Tuesday, March 31, 2009

Gulai Rebung Masak Tempoyak

GULAI REBUNG MASAK TEMPOYAK
RESEPI ASAL : My Mum

1 mangkuk rebung - yang telah di rendam semalaman
15 biji cili padi kecik - x nak pedas kurangkan cili
1/2 inci kunyit hidup
1 senduk gulai asam tempoyak
Air secukupnya - untuk kuah
Garam secukup rasa
Sedikit ikan bilis

CARA :
1. Tumbuk cili padi berssama kunyit & sedikit garam.
2. Masukkan rebung dalam periuk, masukkan cili yg telah ditumbuk tadi.
3. Masukkan asam tempoyak.
4. Masukkan air, kacau sebentar.
5. Jerangkan atas api, kacau sekali-sekala, masak hingga gelegak, kemudian tutupkan api.

Saturday, March 28, 2009

Ayam Masak Kerutub

Masakan ni, baru pestaim wat. Jemu pulak, asik masak ayam yg sama jer. Belek2 buku masak mak, jumpa la masakan ni. Bila da wat, sedap jugak, macam rasa ayam masak merah, tapi Soda rasa, lagi sedap dari ayam masak merah.. Hehe..

AYAM MASAK KERUTUB
SUMBER : Dari Buku Masak Mak

1/2 ekor ayam
5 sudu besar tomato sos
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis biji - tumbuk
1 sudu kecil jintan putih biji - tumbuk
1 sudu besar susu pekat manis
3 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 1/2 senduk gulai cili kering blender
1 biji bawang besar - hiris
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
5 biji bawang merah - hiris (utk wat bawang goreng)

CARA :
1. Mula2, ayam digaul garam kunyit kemudian goreng sampai masak.
2. Seterusnya, tumis bawang merah, bawang putih, halia hingga kekuningan. Pastu, masukkan cili kering, bila dah pecah minyak, masukkan pula jintan manis, jintan putih & ketumbar. Kacau hingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan tomato sos, susu pekat, bawang goreng, bawang besar & garam.
4. Pastu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul hingga rata. Kemudian matikan api.

Wednesday, March 25, 2009

Masak Kicap Ikan Bilis

Haaa.. Ni masakan pebret adik Cik Soda. Dia suka sangat makan ni... Hehe... Simple jek cara nak watnyer...

MASAK KICAP IKAN BILIS
RESEPI ASAL : My Mum

1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
12 biji cili padi - hiris
Sedikit kicap

CARA :
1. Selepas ikan bilis dicuci bersih, toskan kemudian goreng hingga rangup.
2. Pastu, masukkan dalam mangkuk.
3. Goreng pula bawang besar, kemudian masukkan cili padi, kacau sebentar.
4. Pastu, masukkan ikan bilis tadi, masukkan kicap sedikit, gaul rata.
5. Tak perlu letak garam yer, ikan bilis & kicap dah masin. Pastu, bolehla matikan api.

* Kalo tak nak letak cili padi, boleh masukkan lada besar yg warna merah/hijau/boleh juga gantikan dengan lada sulah yer..

Air Asam Timun

AIR ASAM TIMUN
RESEPI ASAL : Arwah Nenek


2 biji timun - buang bahagian pangkal & hujungnya
10 biji cili api - hiris
2 biji bawang merah - hiris
4 sudu besar tempoyak - kalau boleh guna tempoyak yg baru
Sedikit air masak
Sedikit garam

CARA :
1. Selepas timun dicuci bersih, jangan kupas kulitnya. Ambil pisau racik2 secara menegak kemudian melintang di atas permukaan timun. Seperti ini :
2. Kemudian, hiris supaya mendapat bentuk dadu. Buat proses yang sama hingga habis timunnya.
3. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan cili padi, bawang merah, tempoyak, air serta garam secukup rasa.
4. Gaul hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk. Bila nak makan baru keluarkan kerana ia enak dimakan secara sejuk.

Tuesday, March 24, 2009

Kacang Botor Goreng Belacan

Tatau la yang mana sebenarnya yg betul. Kacang botor ke, botol ke.. Tapi ada jugak orang pangey kacang belimbing. Tapi, walo apapun panggilannya, kacang ni memang sedap. Makan wat ulam ngan sambal belacan pon sodappp...!!!

KACANG BOTOR GORENG BELACAN
RESEPI ASAL : My Mum

1 ikat kacang botor - hiris serong
1/2 inci belacan
15 biji cili padi - ditumbuk lumat dgn sedikit garam
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Sedikit ikan bilis
Sedikit air
Garam secukup rasa

CARA :
1. Selepas cili padi ditumbuk, masukkan belacan kemudian tumbuk. Masukkan bawang merah, tumbuk. Masukkan ikan bilis, tumbuk tapi jangan sampai lumat. Masukkan pula bawang putih, tumbuk sekadar pecah2 jer.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau.
3. Pastu, masukkan kacang botor, kacau.
4. Masukkan sedikit air, garam secukup rasa, kacau hingga rata.
5. Jangan masak lama sangat yer, nati dia tak rangup. (Tapi ikut suka la, kot ada yang suka kacang dia lembut, ada yg suka rangup.. Hehe.. Terpulang pada selera memasing.)
6. Kemudian, bolehla matikan api & dihidangkan.

Lawar Terung

LAWAR TERUNG
RESEPI ASAL : My Mum

2 biji terung
1/2 biji bawang besar/bawang merah - hiris
3 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat
1 sudu besar lada hitam
Sedikit ikan bilis - ditumbuk tapi jgn sampai lumat
Garam secukup rasa

CARA :
1. Mula2, selepas terung dicuci bersih, keringkan sekejap. Kemudian bakar terung atas api sehingga menjadi seperti gambar di bawah ni :
2. Pastu, kupas kulitnya & hiris terung kepada 4 bahagian. (bergantung kepada saiz yer)
3. Masukkan di dalam bekas/mangkuk.
4. Masukkan pula santan, ikan bilis, bawang, lada hitam, kerisik serta garam secukup rasa.
5. Gaulkan secara perlahan-lahan supaya tidak merosakkan isi terung tadi.
6. Setelah itu, bolehlah di simpan di dalam fridge untuk seketika/boleh dimakan terus.

Monday, March 23, 2009

Float Sarsi & Strawberi

Yeahh.. Tadi tingin tol nak minum float. Pe lagik, lompat2.. gi kedai blakang. Bli eskrem ngan air..


FLOAT
1 tin sarsi/strawberi/coke - kalo ramai, beli botol besa
1 bekas ais krim - ikut perasa yang anda suka
Beberapa ketul ais - jika suka

CARA :
1. Guna gelas/mug kesukaan anda.
2. Tuangkan air ke dalam gelas/mug (jangan penuh sangat yer)
3. Scoopkan ais krim kesukaan anda ke dalamnya.
4. Kemudian kacau. Apa yang di tunggu lagi, minum ler.. Hehehe..

sekadar cadangan :
* Sarsi - lebih sedap campo ngan ais krim coklat/vanilla/kedua2 nya sekali
* Strawberi - ais krim strawberi/vanilla/kedua2 nya sekali

*** Senang jer kan. Rasanya seme orang tau wat ni. tapi sajek jek nak menjeleskan korang.. Tengah2 cuaca panas ni, sedap betol minum float ni.. Hehe..

Irama Muzik Untuk Lebih Relaks

Dengarkanlah irama muzik yang anda minati hanya selama setengah jam sehari sebagai terapi jiwa. Aktiviti mudah ini dikesan mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh bagi melawan jangkitan terutamanya kepada pernafasan. Kajian dari Journal of Perceptual and Motor Skills menunjukkan bahawa peningkatan antibodi akibat hobi ini tidak mempengaruhi frekuensi suhu tubuh badan anda malah ia juga mampu menenangkan anda untuk lebih relaks. Di antara matlamat muzik sebagai terapi adalah pemulihan kekuatan fizikal, memberi sokongan emosi serta peluang melepaskan perasaan & menenangkan fikiran.

*** Yeahh, hari ini adalah hari untuk info.. Takde masak2.. Hehehe...

Indahnya bau Coklat

Fikiran yang kacau & berserabut sebenarnya boleh ditenangkan apabila anda mencium bau coklat. Keharumannya yang manis mampu merangsang otak untuk merembeskan sejenis kimia yang sama seperti mana ketika anda sedang jatuh cinta. Kata Guy Lewism pakar psikologi di Beverly Hills, California. Untuk kesegaran yang lebih, cuba sapukan badan anda dengan krim haruman coklat agar baunya kekal di tubuh.

*** Huhu.. kene gi Body Shop ni.. carik krim coklat.. ngeeeeeee

Saturday, March 21, 2009

Asap Rokok Tingkatkan Kolestrol...

Kolesterol mungkin sudah lali pada pendengaran kita, namun masih ramai lagi yang memandang remeh mengenainya. Terlalu tinggi kandungan kolesterol dalam darah boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular. Tahukah anda tahap kolesterol boleh dikurangkan, risiko penyakit jantung & serangan strok turut dapat dihindari. Apa yang penting adalah anda harus bijak & bertanggungjawab dalam mengawalnya. Tak kiralah sama ada dengan mengambil ubat-ubatan atau mengubah diet & gaya hidup. Cara termudah adalah dengan mengurangkan diri daripada terdedah pada asap rokok yang mana boleh mendatangkan kesan pada tahap kolesterol anda.
Merokok sememangnya mendatangkan lebih banyak musibah kepada diri anda.

SKIPPING... Banyak Manfaat


Skipping atau melompat mempunyai banyak manfaatnya. Selain melancarkan degupan jantung, ia membantu proses pengepaman darah & boleh memberikan keajaiban kepada metabolisme anda. Bukan itu jer, skipping boleh membuahkan kumtuman senyum di wajah anda. Masih ingat lagi semasa kanak-kanak di mana anda akan melompat semasa berasa gembira? Hakikatnya, tindakan itu tidak berubah walaupun sudah menjangkau dewasa. Malah, para atlet juga melakukan skipping untuk meningkatkan kekuatan otot. Sekiranya berjalan kaki selama 30 minit boleh merendahkan tahap tekanan dan kebimbangan anda, bayangkan pula apa manfaat yang anda perolehi dengan skipping selama 30 minit.

Thursday, March 19, 2009

GREEN BEAN SOY DRINK

Info ni Cik Soda dapat dari brader Rozan.
Ianya tentang minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat......



Tengok, dari mana pihak pengeluar dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Patutlah. Minuman ni diperbuat di...... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!


Apapun, saya sekadar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.

Maggie Goreng

Haluu.. Pagi tadik bekpes megi gureng jek. Asalnya dari my kezen, tapi dia ajar masa tuh secara basic jek, pastu guna maggie sup. Dia nyer sayur guna daun sup la.. Tapi, Cik Soda slalu wat yg megi kari. Pastu, sendri tambah2 perasa seme. So, kalo nak tau cemana rasa dia, sila la terai.. Hehe..MAGGIE GORENG
RESEPI ASAL : Abg. Ngah (My Kezen)

1 paket maggie kari
1 paket perencah maggie kari - tak perlu habiskan seme, tinggalkan sket jek
1 mangkuk kecil sayur campur - rebus dulu supaya dia lembut
1 mangkuk sayur kubis - hiris
1/2 biji bawang besa - hiris
1 biji bawang putih - diketuk
1 biji telur
1 senduk gulai cili kering blender - sukatan cili ikut c/rasa sendiri
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap Cap Kipas/Adabi - apa2 kicap pun boleh, hehe
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil serbuk pati ayam Knorr
1/2 gelas air masak - kalo maggie tadi tak direbus, lebihkan airnya
* Isi ayam, sotong/udang kalo nak letak boleh.. lagi sedap

CARA :
1. Mula2, rebus dulu maggie, (kalo malas, tak yah.. hehe) jgn terlalu lama nati lembik lak, pastu toskan.
2. Seterusnya, tumiskan bawang besar dengan sedikit minyak (agak2 jek la), pastu masukkan bawang putih.
3. Bila dah wangi, masukkan cili kering. Tumis sampai minyak naik. Pastu, kalo korang nak masuk isi ayam/sotong/udang, masuk time ni.
4. Masukkan telur, kacau sekali-sekala. Bila telur hampir masak, masukkan sayur kubis & sayur campur. Kacau rata.
5. Kemudian masukkan air, perencah kari maggie, sos tiram, kicap, sos ikan & serbuk pati ayam. Masukkan maggie.
6. Kacau supaya semuanya sebati. Tak perlu letak garam, sebab sos ikan, sos tiram & perencah kari tadi dah masin.
7. Jika korang suka mi tu basah2 sket, boleh la matikan api. Kalo suka kering, biar beberapa minit dulu. Ok, angkat & sedia untuk dimakan...

Wednesday, March 18, 2009

Ayam Goreng Chef Wan

AYAM GORENG CHEF WAN
RESEPI ASAL : Chef Wan


6 ketul ayam
1 biji bawang besar - hiris
3 sudu besar mentega - jika suka
Sedikit tepung - utk gaul pada ayam

BAHAN A
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu kecil jintan halus - tumbuk
1 sudu kecil jintan kasar - tumbuk
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit daun kari

BAHAN B (Bahan Tumbuk)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia

ALAT TUMIS
2 batang serai - diketuk
4 kuntum bunga lawang
3 kuntum bynga cengkih
1 batang kayu manis

CARA :
1. Selepas ayam dibersihkan, perapkan ayam bersama BAHAN A & juga BAHAN B.
Biarkan seketika.
2.Panaskan mentega/minyak, gorengkan bawang besar hingga layu kemudian angkat.
3. Kemudian, tumiskan bahan tumis bersama serai yang di ketuk tadi.
4. Pastu, ambil ayam yang telah di perap tadi, salutkan dengan tepung kemudian goreng hingga masak.

Ikan Bawal 3 Rasa

Hehe... Lawak jek tatahias masakan ni. Belasah je la Labu.. Itu jek yang ada, hehe...

IKAN BAWAL 3 RASA
RESEPI ASAL : Gabungan Beberapa Respi

1 ekor ikan bawal
2 biji bwg putih - tumbuk
Garam & gula secukup rasa
Sedikit Ajinomoto - jika suka

BAHAN A (Utk Ikan)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu lada sulah

BAHAN B (Bahan Blender)
1 inci halia
2 biji tomato masak
3 biji cili merah
20 biji cili padi - nak lebih atau kurang terpulang

BAHAN C (Bahan Sos)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu bear sos ikan

CARA :
1. Mula-mula, gaulkan ikan dengan sedikit garam, gaulkan pula dengan BAHAN A.
2. Pastu, gorengkan ikan hingga masak/garing. Kemudian, asingkan.
3. Tumiskan pula bwg putih hingga wangi. Kemudian, masukkan BAHAN B. Kacau sekali-sekala supaya tak hangit. Masak sampai cili dia garing/seperti dlm gambar di bawah ni...

4. Seterusnya, bila cili dah garing, masukkan pula BAHAN C. Kacau rata, seperti dlm gambar di bawah ni..5. Masukkan garam & gula secukup rasa, sedikit jek ajinomoto (jgn byk2)... Bila sudah sesuaikan rasanya, bolehlah matikan api. Kemudian tuang kuah atas ikan.

Sambal Udang

SAMBAL UDANG
RESEPI ASAL : Makde Noriah

6 ekor udang - bilangan udang bergantung pada saiz
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 senduk gulai cili kering blender
1 inci belacan - gaulkan bersama cili kering
2 sudu besar air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Sedikit Ajinomoto

CARA :
1. Gaulkan udang dengan sedikit garam. Kemudian goreng hingga masak.
2. Pastu, tumiskan cili kering bersama berlacan.
3. Bila minyak timbul, masukkan air asam jawa, kacau rata.
4. Masukkan garam, gula secukup rasa berserta sedikit jek ajinomoto.
5. Masukkan udang yang telah di goreng.
6. Seterusnya, masukkan bawang besar. Biarkan seketika supaya kuah pekat sedikit.
7. Kacau rata, kemudian bolehla matikan api.

Lemidin Goreng Belacan

Ermm.. Lemidin ni masakan Sarawak. Hari tu, masa maksdara datang, dia tingin nak rasa sayur ni cemana rasanya. Pas makan, dia kata sedap. Macam rasa pucuk paku, tapi rangup.. Yang Cik Soda masak ni, takder udang kering, terlupa nak beli masa gi pasa.. Tapi, kat respi ada tulis tau..

LEMIDIN GORENG BELACAN

1 ikat sayur lemidin
1 inci belacan - tumbuk
15 biji cili padi - tumbuk
2 biji bwg merah - tumbuk tapi jgn hancur
1 biji bwg putih - tumbuk tapi jgn hancur
Beberapa ekor udang kering - yg besar (kat pasa seblah sini ada, kat semenanjung taktau la ada ke tak..)
Garam secukup rasa

CARA :
1. Masukkan cili padi ke dalam lesung beserta garam. Tumbuk cili padi hingga hancur. Masukkan belacan & tumbuk. Kemudian, masukkan bwg putih, bwg merah. Tumbuk jugak, tapi jangan sampai hancur. Setakat pecah-pecah jek.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang di tumbuk tadi. Bila cili dah masak/garing (bukan hangus tau), masukkan pula udang kering. Kacau rata.
3. Pastu, masukkan sayur lemidin, kacau hingga rata. Rasakan garamnya.
4. Jangan kacau lama sangat, nanti sayur tu layu. Pastu bolehla matikan api.

* Tak perlu letak air...

Sunday, March 15, 2009

PEMBERITAHUAN..!!!

Salam.. Cik Soda nak kasik tau,
beberapa hari ni agak sibuk sket pasal ada sedara datang.
Tak dapat nak post respi wat sementara waktu.
Harap bersabar yer menunggu kedatangan respi baru hehe...


Monday, March 9, 2009

Daging Goreng


DAGING GORENG
RESEPI ASAL : Mak Abg. Epol


1/4 kilo daging segar - hiris & rebus hingga lembut
2 biji cili hijau / cili merah / dua-dua sekali - hiris
10 biji cili padi - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Garam & perasa secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

CARA :
1. Setelah air rebusan daging mulai kering, toskan daging kemudian gaul garam kunyit.
2. Pastu, panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan daging, masukkan halia, bawang besar, kemudian bawang putih.
3. Setelah beberapa minit, masukkan pula cili hijau & cili padi. Gaul semua bahan yang ditumis hingga sebati.
4. Setelah bawang layu boleh la matikan api & dihidang.

* Cik Soda mmg suka kalau bawang besar tu layu, rasanya manis. Tapi kalau korang tak suka, bawang besar tak perlu la di tumis lama hingga layu...

Roti Gulung Sardin

ROTI GULUNG SARDIN
RESEPI ASAL : Mak De Noriah


1 buku roti putih
1 tin sardin Ayam Brand (tin yang sederhana)
1/4 bawang besar - hiris dadu
2 biji cili merah (nak buh cili api boleh gak, buh la dlm 8 biji or lebih)
1 biji limau nipis - perah & amek airnya
Sedikit garam (tak perlu letak pun xper coz sardin dah masin)
Sedikit tepung gandum dicampur dengan sedikit air - utk gamkan roti
- bancuhan tepung ni jgn cair sgt & jgn pekat sgt

CARA :
1. Asingkan sardin dengan kuahnya. Dalam mangkuk, hancurkan sardin menggunakan garfu. Bila dah hancur, masukkan sket je kuah dia (jgn byk sgt nanti inti jadi lembab).
2. Pastu, masukkan cili, bawang, air perahan limau serta sedikit garam. Gaul rata.
3. Proses seterusnya, amek sekeping roti, lenyekkan guna penggelek kayu. (yang wat karipap tu).. Supaya roti tu nipis, tak la tebal sgt semasa nak memakannya nanti. Buat proses yg sama hingga abes seme roti.
4. Kemudian, amek roti tadi, letakkan inti sardin. Pastu, gulung roti dan gamkan menggunakan bancuhan tepung tadi. Buat hingga habis proses yang sama.
5. Pastu, panaskan minyak secukupnya. Gorengkan terus roti gulung tadi hingga kekuningan.

* Ada sesetengah respi, roti dicelupkan ke dalam telur pastu golek dlm serbuk roti. Tapi Cik Soda punya respi ni, roti akan jadi lebih rangup tanpa celup dalam telur. Tak percaya, terai la wat.. Makan panas-panas. rangup je.. Hehehe...

Sambal Kacang Panjang


SAMBAL KACANG PANJANG SUMBER : AFC CHANNEL (703)

1 ikat kacang panjang - hiris
2 biji bwg putih - tumbuk
2 biji bwg merah - tumbuk
6 sudu besar cili kering blender
Garam secukup rasa

CARA :
1. Mula-mula, selepas kacang panjang dibersihkan, gorengkan kacang hingga masak. Seperti dalam gambar ni..
2. Selepas kacang panjang habis digoreng, tumiskan bwg merah, kemudian masukkan bwg putih. Tumis hingga kekuningan.
2. Setelah itu, masukkan cili kering. Kacau dan tumis hingga pecah minyak, masukkan garam secukup rasa.
3. Masukkan pula kacang panjang yang telah digoreng tadi. Kacau hingga rata. Kemudian bolehlah dihidang.

* Rasa kacang ni sedap, selepas di goreng.. Macam rasa peria goreng. Kacang juga lebih lembut berbanding jika kita selalu wat masak goreng kicap.. Try la.. Mesti korang sukek...

Saturday, March 7, 2009

Ayam Goreng Kari

Dah lama tak masak ayam goreng kari ni. Teringin pulak nak makan. Kebetulan daun kari pun ada.. Apalagi, menu lunch tadi masak ayam ni dengan tomyam, pastu tambah sambal sket.. Sudah, simple jek masak hari ni. Hehehe...AYAM GORENG KARI RESEPI ASAL : Diri Sendiri
6 ketul daging ayam
1 biji bawang besar - hiris
2 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari ayam Adabi
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit air masak - untuk kuah

CARA :
1. Selepas ayam dibersihkan, gaulkan dengan garam & serbuk kunyit.
2. Goreng hingga masak kemudian asingkan dalam pinggan lain.
3. Tumiskan bawang besar, masukkan daun kari. Goreng hingga naik bau.
3. Masukkan pula serbuk kari, perlahankan api ( supaya rempah kari tidak terlalu garing )
4. Seterusnya, masukkan sedikit air. Kacau supaya semenya sebati.
5. Masukkan ayam & sedikit garam secukup rasa. Gaul rata & matikan api.