Tuesday, September 28, 2010

Ais Krim Oreo




AIS KRIM OREO
SUMBER : Kitab Respi Soda
2 1/2 cawan susu coklat Dutch Lady - 2 kotak kecik
2 1/2 cawan Coffeemate - yg 450gm ( bo wat 2x eskem )
5 keping biskut Oreo - x kesah yg krim coklat/putih
3 sudu besar milo/vico - jika perlu
** Susu pekat & gula x perlu yer, coz biskut ni, krim dia da manis...
CARA :
1. Masukkan susu coklat, milo/vico & coffeemate yg telah di sukat ke dalam blender.
2. Blender selama 5 minit.
3. Patahkan 3 keping biskut oreo, masukkan ke dalamnya & blender lagi beberapa minit.
4. Pastu, kuarkan adunan, masukkan ke dalam bekas & tutupkan, pastu simpan dlm peti sejuk, selama 2 jam.
5. Selepas 2 jam, kuarkan & blender lagi untuk beberapa minit.
6. Pastu, masukkan semula ke dalam bekas, patah2kan 2 keping biskut oreo & tabur di atasnya & tutupkan.
7. Kendian, simpan semula ke dalam peti sejuk untuk semalaman.
*** Kalo x nak letak biskut, nak wat eskem coklat sahaja, campurkan 2 sudu besar susu pekat.
*** Kalo nak wat eskem len, juz masukkan perasa yg bo dbeli kat kedai kek, & tukar susu buhla topping ikut citarasa korg... Cth : nak wat eskem stoberi, guna susu stoberi.. Soda dah try wat eskem stoberi, capucino, coklat & jagung... Seme bezzz.. Yg penting, korang kena ejas susu & perasa jer...
*** Pastu, untuk topping dia, selain oreo, bo guna coklat rice/coklat chip/coklat cair.. Bo gak masukkan eskem ni dalam cup, yg bo dbeli kat pasaraya....
Samat mencube....

Friday, September 17, 2010

Nasi Ulam



NASI ULAM
SUMBER : Arwah Nenek
Nasi putih biasa - 1 1/2 pot
Bawang besar - dadu
Kelapa yang di sangai
Serai muda - hiris nipis2
Lengkuas muda - dadu halus
Ikan masin talang - tumbuk hancur
Lada hitam sket - tumbuk
Garam secukup rasa
Daun kaduk - hiris halus
Daun selom - hiris halus
Daun kunyit - hiris halus
Pucuk manir - hiris halus
Daun kesum - hiris halus
*** Bahan2 ni agak2 jer la dgn sukatan nasi tu yer..
CARA :
1. Bila nasi dah masak, haulkan semua bahan2 di atas semasa nasi masih panas.
2. Gaulkan garamnya hingga secukup rasa.
3. Boleh di makan begitu sahaja atau di makan bersama lauk lain/sambal budu..

Lepat Pisang

LEPAT PISANG
RESEPI ASAL : My Mum

Beberapa helai daun pisang
1 cawan kelapa parut
8 biji pisang awak / pisang embun - lenyek
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum

CARA :
1. Untuk sukatan pisang dgn tepung, caranya : sukat isi pisang, kalo pisang 2 cawan, tepung sukat 1 cawan ( cawan yg sama).
2. Kemudian, masukkan seme bahan dalam bekas, gaul rata & bungkus dalam daun pisang.
3. Masukkan dalam bekas & kukus hingga masak lebih kurang 30 minit.

Kubis Goreng Ikan Masin

KUBIS GORENG IKAN MASIN
RESEPI ASAL : My Dad

Semangkuk sayur kubis - hiris2
ikan bilis secukupnya
1 biji bawang merah - hiris
1 biji bawang putih - ketuk
Ikan masin jeruk sket
Beberapa biji cili api - potong2

CARA :
1. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan cili, masukkan ikan masin jeruk dan kacau.
3. Pastu, masukkan kubis, buh air sketttt jer, kemudian gaul rata.
4. Bila sayur dah masak, rasa pun dah ok, matikan api.