahami dan bersabar.
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih...

Friday, February 6, 2009

Ayam Masak Merah

Cik Soda nyer respi kebanyakan simple2 & masak2 kampung jer.. Takder gak hiasan2 segala.. hehe.. Lagipon, apa yang ada dalam fridge, itulah yang dimasak, kecuali kalau dah plan nak masak apa, baru leh wat deco2 sket.. Hehehe..

AYAM MASAK MERAH
RESEPI ASAL : My Mum

6 ketul ayam - potong sederhana
8 sudu besar cili kering blender
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Bahan Tumbuk/Blend :
1 inci halia
4 biji bwg putih
1 biji bwg besar

CARA :
1. Ayam dgaul garam kunyit, goreng & angkat.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk/blend hingga kekuningan & wangi.
3. Masukkan cili kering, kacau sebentar.
4. Kemudian, masukkan tomato sos, gula & garam secukup rasa. Kacau hingga terbit minyaknya, pastu masukkan ayam yang telah dgoreng tadi.

Thursday, February 5, 2009

Pucuk Ubi Masak Tempoyak

PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK
RESEPI ASAL : My Mum

1 ikat pucuk ubi - drampai halus
1 ikat petai - belah dua, ambil isinya
3 batang serai - hiris nipis
2 helai daun kunyit - mayang halus
5 biji bwg merah - mayang halus
5 sudu besar tempoyak
25 biji cili api - tumbuk (nak pedas, tambah lagi..)
Santan dari 1 biji kelapa - santan pekat (jangan cair..)
Setengah mangkuk kecil ikan bilis
Sedikit serbuk kunyit - untuk mencantikkan kuah
Garam gula & secukup rasa

CARA :
1. Masukkan semua bahan dalam periuk, kemudian masukkan santan.
2. Masak hingga kuah setengah pekat.
3. Kemudian, masukkan garam & gula, sesuaikan rasanya & matikan api.