Saturday, July 30, 2011

Kerabu Kangkung

Kerabu kangkung ni baru je wat, sedap r.. Yer r, bak kata yg empunya respi asik2 kangkung goreng belacan. masak kicap la.. Huhu, sesekali tukar selera macam ni baguih gak... Resepi asal, guna ikan kering, tapi tak dok lak dalam simpanan, so guna apa yg ada jek la & sy tukar sket ehh Ela.. Huhu, ampunnn.. Hehe..

KERABU KANGKUNG
RESEPI ASAL : Ela, Qatar

1 ikat kangkung - celur hingga layu & toskan
2 biji cili merah - tumbuk
12 biji cili padi - tumbuk
2 batang serai - amek yg isi yg lembut hiris & tumbuk
1 biji bawang merah - tumbuk
Kelapa parut sket - sangai tanpa minyak hingga kekuningan
Ikan bilis sket - goreng & tumbuk
Limau nipis sket
Garam & gula secukup rasa

CARA :
1. Tumiskan bahan tumbuk, masukkan garam & gula secukup rasa.
2. Bila dah agak kering & masak, matikan api.
3. Dalam mangkuk yang besa, masukkan kangkung yang di celur tadi, masukkan sambal yang di tumis tadi, masuk ikan bilis tumbuk & kelapa.
4. Gaul sebati & perahkan limau nipis, gaul2 sket, siap...



No comments: