RESEPI ASAL : Arwah Nenek
1/2 biji nenas masak
2 sudu besar udang kering - di tumbuk
3 biji bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 sudu besar cuka
2 biji lada besar hijau
2 biji lada besar merah
Sedikit serbuk kunyit
Bahan Tumis :
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu besar jintan kasar
1/2 sudu besar jintan putih
CARA :
1. Selepas nenas dibersihkan, kemudian belah 3, potong tepat.
2. Gaulkan dengan serbuk kunyit, gula.
3. Tumiskan bahan tumis tadi, masukkan pula udang kering, bawang2, cili2, cuka, nenas, & tambah sedikit air untuk memasak nenas & garam secukup rasa.
4. Gaul sebati, bila nenas dah masak, matikan api.