Tuesday, December 28, 2010

Lala Goreng Kari

LALA GORENG KARI
SUMBER : My Mum

1 kilo lala - bersihkan
3 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1/2 paket rempah kari ikan
1 senduk cili kering blender
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Serbuk perasa Knorr sket
Garam secukup rasa

CARA :
1. Tumiskan bahan yang di tumbuk hingga kekuningan, matikan api.
2. Masukkan rempah kari, kacau rata.
3. Hidupkan api semula, masukkan cili, biar hingga naik minyak.
4. Pastu masukkan sos tiram, sos tomato, serbuk Knorr & garam.
5. Pastu, masukkan lala, gaul rata & sampai lala masak.
6. Bila dah kering, matikan api.

No comments: