Showing posts with label UDANG. Show all posts
Showing posts with label UDANG. Show all posts

Saturday, November 18, 2017

Udang Goreng Kari


UDANG GORENG KARI
SUMBER : My Mum

Udang setengah kilo
2 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar cili kering blender
3 biji bwg putih - hiris
4 biji bwg kecik/merah - hiris
1/2 inci halia - hiris
2 sudu besar sos tiram
2 pelepah daun kari

Cara :
1. Udang setelah dbersihkan gaul garam kunyit. Goreng hingga masak dan ketepikan. Minyak/air udang ni asingkan dalam mangkuk lain.
2. Guna minyak baru dalam kuali yg sama, tumis semua bahan hiris & daun kari. Bila dah keperangan serta wangi masukkan pula cili blend.
3. Bila dah naik minyak, masukkan rempah kari yg dah dibancuh dengan sedikit air.
4. Masukkan sos tiram, gaul rata.
5. Masukkan udang, garam secukup rasa serta masukkan sedikit air lebihan goreng udang yg digoreng awal tadi.
6. Dah cukup rasa, matikan api & boleh lah ngap... Hehe..
Selamat mencuba.. Daaa

Saturday, July 30, 2011

Kari Udang

KARI UDANG
SUMBER : Diri Sendiri

1 mangkuk udang - nak banyak, lebihkan
2cm halia - hiris
2 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 biji kelapa - ambil santan pekat sahaja
1 batang serai - ketuk
1 asam keping
1 tangkai daun kari
Cili kering blender - ikut suka nak pedas/tak
Serbuk kari udang
Garam secukup rasa

CARA :
1. Tumiskan, bahan yang dhiris, daun kari, serai hingga naik bau.
2. Pastu, matikan api, masukkan serbuk kari, masukkan cili kering & buka api semula.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, asam keping, garam secukup rasa.
4. Bila kuah gelegak, masukkan udang.
5. Perlahan kan api supaya minyak terbit, bila rasa seme dah ok, udang pun da bertukar warna, matikan api.

Tuesday, May 11, 2010

Udang Mamak


UDANG MAMAK
SUMBER : Buku Masak Mak

1 kilo udang - kalo udang galah, lagi terbaekk punya
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji bawang besar - cincang
1 biji bawang putih - cincang
1 cm halia muda - tumbuk
1 batang serai - di ketuk
1/2 cawan air/stok ikan
1 susu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 senduk gulai cili kering blender
2 tangkai daun kari
4 helai daun pandan
Garam, gula serbuk lada sulah

CARA :
1. Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
2. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
3. Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
4. Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kering blender, goreng seketika.
5. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikanm garam gula secukup rasa, gaul sebati.
6. Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.

** Hehe, Soda sudah menjelmakan respi2 nya kembali.. Samat mencuba yer.. :)

Saturday, January 2, 2010

Rendang Udang

RENDANG UDANG
RESEPI ASAL : Kerabat Di Raja Perak - Raja Nurmahani

1 pinggan udang sederhana besar
2 senduk gulai cili kering
2 sudu besar kelapa parut - yg putih
3 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit - hiris
Garam & gula secukup rasa

Bahan Hiris Nipis :
1 inci halia
7 biji bawang merah
3 batang serai - yg lembut yer

CARA :
1. Masukkan semua bahan yang telah di hiris nipis ke dalam kuali, ( tak perlu minyak ), masukkan cili kering, santan. Masak sampai ianya mendidih.
2. Pastu, masukkan udang & juga kelapa parut. Masukkan juga garam & gula.
3. Bila kuah hampir pekat, baru masukkan hirisan daun kunyit.
4. Gaul rata, boleh la di hidang.

Sunday, December 27, 2009

Udang Galah Masak Ala Cina

Ahaaa... Udang galah ni, 4 ekor rege dia cuma RM30 hengget jer, murah kan!!! Snap gambo dia seblom kita korbankan dia utk masak lunch pada hari minggu ini... Abah yang tolong siang udang ni, hehehe.....


Yang kat bawah ni, setelah di goreng dengan garam kunyit, abah nak makan goreng ni jer, tak mau kuah dia... Tengok r, 1 pinggan ni muat untuk dua ekor jer, huhuhu....



Tadaa.... Ni dah siap pun, nak masak sambal, dah selalu wat, terai masak yang ni lak... Sedap gak!
Daun sup & daun bawang.. Abis. Batang saderi pun abis lak daunnya, maka hiasan nya jadi lah cenggini.. hihihi...


UDANG GALAH MASAK ALA CINA

RESEPI ASAL : My Mum

4 ekor udang galah - gaul garam kunyit & goreng
3 biji bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - potong bulat
2 pelepah batang saderi - hiris serong
1/2 mangkuk sos cili
1/4 mangkuk sos tomato
1/2 buku kiub ayam Knorr
10 biji cili api - hiris
1 cawan air masak
Sedikit air tepung jagung - dalam 2 sudu ( tapi soda guna sudu bubur mc'd tadi.. huhu)
Sedikit daun sup & daun bawang
Garam & gula secukup rasa

CARA :
1. Tumis bawang putih, bawang besar hingga kekuningan.
2. Kemudian, masukkan sos2... Kacau yer.
3. Pastu, masukkan air untuk kuah ( ikut la nak berkuah sangat atau tak).
4. Masukkan pula batang saderi, cili hiris, kiub ayam, kacau lagi.
5. Masukkan pula air tepung jagung, gula & garam secukup rasa.
6. Masukkan pula daun sup & daun bawang, pastu bila rasa seme dah ok, matikan api.
7. Masukkan udang yang telah di goreng tadi, gaul2 kan kemudian bolehlah di hidang...

Tuesday, December 22, 2009

Gulai Lemak Udang Tempoyak

GULAI LEMAK UDANG TEMPOYAK
RESEPI ASAL : My Mum

1/2 kg udang besar
15 biji cili padi - tumbuk
2 sudu besar tempoyak
1/2 biji kelapa - ambil dua kali ramas je santannya
1/2 inci kunyit hidup - tumbuk
Sedikit daun kesum

CARA :
1. Tumbuk kunyit hidup hingga hancur, kemudian masukkan pula cili api, tumbuk lagi sampai hancur.
2. Masukkan santan dalam periuk, masukkan cili api yang ditumbuk, masuk daun kesum, tempoyak & udang.
3. Masakkan hingga mendidih, sambil tu masukkan garam, kacau jugak nati takut berkepala santannya.
4. Bila rasa dah ok, matikan api.

Wednesday, March 18, 2009

Sambal Udang

SAMBAL UDANG
RESEPI ASAL : Makde Noriah

6 ekor udang - bilangan udang bergantung pada saiz
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 senduk gulai cili kering blender
1 inci belacan - gaulkan bersama cili kering
2 sudu besar air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Sedikit Ajinomoto

CARA :
1. Gaulkan udang dengan sedikit garam. Kemudian goreng hingga masak.
2. Pastu, tumiskan cili kering bersama berlacan.
3. Bila minyak timbul, masukkan air asam jawa, kacau rata.
4. Masukkan garam, gula secukup rasa berserta sedikit jek ajinomoto.
5. Masukkan udang yang telah di goreng.
6. Seterusnya, masukkan bawang besar. Biarkan seketika supaya kuah pekat sedikit.
7. Kacau rata, kemudian bolehla matikan api.

Tuesday, January 20, 2009

Sambal Udang Daun Kunyit

Hahahaha.. Kat atas tuh gambo udang seblom di masak. Sajek jek amek gambo, coz ada wane biru.. Biru itu Chelsea.. Hehehe.. Kat bawah ni plak, setelah kita masakkan dia...
Selamat menjamu mata yer kawan-kawan... Hik hik...



SAMBAL UDANG DAUN KUNYIT
RESEPI ASAL : Arwah Nenek

4 ekor udang galah / udang biasa
1 biji bwg besar - hiris bulat
1 1/2 senduk gulai cili kering (blend)
1 helai daun kunyit
1 1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar gula melaka

CARA :
1. Panaskan minyak secukupnya, tumis cili kering.
2. Bila cili sudah naik minyak, masukkan santan.
3. Kacau hingga mendidih, masukkan bwg besar, masukkan gula melaka & garam secukup rasa.
4. Kacau kuah hingga ia menjadi separuh pekat.
5. Masukkan udang & daun kunyit. Balik2 kan udang.
6. Masak hingga kuah menjadi pekat kemudian tutup api.

Thursday, January 15, 2009

Butter Prawn


BUTTER PRAWN
RESEPI ASAL : Chef Ismail

1/2 kg udang sederhana besar
6 biji bwg merah - hiris
5 batang serai - hiris nipis
20 biji cili api - potong dadu
5 tangkai daun kari
2 biji kuning telur
3 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil pati ayam Knorr
sedikit tepung beras/tepung jagung

CARA :
1. Cuci bersih udang, jika nak buang kepala pun boleh kemudian toskan.
2. Gaulkan udang dengan garam dan tepung, goreng hingga masak, ketepikan.
3. Dalam kuali lain, panaskan butter, goreng serai yang telah dihiris hingga lembut.
4. Masukkan bwg, goreng hingga layu.
5. Masukkan pula daun kari, biarkan ia layu sedikit, masukkan cili api.
6. Masukkan pati ayam dan udang yang telah di goreng.
7. Kemudian, masukkan pula kuning telur, kacau supaya telur itu sedikit hancur.
8. Gaul rata kemudian boleh lah di hidang.

* Tak perlu letak garam dalam masakan ni kerana udang sudah di gaul garam, kiub juga masin. tapi terpulang pada selera masing-masing...

Friday, January 2, 2009

Udang Goreng Kari Ala Thai

UDANG KARI ALA THAI
RESEPI ASAL : Chef Dari Thai (Rancangan Ala-Ala Kampung)

1/2 biji bwg besar - hiris bulat
3 biji bwg putih - hiris
2 biji cili merah / cili padi - hiris
2 biji telur
Sedikit tepung gandum dgaul bersama udang, kemudian goreng udang hingga masak.
Sedikit daun sup & daun bawang - hiris

BAHAN A :
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar sos tiram Knorr
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil lada sulah

CARA :
1. Masukkan telur dalam mangkuk, pastu kacau.
2. Masukkan semua BAHAN A ke dalam telur, kacau rata.
3. Tumiskan bwg putih & bwg besar. Kemudian, masukkan cili merah/cili padi.
4. Bila dah wangi, masukkan BAHAN A (yang telah dkacau rata tadi) ke dalam kuali.
5. selepas itu, kacau kuah hingga menjadi pekat.
6. Bila kuah dah pekat, masukkan daun bawang, daun sup & udang (yang telah dgoreng tadi)
ke dalamnya.
7. Kacau hingga sebati, kemudian tutup api.



-->