Sunday, February 21, 2010

Rendang Tok

Salam kengkawan, lama Soda menghilang erk.. Hehe... Nak wat cemana, senanya laptop rosak, tu la pasal, hari tuh dah anta repair, dah ok.. Punya la save gambo masakan, alih2 tak semapt nak simpan dalam pdrive.. Rosak wat kali kedua.. Adoiii... Ini jer la, respi terbaru dari Soda yang sempat Soda kongsikan utk kengkawan seme.. Samat mencuba, daaaa...... :)

RENDANG TOK
SUMBER : Buku Masak Mak

500 gm daging - dipotong dlm 2 inci
10 sudu besar kerisik
1 biji kelapa - ambil santan pekatnya
2 inci kulit kayu manis
8 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
5 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

BAHAN HIRIS :
2 helai daun kunyit
10 biji bawang merah - kecil2
5 biji bawang putih
1 1/2 inci halia

BAHAN KISAR :
1 1/2 inci kunyit hidup
10 biji bawang merah - kecil2
6 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
5 batang serai
1 sudu biji rempah ketumbar
150 gm cili kering
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk

CARA :
1. Gaul daging dengan bahan yang sudah di kisar.
2. Biarkan seketika, paling elok semalaman.
3. Masukkan ke dalam kuali atau periuk & masak hingga daging lembut.
4. Masukkan bahan2 yang di hiris & biar hingga mendidih.
5. Pastu, masukkan kerisik, santan, gula merah & garam secukup rasa.
6. Kacau rendang hingga sebati & angkat selepas kuah agak kering.

Sambal Kerang

SAMBAL KERANG
SUMBER : My Mum

1 1/2 kg kerang - di rebus & di ambil isinya
50 sen daun kucai
2 1/2 senduk cili kisar - blend dgn sedikit belacan

BAHAN TUMBUK :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

1/2 biji bawang besar - hiris
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula apong/ gula pasir biasa secukup rasa (tapi jgn byk sgt tau)
Garam secukup rasa

CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang di tumbuk, bila wangi masukkan cili kisar.
2. Bila dah naik minyak, masukkan sos tomato, kacau.
3. Bila dah garing, masukkan kerang, gula serta garam, kacau hingga kerang masak.
4. Akhir sekali masukkan daun kucai, bawang besar, kacau sekejap & sedia di hidang.