Saturday, January 2, 2010

Nasi Goreng Sardin

Sempat gik post dua respi seblom Soda rest dari post2 respi pasni. Sepanjang wat blog masak ni, banyak yang Soda dapat cam dapat kawan baru, respi2 baru, walau kita tak pernah jumpa, tapi bez kan.

Ada jugak kgkawan Soda tanya, respi2 ni wat senirik ker atau copy paste dari web? Kgkawan ku sekalian, mestilah wat sendirik, kecuali kalo ada sesapa yg request respi yg dia nak, & respi yg dia nak tuh xder lam simpanan Soda. Baru Soda carik kat mana2 web.

Respi2 yg Soda post kat sini, semenya datang dari buku masak Soda, buku masak mak, respi2 dari kawan2 mak serta respi2 dari arwah wan. Cuber perhatikan betul2... Pinggan mangkuk yg Soda guna ni, kan balik2 pinggan tu jugak.. Kekeke...

Begitu gak dengan kawan2 blog masak kat sini, seme wat senirik kan.. Kita semua nak berkongsi-kongsi respi masakan kan. Yela, kadang2 jemu jugak, asik makan yg sama jer, nak gak tukar selera. Cam try cara masak jepun cam respi dari Kak Fae ker, cam tu lah contohnya..

Wahh, panjang berjela betul menulis, seblom bercuti panjang ni, hehe... Okla, Soda mintak diri dulu, kalo Soda ada wat silap, harap2 sudi maafkan yer, bye.. Jumpa lagi seme....!

NASI GORENG SARDIN
RESEPI ASAL : Shiela Rusly

1/2 biji bawang besar - hiris
4 biji bawang putih - dadu/hiris
1 senduk cili kering - atau nak pedas campo cili api tumbuk
1 tin sardin sederhana besar - amek ikannya sahaja, kuah x mao
Sedikit kacang panjang - hiris dadu
Sedikit lobak - hiris dadu
* atau nak guna sayur campur yg dlm paket pun ok gak
Telur dadar - hiris
Nasi secukupnya ya...

CARA :
1. Tumiskan bawang besa dulu, kemudian bawang putih.
2. Bila dah wangi, masukkan cili kering. Bila minyak dah naik, masukkan sayur2. Kemudian, masukkan ikan sardin, pecah2 kan isi dia ( lagi banyak ikan, lagi sedap tau..) Gaul rata2.
3. Masukkan pula nasi, garam secukup rasa.
4. Bila nak hidang taburkan dengan telur dadar. Siap.


*** Ni petang semalam la ni, tengok kak Sheila Rusly masak ni kat rancgn Ketuk2 Ramadhan. Teliur la plak tengok kan. So, kua malam tuh gi kedai bli bahan2. Soda tak berapa ska kcg panjang, so nak guna sayur campo, abes la plak. Huhu.. pastu guna jer la brokoli. Tapi, seblom campak lam nasi, hehe.. Rebus dulu brokoli ni...

No comments: