Tuesday, May 11, 2010

Paprik Makde


PAPRIK MAKDE
Resepi Asal : Makde Perak

3 biji bawang putih - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
1 senduk cili kering blender - nak pedas, tambah cili api sket
1 biji buah tomato - belah 4
4 helai daun limau purut
1 batang serai - di ketuk
1 mangkuk kecil daging ayam
1 mangkuk kecil udang
1 mangkuk kecil sotong
1 mangkuk kecil bunga kubis
1 mangkuk kecil kacang panjang
1 mangkuk kecil lobak merah
** kalo nak buh cendawan yg dalam tin pun orait
Sedikit kicap kipas udang
Sedikit sos tiram
Air secukupnya untuk kuah

CARA :
1. Tumis bahan tumbuk, bila dah wangi, masukkan ayam, bila ayam dah hampir masak, masukkan udang & sotong.
2. Pastu massukkan seme sayo2 di atas termasuk serai.
3. Masukkan sedikit kicap, agak2 jer ni...
4. Masukkan daun limau purut, air yg secukupnya untuk kuah, sos tiram sket.
5. Masukkan garam secukup rasa, kacau rata & matikan api.

No comments: