Tuesday, December 12, 2017

Salad Mudah



SALAD MUDAH
SUMBER : Diri Sendiri

Beberapa helai daun salad campur - basuh bersih, toskan kemudian hiris
(Beli 1 box salad yg biasa ada jual di pasaraya)
1 biji telur - rebuskan
1 keping roti putih - goreng dalam minyak hingga perang
1/2 biji lemon atau 1 sudu besar cuka epal
Beberapa biji tomato ceri
Sedikit lada hitam tumbuk
Sedikit garam
Sedikit olive oil

CARA :
1. Masukkan salad yang dihiris ke dalam bekas besar.
2. Disebabkan tomato ceri saya tinggal 2 biji maka terpaksa la dpotong dadu kalau ada lebih, memang belah dua je, so masukkan pula tomato ceri ke dalam bekas salad.
3. Taburkan garam, lada hitam & olive oil.. Ni semua agak2 je ikot kuantiti salad tu banyak mana.
4. Perah lemon/tuang cuka epal tadi. Pastu gaulkan semuanya supaya rata.
5. Rasa sikit, kalau kurang garam, baru tambah.
6. Roti tadi hiris panjang kemudian potong jadi kepingan kecil 4 segi, letak dulu dalam bekas lain.
7. Telur yang direbus tadi pun belah2 ikot suka hati, asingkan dulu dalam bekas lain.
8. Masa nak hidang/makan... Ambil salad letak dalam mangkuk lain. Susun roti & telur rebus, pastu tuang sikit olive oil sekali lalu & tabur lada hitam supaya nampak cantik lagi menawan.

Saya beli yang ni... Boleh buat 3x hidangan salad sebab saya sorang je yang makan.. 1 box RM4.99

Sunday, November 19, 2017

Laksa Sarawak 2

Salam blog. Dulu2 masa duduk Sibu, Sarawak bila masak laksa Sarawak guna cap burung bayan.  Sekarang ni guna pes Haji Manan plak. 
Ini cara saya lah. Lain orang lain cara kan.

LAKSA SARAWAK
SUMBER : Diri Sendiri

1 paket pes laksa sarawak Haji Manan
1 bungkus mihun - celur

~Untuk Kuah~
1 biji kelapa - ambil santannya
1 kiub ayam Knorr
5 biji bawang merah/kecik - tumbuk
3 sudu besar udang kering - tumbuk
3 senduk gulai saiz sederhana cili kering blender
Udang sikit dalam 12 ekor

CARA MASAK KUAH :
1. Tumiskan bawang, udang kering hingga naik bau, masukkan cili kering.
2. Bila dah naik minyak, masukkan pes laksa, kacau jap dan masukkan santan untuk kuah.
3. Masukkan udang, kiub ayam. Bila dah gelegak masukkan garam secukup rasa. Bila semua sudah cukup rasa, matikan api.

~Bahan Tabur~
1 @ 2 ketul dada ayam - rebus & carik2kan
Udang - rebus/goreng ikot la nk byk mana sbb utk tabur kannn
Telur dadar - gulungkan & hiris
Limau kasturi - belah dua
Daun ketumbar - hiris
Taugeh - ikot la nak byk mana, kalau suka makan byk, beli byk...kuikuikui

~Sambal Belacan~
4 biji cili merah
15 biji cili api
I inci belacan - saya guna belacan langkawi
- tumbuk cili kemudian masukkan belacan & tumbuk lagi. Tak perlu garam kecuali anda kuat masin.. Hehe
- kalau korang nak sambal banyak & lagi pedas ejas je lah ekk cili & belacan tu, takder hal bro...

*** 1 paket pes ni dapat lah jugak 5-6 orang makan. Tapi kalau masing2 makan banyak 1 paket lepas 4 orang makan je la.. Herherher

Ayam Goreng Kari

Haa.. Kebetulan hari ni masak ni pagi tadi. Mula mak nak buat ayam masak merah, tapi saya takde rasa nak makan pulak. Pastu cakap dengan mak, wat ayam ni masak kari jer la. Mak kata, haa.. Buat je la... Ok juga. 
Resepi alahhh sama pesen jer dengan udang tu hari. Tapi mana la tau kan kalau korang yang alah dengan udang, so boleh jerrr la ganti dengan ayam. Apa ada hal... 

AYAM GORENG KARI
15 ketul ayam - ketul ni kecik je sbb somi saya tak suka ayam potong besar
3 sudu besar rempah kari ayam
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
3 biji bawang merah/kecik - hiris
Halia dua keping hiris besar - ni kebetulan mak saya dah hiris siap2 so saya amek je la, lapikkan dua, pastu hiris panjang2
2 senduk cili kering blend
2 pelepah daun kari - daun kari ni kebetulan besar gedebak
2 sudu besar air masak

CARA :
1. Gaulkan ayam dengan garam kunyit kemudian goreng hingga masak lorrr..
2. Panaskan minyak pastu tumis, bawang2 & daun kari.
3. Bila dah naik bau, masukkan dua senduk cili kering blend.
4. Dah naik minyak, masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan sedikit air. Gaul kan bagi rata. Masukkan dua sudu air masak.
5. Masukkan ayam, garam secukup rasa. Kalau rasa dah ok, tutup api.

Senduk yang saya guna untuk sukat cili kering blend tadi ialah senduk B







Peralatan memasak, ecewahhhh...

Salam. Hai.... Meh sini saya nak tunjuk beberapa gambar yang saya guna untuk memasak.

Bukan apa, sebab kadang2 tak dapat nak agak kan Kak Kiah besar mana, banyak mana kannnn. Yela senduk & cawan kat umah kita bukannya semua sama. haaaa gitueeee... So bila dah tengok gambar ni boleh lah agak2 nanti nak buh cemana ye dak.

Tanpa membuang masa, marilah kita ke peralatan pertama.... Tak tun tuanggg tak tun tuanggg...

1) Sudu kecil yang biasa saya guna ialah sudu A. Kalau saya buat kek, saya guna sudu A tapi kalau ada resepi lain yang guna sudu B yakni dia sebut sudu kecik kfc, so guna sudu tu B ya... 

2) Sudu Besar yang biasa guna ialah sudu A. Sudu B&C sudu langkawi dia besar sikit saiz dia. Sudu A sudu gulai kalau mak saya panggil.

3) Senduk nasi yang saya guna bila sukat cili kering blender. Saya guna senduk B

4) Senduk kedua yang biasa saya guna bila nak sukat cili blender selain senduk nasi ialah senduk gulai yang B. Dia memang kecik sket dari senduk gulai besar yang biasa orang hidang bila buat buffet tu atau senang cakap saiz dia sederhana lah..

5) Cawan yang biasa saya guna bila nak sukat bahan masak kek. Saya guna cawan A ya. Memang amek dari rumah mak bawak balik umah saya.. Keke

Ok, tu je la dulu sementara saya ingat. Kalau ada lagi nanti saya share ok? Chow cin chow.... Daaa



Ayam Panggang

Salam. Resepi ni saya dapat dari kawan. Dia memang pakar bab memasak ni tau. Huntongg suami & anak2 dia kooo.. 
So, marilah tengok bahan2 nak masak ayam ni. Bau dia memang mewangi satu rumah. Betulll...!!!

~ selepas perap tunggu masa nak panggang ~


AYAM PANGGANG
SUMBER : Kak Dya (kawan)

1/2 ekor ayam
1 biji bawang hollang (yg wane kuning tu)
1 biji lobak
1@2 biji kentang (ikot saiz besar/kecik)

~Bahan Perap~
4 biji bwg putih - tumbuk hancur
3 sudu besar sos tiram - (ni ikot saiz ayam la ekk, kalo ayam besar, buh la lebih lagi)
1 kiub ayam maggi
Sedikit serbuk cukup rasa
Sedikit lada hitam yg ditumbuk - ikot la nak byk mana

CARA :
1. Basuh bersih ayam kemudian guna jari, jolokkan bawah kulit dia tu supaya ada ruang.
2. Pastu gaulkan ayam dengan bahan perapan. Sapu2 jugak bawah kulit dia tu supaya bahan perap masok sampai ke isi dia.
3. Kat dada ayam tu plak cucuk2 guna pisau & sumbat bahan perap dalam tu. Sama jugak dengan kentang, bawang gaul dengan bahan perap.
4. Buh dalam bekas & simpan dalam peti ais, lagi lama lagi bagus.
5. Pastu, sampai masa bakar dalam pemanggang ajaib. Bila dah naik bau nampak ayam masak balikkan secara perlahan. Buh lobak. Dalam 5 minit macam tu masak la dia.

*** Makan masa dia panas2 tu sedap koooo... Ala ratah je cenggitu. Ikot la nak makan dengan cicah sos ke, nak makan dengan nasi ke.. Ikot ko la nakkk... Herherher

Tart Telur Kuali Viral


TART TELUR KUALI VIRAL
SUMBER : FB

~ Untuk Kulit ~
250 gm tepung gandum
125 gm buttercup
1 biji teur

~ Untuk Filling ~
250 ml susu pekat manis
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard / tepung jagung
100 ml air masak

CARA :
1. Dalam pan, masukkan tepung dan juga butter, ramas2 kan supaya sebati.
(Mcm saya, gaul dalam besen je, sebab tak masak dalam pan)
2. Campurkan telur, gaul kan supaya dia tak melekat pada pan.
3. Ratakan keseluruhan pan.
4. Cucuk-cucukkan tart dengan garfu, jangan kuat sangat nanti tembus lak filling dia huuu...

CARA BUAT FILLING :
1. Kacau susu pekat & kuning telur dalam mangkuk.
2. Campurkan air & tepung kastard/tepung jagung kacau rata kemudian tuang dalam adunan susu+telur tadi. Gaul lagi bagi rata.
3. Tuangkan filling dalam kulit tart slow2 ekk.
4. Maka boleh lah di masak dengan api yg perlahan selama 30-40 minit/hingga masak.

*** Baik, disebabkan saya telah pun buat tart viral ni, saya derhaka sikit pada resepi ni hoho..
i) untuk susu tu, saya kurangkan sukatan skit kalau tak nanti manis sangat.
ii) dalam filling pulak, saya tambah 1 sudu kecil esen vanilla & garam sikit untuk bagi rasa lemak kalau tak dia akan rasa manis aje.
iii) kulit dia pulak jangan tekan terlalu nipis belah bawah dia ya, nanti dia dapat penyakit hati, dia akan naik timbul besar sebelah.. Kekeke...
iv) pastu, saya masak tart ni guna loyang bulat je. Tapi, saya masukkan dalam periuk ajaib, bahagian penutup saya cover dengan towel bersih supaya air wap tak jatuh dalam inti, nanti berlubang tak cantik... Heww

Ok, selamat mencuba. Sedap tau tart ni. Guna buttercup memang wangi banding marjerin...




Telur Bistik


TELUR BISTIK
SUMBER : Kitab Resepi Soda

4 biji telur
Beberapa biji cili api (nak pedas, lebihkan cili)
2 biji bwg putih - cincang
2 biji bwg merah - cincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Sedikit isi ayam - potong dadu
Garam & gula secukup rasa

CARA :
1. Goreng kan telur hingga masak kemudian asingkan buh dalam pinggan kau yang cecantik.
2. Lepas tu, masukkan ayam, gaul2 jap lepas tu masukkan bawang2 tadi. Bila dah naik bau, ayam pun masak, masukkan cili. Masukkan pula sos2 & kacau bagi mesraaaaaa...
3. Buh garam gula secukup rasa, kalau rasa tu dah ngam2 hoo.. Matikan api lorrr.
4. Curahkan sos tadi atas telur, taburkan dedaunan sup/bawang.

*** sebenarnya nak lagi menawan telur tu dadarkan tau... Goreng mcm rangup skit telur dadar tu. Lps tu ada pulak sayur campo, lagi sedap. Ini saya masak guna apa ada nya sahaja... Herherher

Saturday, November 18, 2017

Udang Goreng Kari


UDANG GORENG KARI
SUMBER : My Mum

Udang setengah kilo
2 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar cili kering blender
3 biji bwg putih - hiris
4 biji bwg kecik/merah - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 sudu besar sos tiram
2 pelepah daun kari

Cara :
1. Udang setelah dbersihkan gaul garam kunyit. Goreng hingga masak dan ketepikan. Minyak/air udang ni asingkan dalam mangkuk lain.
2. Guna minyak baru dalam kuali yg sama, tumis semua bahan hiris & daun kari. Bila dah keperangan serta wangi masukkan pula cili blend.
3. Bila dah naik minyak, masukkan rempah kari yg dah dibancuh dengan sedikit air.
4. Masukkan sos tiram, gaul rata.
5. Masukkan udang, garam secukup rasa serta masukkan sedikit air lebihan goreng udang yg digoreng awal tadi.
6. Dah cukup rasa, matikan api & boleh lah ngap... Hehe..
Selamat mencuba.. Daaa

Hai... !

Salam blog.
Nama saya Montek. Ommey saya kata, nanti dia masuk post resepi baru ekk. Dia kata maaf lah sebab lama gilerrr biar blog berhabuk, bersawang bertahun. Tah apa dia bizi sangat saya pun tak tahu. Oklah, saya chow dulu. Daaa...

Thursday, June 5, 2014

Hot & Roll... Lah sangaattt.. Hehe

Salam & selamat pagi blog.. Ermm.. Saya kan suka makan Hot & Roll kalau terjumpa kiosk dia kat mana-mana kan mesti gatal tangan nak order punya.. hehe.. Memang nampak kan apa yang dia letak semua. Maka pada satu hari saya cuba lah konon-kononnya nak buat sendiri ahaks.. Tapi saya terlupa nak ambil gambar dari mula, yang dah siap lipat je saya ambil. Senang je...Biasanya saya sediakan menu ni untuk kami sarapan, biasalah cepat dan mudah kan.. Sonang kojo den.. Keke..


Hot & Roll
Sumber : Cuba Sendiri

BAHAN :
Roti pratha - bilangan keping, ikut berapa orang nak makan
Cheese - tak kesah yang cheddar ke kraft apa2 jer
Kepingan ayam - saya guna sosej yg di goreng & dihiriskan
Bawang bombay (bawang besar warna kuning) - hiris
Serbuk lada hitam
Mayonis
Sos thousand island - saya tambah

CARA :
1. Panskan roti pratha di kedua-dua belah
2. Angkat, letak kepingan ayam/sosej
3. Taburkan cheese, saya guna cheese biasa tu jer & koyakkan kecik2 pastu tabur je atas dia
4. Tuang pula mayonis, sos thousand island & taburkan serbuk lada hitam
5. Taburkan juga bawang besar, saya goreng dulu sebab bawang bombay ni kalau goreng dia manis.. hehe
6. Ok dah siap lipat saja itu pratha & sedia untuk dingap... Hehe

Wednesday, June 4, 2014

Tortilla Wrap : Sosej

Salam blog.. Kadang2 saya suka sediakan sarapan ringkas sebegini. Selain cepat disediakan, ia juga mudah. Kalau cukup segala bahan, memang seronok membuatnya. Macam ni, part sayur-sayuran kehabisan stok, maka ini sajalah yang dapat disajikan..

Tortilla Sosej Wrap
Sumber : Diri Sendiri

BAHAN2:
Tortilla secukupnya
Sosej yang di goreng hingga masak
Cheese beberapa keping (ikut bilangan brp org nak makan)
Cili Sos, Mayonais & Sos Thousand Island

CARA :
1. Sosej dikelar2 kan terlebih dahulu & goreng hingga masak
2. Panaskan tortilla atas pan di kedua2 belah
3. Selapas tu angkat tortilla & terus taburkan soseh yang dihiris, taburkan cheese, tuang sos2 segala & lipatkan. Kalau ada salad... tomato lebih sedap di gulung

** selain sosej, inti boleh dipelbagaikan.. guna nugget/ayam goreng/ayam kFc.. hehe..

Monday, June 2, 2014

Nasi Himpit Goreng

Salam semuanya..
Saya ni jenis kalau berkesempatan memang sediakan sarapan untuk suami dan adik. Tapi kalau saya terlalu penat memang tak sempat sebab dah kelam kabut, jadi macam tu sebab terlambat bangun lah.. Hehe..
Hari-hari dok pikir menu apa nak wat yang tak renyah sangat la nak sediakan. Kadang jemu asik sediakan menu yang sama je. Memang saya akan pelbagaikan kalau ada bahan. Minggu lepas saya ada terjumpa resepi ni. Dah lama teringin nak masak, tapi asik bertangguh. Jadi saya pun cuba. Pengkritik kata sedap. So semalam suami saya request lagi nak menu yang sama. Nasib ada lebih nasi ni, maka rebus lah saya malam semalam nasi ni untuk di masak pagi tadi. Sedap rupanya. Terasa nak cuba tak.. cuba la.. sedap juga.. Terima kasih kat tuan empunya blog sebab share resepi... Ini saya copy paste dari blog Kak Liza..


NASI HIMPIT GORENG 
SUMBER : Intai Dapur Kak Liza

BAHAN 
Sedikit minyak masak
600 gm nasi himpit ~ dipotong kecil
1/2 sudu besar kicap pekat
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
4 ulas bwg merah - Liza tambah (sy pun letak)
1/2 sudu besar cili kisar
4 biji telur ~ dipukul sedikit
100 gm lobak putih jeruk ~ ita tak letak
400 gm dada ayam ~ dipotong kecil - guna ayam KFC (sy guna ayam biasa)
3 keping sosej ayam ~ dipotong kecil (sy tak letak)
400 gm taugeh
150 gm daun kucai ~ di potong 1 inci

Bahan Sos
50 ml Kicap cair
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
100 ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sedu besar serbuk pati ayam
Sediakan sos.

Kacau semua bahan bersama gula, garam dan serbuk pati ayam.
Perasakan secukupnya jika perlu dan ketepikan

CARA :
  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak dalam kuali.
  2. Goreng nasi himpit dengan kicap pekat sehingga rata warnanya.
  3. Angkat dengan sudip berlubang dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali sekali lagi dengan baki minyak yang tinggal dalam kuali.
  5. Tumiskan bawang putih dan cili kisar di atas api sederhana sehingga harum.
  6. * Masa ni saya tuangkan bahan sos, telur.. dan bila telur dah hampir masak, saya buh nasi himpit tadi... 
  7. Kemudian tambahkan nasi himpit yang di goreng tadi dan goreng sekali lagi sehingga rata.
  8. Masukkan telur, lobak putih jeruk, ayam, sosej dan perasakan secukupnya.
  9. Goreng selama 5 minit sehingga ayam masak sepenuhnya
  10. Masukkan taugeh dan daun kucai
  11. Kacau cepat-cepat dan matikan api
  12. Hidangkan segera
** Saya masak pagi tadi tak letak cili blender sbb habis stok so saya gantikan dengan cili padi hiris tumis bersama dengan bwg putih cincang.. Bahan sos, saya tambahkan sikit cili sos... sedap juga
Bahan hiasan pun saya takde stok, jadi saya gantikan dengan bawang yang di goreng... Hehe

Tuesday, May 20, 2014

Mi Goreng Sempoi...

Selamat tengah hari blog.. Ya allah lamanya tak update blog, bersawang sudah. Tak lama lagi nak masok bulan pose dah hah kooo... Baru ni terkedek-kedek nak update, hehe.. Ok la, saja nak share masak mi ni sebab pengkritik tetap kata, rasa sedap & lain rasa dengan selalu yang saya masak. Saya memang selalu google resepi, tapi bila dah bukak manyak2, men snap2 gambar untuk senang nak salin dalam buku masak... mula lah tak tau sapa punya resepi.. Huhu.. Nasib baik yang ni saya tau resepi siapa. Terima kaseh banyak2 dekat Aziejaya, memang sedap mi ni. Ok sapa nak terai boleh la cuba, memang tak rugi... 


MI GORENG
RESEPI ASAL : Boleh tengok sini Aziejaya

Ini yang saya buat ikut isi rumah saya 3 org.. hehe
1 paket mi kuning
Ayam secukupnya - potong kecik2
Fish ball - sy tambah sbb dlm peti ada stok
2 biji bawang putih - cincang
3 sudu besa cili kering blend - kalo x nak pedas wat 1 sudu besa je
Sayur sawi, tomato
Kicap tamin, sos tomato, sos cili, air masak
Bawang goreng, limau nipis

CARA:-
1. Tumis bawang putih tadi, dah naik bau, masukkan cili. Bila cili dah masak, buh ayam.
2. Bila ayam dah masak, buh air sket. agak2 jer.
3. Buh sos tomato biar lebih dari sos cili, garam, sawi, fish ball, tomato.
4. Bila da gelegak, masukkan mi kuning, kicap.
5. Gaul rata, & kalau wane dia x cantik tambah sos2 & kicap ikut kesesuaian rasa. Kuatkan api sket.
6. Bila rasa dah ok, angkat & taburkan daun sup hiris & bawang goreng yang digoreng sendiri. Bila nak makan perah limau sket.. Huuuuu... Sedap.. Hehe 

Thursday, November 14, 2013

Cucur@Ckodok Air Panas

Assalam blog masakku ini... Mak aiii.. Lamanya tak update resepi kat sini.. Hoho.. 
Ok lah terus kepada kisah di sebalik ckodok ni, asben la tiba2 teringin nak makan, katanya dah lama tak makan ckodok air panas. Haaa kooo.... Esoknya terus buat. Masa tinggal dengan mak, mak memang selalu buat, sedap kan makan panas2. Cuma air tangan dia lagi hebat la berbanding diri ini. Diri ini nak cepat siap jer, maka guna sudu je cedok. Mak guna tangan, so cantik2 bulat2 dia punya ckodok.. Hehe..


CUCUR AIR PANAS

~bahan ni yang saya guna untuk makan bertiga yer..~
4 cawan tepung gandum
1 mangkuk kecik ikan bilis ditumbuk-ikut suka nak banyak mana
6 biji cili api cincang - xnak pedas, guna cili merah besar
1/2 biji bawang besa cincang
daun bawang/daun sup - hiris halus
garam secukup rasa
air panas secukupnya - tadi sy guna dalam 4 cawan kot.. huhu.. men tuang je hoho..
*cuma jangan terlebih air takot nati masa goreng ia berderai

CARA:
1. Campur je semua bahan kecuali air panas.
2. Da rata, baru tuang air panas & kaco dengan laju. Masa ni adunan akan jadi berat macam kental2 gitue.
3. Gaul rata-rata, rasa garamnya, tak cukup tambah.
4. Pastu boleh guna tangan & sebelum lumur tangan dengan tepung supaya senang tak lekat sangat nak pegang.
5. Tapi macam saya, saya guna dua sudu untuk cedok.. hehe.. Sebab nak cepat. Hihi..
6. Goreng hingga masak keemasan, makan masa panas sangat lah sedapnya. Boleh di makan bersama sos kegemaran masing2.. Hehe

** Katakan lah kalo xde ikan bilis/nak kan kelainan boleh cincang fishball/fishcake.. sedap jugak.. wat ckodok biasa guna fishball/fishcake pun sedap..

Sekian.

Tuesday, February 19, 2013

Cucur Jagung

Pagi tadi Soda bersarapan 'cekodok' jagung. Tapi untuk asben, Soda watkan mi goreng supaya dia kenyang sikit, maklumla dia kalo tengah hari tak makan nasi, jadi kena la makan makanan berat pada sebelah pagi. Ok, kat mana Soda dapat cucur versi ni? Dulu2 masa Soda sekolah rendah, ada seorang makcik ni kawan baik mak, dia orang Indonesia tinggal depan umah kami jer, dia selalu mintak mak ajar masak2 cara orang Malaysia, macam nasi ayam ke, nasi lemak ke.. Jadi, dia pun ada ajar mak gak masakan dari sana, kira macam tukar2 ilmu memasak la ni.. Cucur ni sedap bagi Soda, sebab da pernah makan versi yang ada kelapa tu kan, agak manis, bila makan yang ni, terus Soda suka... Hehe...



CUCUR JAGUNG ( Pedas)
RESEPI ASAL : Makcik Yah Indonesia (kawan mak)

6 tongkol jagung - hiris & tumbuk jangan sampai hancur
3 bij bawang kecil - hiris
1 bungkus mi segera - celur, toskan ( serbuk kari tak mau )
8 biji cili api - tumbuk hancur
1 cawan tepung gandum / letak sikit2 takot keras lak nati
1 biji telur
Gula sket ( kalo jagung tu tak berapa manis, tambah beberapa sudu gula )
Daun ucai - hiris lebih kurang 1 inci
Air sket ( agak2 je, macam wat cucur ikan bilis tu )
Garam secukup rasa

CARA :
1. Masukkan jagung yang telah ditumbuk dalam bekas/besen.
2. Masukkan bawang merah, telur, cili api, maggie, kucai, garam secukup rasa.
3. Kacau rata sambil tu masukkan tepung demi sedikit serta air, kacau lagi & bila adunan nampak macam melekit, sebab kalo tak cukup tepung nati masa goreng ia beterabur.... hehe
4. Bila rasa seme dah okey (garam), bolehla di goreng hingga kekuningan...
5. Boleh di makan begitu saja atau cicah dengan cili sos, tak de hal punya...

SELAMAT MENCUBA.... 

~ Makan 'cekodok' ni time panas2.. Ermmm... Sedap.. ~


Wednesday, January 16, 2013

Jantung Pisang Goreng Cili Api


As'salam... Wahhh, berbulan jugak lamanya Soda tak muncul di blog masak nan satu ni.. Hehe...
Ok, di bulan Januari 2013 ni Soda nak kongsikan sket masakan dari arwah wan yg juga menjadi kegemaran kami sekeluarga... Layanzzzzz.... 

JANTUNG PISANG SEMATU GORENG CILI API
RESEPI ASAL : Arwah Wan Serendah
SUMBER : My Mum

1 biji jantung pisang sematu
2-3 biji bawang kecik - separuh hiris, separuh lagi utk tumbuk
1 biji bawang putih
Cili padi sket
Ikan bilis sket
Serbuk kunyit sket
Air masak sket
** seme men sket2 jer, hehe....

CARANYA :
1. Sediakan bekas/besen yg berisi air.
2. Kupas jantung pisang sampai ke bahagian yg lembut, cuci bersih
3. Pastu, cincang2 kan jantung ( 1 tangan pegang jantung, yg sebelah lagi untuk mencincang.. hehe)
4. Oyer, jangan amek bunga2 dia tu yer, sikit2 jer amek, kalo amek seme nati pahit bunganya tu
5. Kemudian, tumbuk cili api dgn garam sket hingga hanco, buh bawang merah, ikan bilis, bawang putih tumbuk lagi tapi jgn sampai hanco..
6. Pastu, tumiskan bawang kecik yg dhiris sket tadi & bahan yg ditumbuk hingga wangi
7. Pastu, masukkan jantung yg telah siap dcuci bersih & ditapis, gaul rata
8. Buh air sket, buh serbuk kunyit sket, gaul lagi, rasa garamnya, buh aji sket jika suka
9. Bila seme rasa dah ok, matikan api..

Saturday, August 4, 2012

Ayam Masak Kukus

Salam.... Selamt berpose kepada rakan2 yang sudi singgah ke blog Soda ni. Apa2 pun, sedar tak sedar tak lama lagi kita nak raya da kan, rasa cam kejap jer pulak pose tahun ni. Oyer, ni ada satu respi agak ringkas & mudah untuk disediakan.. walo nampak bahannya byk, tapi sebenarnya ia senang jer.. Campak2 jer, haha... Kalo sudi, boleh la cuber...
AYAM MASAK KUKUS
SUMBER : Diri Sendiri

(( Bahan2 ni agak2 la yer.. ))
Ayam
Kicap pekat, Sos tiram
Sos ikan, Kicap cair
Cili api, cili kering, lada sulah (soda guna yg aji-shio)
Serai, Bawang putih, Halia
Lobak, kubis bunga, kacang pis, Tomato
Daun sup,
Air stok ayam

CARA :

1. Lepas ayam dcuci besih, perap ayam dgn GARAM sket, KICAP PEKAT sket & SOS TIRAM, biarkan selama 1/2 jam.

2. Bila dah nak kukus, masukkan ayam dalam loyang atau bekas tercanggih korang... hehe, buh CILI API, HALIA, BWG PUTIH yg dihiris & SERAI ketuk.

3. Taburkan sayo2 yang ada.. LOBAK, CILI BENGGALA, KUBIS BUNGA, KCG PIS.. buh AIR SKET utk kuah ((walo air ayam tu mmg ada nati, tapi kalo sapa nak kuah lebih sket, buh la air sket ))

4. Pastu, curah sket SOS IKAN serta KICAP CAIR secara rambang.. keke.. agak2 je la. X perlu garam coz bahan2 yg di letak mmg dah masin, tapi kalo sapa kuat masin, letak je la garam.. aiman x kesahhhhhh

5. Bila ayam dah dkukus hampir 1/2 jam, baru masukkan DAUN SUP, TOMATO CERI, CILI KERING ke dlam loyang tu....

6. Pas tu, biar dlm 10 min, baru angkat, boleh la dmkan dgn nasi panas...

Sunday, May 13, 2012

Laksam


LAKSAM
SUMBER : Campo2 dgn beberapa resepi

Bahan Laksam :
4 cawan tepung beras
6 cawan air suam
4 sudu besar santan
Garam sket sbgai perasa

** kalo nak tambah lagi laksam, gandakan bahan/boleh wat separuh dari bahan2 ni **

Cara :
1. Panaskan air didih kukus.
2. Gaulkan tepung gandum, santan, air suam & garam hingga sebati.
3. Masa nak kukus, buh adunan dalam 1-2 senduk ke atas loyang/tpware/tudung periuk yg telah di lenser dgn minyak. ((Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis. Kalo tebal nati ia patah masa nak gulung))
4. Kukus hingga masak, bila da suam2 atau kalo guna tpware, masa kuarkan daru kukus, boleh terus boleh gulung. Susun dalam pinggan


Bahan Kuah :
1 kilo ikan sardin/selayang
1 inci halia
14 biji bawang merah
3 batang serai
4 asam keping
2 sudu besar lada itam tumbuk
2 biji kelapa - ambil santannya
2 sudu besar kerisik

Cara :
1. Rebus ikan dgn sedikit asam keping hingga masak. Bila da masak, amek isinya & blend isi ikan dgn guna air rebusan ikan. Nak tumbuk isi ikan pun boleh jugak.. Terpulang..
2. Blend pulak bawang merah, serai, halia dgn santan cair/air rebusan ikan.
3. Pastu, masukkan santan, isi ikan, bahan2 blend yg lain macam bawang, halia & serai ke dalam periuk.
4. Buh gula, garam kacau hingga sebati.
5. Jerangkan atas api, buh asam keping, kacau sekali sekala supaya kuah tidak berketul, dan jangan lupa buh lada hitam tumbuk & juga kerisik, kalau dah cukup rasa boleh la matikan api.

Bahan Tabur :
Kacang panjang, taugeh mentah, timun, daun kesum, bunga kantan, daun salad, limau kasturi

Bahan sambal :
Cili kering, garam, belacan bakar, limau kasturi (( agak2 jer.. ))
- rendam/rebus cili kering yg telah di potong2 hingga lembut.
- da lembut tapis, tumbuk dgn garam, belacan, bila dah hancur, boleh perah air asam & gaulkan.

** Soda guna tpware ni wat laksam, senang tak de sisa lekat2, buh minyak mcm biasa mcm kita guna loyang, bezanya.. kalo guna tpware, senang nak gulung & yg penting x lekat langsung **


** smlam watkan kawan2 asben, dorang nak makan laksam kat tempat keje.. naseb baik cukup.. hehe.. **

Friday, February 3, 2012

Gulai Lemak Labu

Gulai Labu.. Perghhh.. peberet Soda ni woiiii.... makan dengan nasik panas2.. ada pulak ikan masin sepat.. adoiiiiii... nangis makan... keke...

GULAI LEMAK LABU
SUMBER : Diri Sendiri

** Yang Soda masak ni, untuk labu yang size kecik yer... Besela, makan tok dua orang jer kat umah ni.. hehe..

1 biji labu
Cili padi - ikut suka nak byk mana, tapi Soda wat tak pedas sangat, sebab dia sayo kan
Kunyit hidup sket / serbuk kunyit
Ikan bilis sket
Serai - ketuk
1 keping asam gelugor/asam keping
2 helai daun limau purut
1 biji kelapa - ambil santannya
CARA :
1. Selepas labu di kupas kulit, buang biji, potong2 kan labu tu, cuci pastu masuk dlm periuk.
2. Tumbuk cili api, garam dengan kunyit hingga lumat
3. Perahkan santan, masuk dalam periuk labu.
4. Masukkan juga bahan yang di tumbuk, masuk serai, daun limau purut, asam keping yang size kecik serta ikan bilis.
5. Masakkan atas dapo. Kacau sekali sekala supaya santan tak berkepala.
6. Rasakan garamnya, bila labu dah lembut, kuah sket pekat, bolehla matikan api.




** Biasanya, kalo guna asam keping ni Soda akan kuarkan bila gulai dah masak. Tak nak letak pun takpe asam keping ni, tapi atok Soda suka kalo letak asam ni.. Apa2 pun terpulang k... Chow

Thursday, December 1, 2011

Cantonese Fried Kueyteow

Salam... Wahhhhh... Lama tol saya tak tepek resepi kat sini, hehe... Okey, ni ada dua respi yang agak senang untuk di wat.... Sudi2 kan la untuk mencuba... Daaaa....

CANTONESE FRIED KUEYTEOW
RESEPI ASAL : Kak Lyzza Rahman

Untuk K/teow :
Buh dua sudu besar minyak masak dalam kuali, masukkan k/teow yang telah dileraikan, tuangkan kicap manis (agak2 yer) jgn sampai terlalu banyak.. Pastu, gaul2 kan jgn terlalu lama sangat cukup sekadar ia lembut

Untuk Kuah :
1. Tumiskan 3 biji bawang putih - diketuk
2. Da garing masukkan air untuk kuah, masukkan ayam.
3. Bila dah mendidih, masukkan 1 sudu besa sos ikan, 1 sudu besar seosoning maggi, 1 sudu besar kicap soya cair, 3 sudu besar sos tiram, serbuk secukup rasa/aji, garam sket.
4. Buh air tepung jagung (jgn pekat sangat)
5. Buh sayo sawi, kubis panjang, lobak, cili padi ketuk 4-5 biji, udang, sotong.
6. Dalam mangkuk lain, pukul telo & tuang dalam kuah.
7. Buh daun sup hiris, buh lada hitam yang telah ditumbuk.
8. Last sekali, angkat & boleh la di makan dengan cili kicap (cili padi + kicap manis) jika suka.

** Bahan2 ni kalo nak masak untuk sepinggan ker untuk 2,3 org makan ker, agak2 jer ok... **