Tuesday, January 6, 2009

Kari Ikan Mak



--> --> -->
Setiap orang, memang tahu memasak kari ikan, tapi dsini resepi kari ikan saya mungkin agak berbeza sedikit bahan2 nya dari resepi kari ikan anda..

KARI IKAN MAK
RESEPI ASAL : My Mum

4 potong ikan tenggiri - saiz kecil
1/2 biji kelapa - gaul dengan 1 sudu besar asam jawa semasa memerah santan
1/2 tangkai daun sup
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar rempah ketumbar
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil jintan putih - tumbuk
2 biji tomato - belah 4
8 biji bendi


BAHAN A :
2 biji bwg merah - tumbuk
1 biji bwg putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
2 sudu besar cili kering blender
1 sudu besar serbuk cili
*gaulkan semua bahan ni dengan sedikit air


BAHAN B :
3 biji bwg merah - hiris
2 biji bwg putih - hiris
1 inci halia - hiris
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
CARA :
1. Tumiskan bahan B hingga wangi. Kemudian, masukkan rempah kari & rempah ketumbar. Kacau rata, kemudian masukkan bahan A serta tomato puri.
2. Bila minyak naik, masukkan santan (cair pun takpe)
3. Bila kuah mendidih, masukkan jintan putih yang telah dtumbuk tadi, masukkan ikan.
4. Masukkan garam, bila ikan sudah hampir masak, masukkan bendi.
5. Kemudian, masukkan pula tomato & sesuaikan rasanya (jika nak tambah garam)
6. Perlahankan api, supaya kuah mereneh hingga timbul minyak dan kuah menjadi sedikit pekat.
7. Setelah itu, tutupkan api dan masukkan daun sup.

Monday, January 5, 2009

Spageti Erra

SPAGETI ERRA
RESPI ASAL : Erra Fazira + Ejas Sendiri

1 kotak spageti/paket
1/4 kg udang basah, tiram (jika suka tiram)
1 tin cendawan butang
1 pokok daun sup - hiris
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
2 sudu besar sos tomato
2 biji buah tomato - potong dadu
1 biji bwg putih - cincang
sedikit pes tomato + dengan sedikit air
beberapa biji cili padi - potong dadu
sedikit minyak zaitun - untuk menumis
sedikit origano

CARA :
1. Celurkan spageti, angkat & toskan (gaul skit dgn minyak zaitun)
2. Panaskan minyak zaitun & tumiskan bwg putih.
3. Masukkan udang, tiram @ makanan laut lain. Masukkan pes tomato, origano,
lada hitam & cili padi.
4. Masukkan buah tomato, daun sup, kacau rata & masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan spageti dalam pinggan/mangkuk kemudian tuang kuah di atasnya.

Mi Hailam

MI HAILAM
RESEPI ASAL : Mak De Noriah

1 kilo mee kuning
3 biji bwg putih - tumbuk
1 senduk gulai cili kering blender
1/4 daging - hiris nipis
1/4 kg sotong
1/4 kg udang basah
1/2 cawan kicap hitam
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 mangkuk sayur sawi
1 batang lobak merah
1 mangkuk sedang sayur kubis
1/2 cawan air tepung jagung
5 biji telur
2 kiub pati ayam Knorr / air stok (rebusan udang)
1 paket fishball
5 kiub fishcake
Gula & garam secukup rasa

CARA :
1. Tumiskan bwg putih. Masukkan cili, kicap & sos tiram.
2. Masukkan daging. Tumis sampai cili nampak berkilat & daging mulai kecut.
3. Masukkan udang & sotong. Masukkan juga fishcake & fishball, masukkan air secukupnya, serbuk lada hitam, garam & gula.
4. Bila kuah mendidih, masukkan kiub ayam.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
6. Masukkan juga lobak, sawi & air tepung jagung.
7. Bila kuah nampak pekat & sedikit kehitaman, sesuaikan rasanya.
8. Rasanya mesti agak manis sket & ada terasa pedas.
9. Boleh dhidang bersama mee terus atau mee dasingkan, supaya mee tak kembang.

Gulai Lemak Nangka


GULAI LEMAK NANGKA
RESEPI ASAL : My Mum

1 mangkuk nangka - yg telah drebus terlebih dahulu
25 biji cili padi - yg telah dtumbuk
2 batang serai - dketuk
Sedikit ikan bilis
1 biji kelapa - ambil santannya
1/2 inci kunyit hidup / sedikit serbuk kunyit

CARA:
1. Masukkan nangka dalam periuk.
2. Masukkan cili, ikan bilis, serai serta santan.
3. Kacau rata, kemudian jerang atas api.
4. Kacau sekali-sekala supaya santan tidak berkepala.
5. Letakkan garam secukup rasa.
6. Bila kuah gelegak, perlahan kan api dan bila kuah agak sedikit pekat, matikan api.

* Kunyit hidup hendaklah dtumbuk bersama cili & sedikit garam. Jika tidak ada kunyit hidup, boleh guna serbuk kunyit. Serbuk kunyit dmasukkan apabila selesai memasukkan bahan-bahan lain ke dalam periuk.

Gulai Asam Keledek


GULAI ASAM KELEDEK
RESEPI ASAL : My Mum

1 biji keledek - potong dadu
15 biji cili padi kecik - dtumbuk (xnak pedas, kurangkan cili)
2 keping asam gelugur
1 sudu besar taucu
sedikit ikan bilis
Air secukupnya - utk wat kuah

CARA :
1. Cuci bersih keledek yang sudah dkupas. (kalau tak suka keledek, boleh ganti dengan ikan kembung atau ikan selar)
2. Masukkan keledek dalam periuk.
3. Masukkan taucu, asam gelugur, cili padi, ikan bilis & masukkan air.
4. Kacau rata, kemudian jerang atas api.
5. Bila kuah gelegak, letakkan garam secukup rasa. Tutup api bila keledek sudah lembut.

Petua Mencuci Hati - Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat & banyakkan berdo'a
- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya Allah jadikan hatiku bersih".

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w, paling minima (100x sebelum tidur)
- Ini merupakan satu pelaburan yang mudah & murah disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita &
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat
- Selain daripada memohon keampunan,
dapat mencuci hati & menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran
- Selain dapat mencuci hati ia juga dapat menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, & sebagai terapi.
Bacalah sekurang-kurangnya 3x
"Qulhu-Allah".

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif
- Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri, katakan lah

"Aku sebenarnya..."
(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda
-Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
katakan di dalam hati :-
"Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,
berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".
Menurut kajian psikologi,
apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga
keesokan harinya.

8. Berpuasa
- Sekiranya dalam berpuasa maka akan terhindarlah dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
.

10. Kekalkan wuduk
11. Bersedekah
12. Belanja orang makan
13. Jaga makanan
- jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan Ulama
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb),
jangan dengar orang mengumpat.

Marah Kunci Segala Keburukan

Anda pernah merasa marah marah? Pasti pernah. Perasaan marah tiada batas peringkat usia, semua orang mengalaminya. Ini kerana marah merupakan salah satu sifat semulajadi manusia yang sukar dihapuskan. "Marah adalah kunci daripada segala keburukan" kata seorang sahabat Rasullah s.a.w mengingatkan. Sifat marah yang terdapat dalam diri manusia tidak sama tahap & tingkatannya.

Menurut Imam Ghazali ada 3 golongan manusia dalam hal ini :
1. Orang yang tidak mempunyai rasa marah sama sekali
- Orang yang termasuk dalam golongan ini biasanya tidak mempunyai sikap dan semangat untuk membela atau mempertahankan harga dirinya, keluarganya serta apa sahaja yang menjadi haknya. Apalagi untuk kepentingan agamanya.
- Dalam keadaan tertentu, marah itu dperlukan kerana orang yang hilang sama sekali sifat marahnya, akan hilang pula sifat pembelaannya.

2. Orang yang tidak dapat mengawal kemarahannya
- Kebalikan daripada sifat golongan pertama tadi ialah orang yang tidak dapat mengendalikan kemarahannya. Ia terlampau melayan perasaan marahnya tanpa, sehingga tidak dapat menggunakan akal sifatnya untuk mempertimbangkan segala sesuatu.

3. Orang yang dapat mengendalikan kemarahannya
- Golongan ketiga ini merupakan pertama & kedua. Iaitu mereka yang menyalurkan rasa marahnya dalam keadaan-keadaan yang dperlukan. Ia dapat mengawalnya supaya selalu berada dtahap pertengahan, tidak lenyap sama sekali & tidak melepaskan tanpa batas.

Daripada 3 golongan di atas, golongan ketiga merupakan yang terbaik..

Rasulullah s.a.w mengajarkan 3 cara meredakan kemarahan yang sedang meluap-luap :
1. Membaca Ta'awwuz
- Kemarahan itu datangnya daripada syaitan. Oleh itu, kita dsuruh meminta perlindungan Allah s.w.t yang telah menciptanya. Ta'awwuz atau memohon yang paling ringkas ialah dengan membaca "a'zubillahiminas syaithanir rajim" (aku memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk)

2. Berdiri, duduk & baring
- Ketika api kemarahan sedang mengusai orang yang sedang berdiri, ia dnasihatkan duduk untuk menenagkan fikiran & meredakan kemarahannya. Selepas duduk, kemarahannya tidak juga hilang, Baginda menyuruhnya berbaring, merehatkan badan & fikiran.

3. Mengambil air sembahyang
- Syaitan dcipta Allah s.w.t daripada api, dan api dapat dpadamkan dengan menyiramkan air padanya. Oleh itu, apabila kamu marah segeralah berwuduk.