Sunday, August 28, 2011

Mi Sup Simple Giler

MI SUP SIMPLE GILER
RESEPI ASAL : My Mum & Mak Long

1 bungkus mee kuning - di celur
3 biji bawang putih - tumbuk
1 mangkuk ayam - yang da di potong kecik
2 ketul kiub ayam Knorr
1 paket fish ball & fish cake
1 paket tauhu kosong ( ala yg wat mi kari tu.. lupa siot nama dia)
Lada sulah secukupnya - cap aji-shio
Sayo sawi, daun sup, daun bawang, bawang goreng, tauhu yang telah di goreng & dhiris, garam secukup rasa

CARA :
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, pastu masukkan ayam (api jangan kuat yer, nati hangus)
2. Bila isi ayam nampak dah kecut, masukkan air untuk kuah.
3. Buh kiub ayam, bila dah gelegak sket, masukkan fish ball, fish cake, lada sulah & garam.
4. Pastu masukkan sayo sawi (kalo tak nak masuk time ni, juz celur je tabur dgn bahan tabur yg len masa nak makan nati)
5. Pastu, sesuaikan la rasa kuah ni, kalo rasa dah ok, matikan api, kalo ada yang kurang tambah garam lagi or lada sulah or perasa ayam tu... )
6. Bila dah buh mi & kuah, taburkan daun bawang, daun sup, bawang goreng, tauhu goreng & sambal kicap.

~Sambal Kicap~
Tumbuk bawang putih 1 biji, cili padi beberapa biji (nak pedas, buh banyak), bila dah hanco, buh gula & tumbuk lagi, masukkan kicap, air limau nipis & garam. Gaul2 kan, kalo rasa dah ok, sedia untuk di makan....

Friday, August 19, 2011

Friday, August 12, 2011

Ayam Masak Merah


AYAM MASAK MERAH
RESEPI ASAL : My Mum

1/2 ekor ayam - potong sederhana kecil 6 biji bawang merah - tumbuk
4 biji bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 senduk gulai cili kering blender
4 sudu besar sos tomato
Garam gula secukup rasa
Serbuk kunyit

CARA :
1. Gaul kan ayam dengan garam serta kunyit. Goreng & ketepikan.
2. Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau & kekuningan, pastu masukkan cili kering.
3. Bili da naik minyak, masukkan bawang besa ( atau kalo ada yg tak suka bawang tu layu, masukkan kendian sket, mcm sy.. suka dia layu sket )
4. Pastu, masukkan sos tomato, gula lebihkan sket & masukkan garam, serbuk perasa (jika nak). 5. Gaulkan rata, kalo seme rasa dah ok, masukkan ayam yang telah di goreng tadi.
6. Gaul rata, angkat & kalo nak cantik sket, boleh la tabur daun sup & kacang pis sket kat atas dia.

Saturday, August 6, 2011

Sup Ayam


SUP AYAM

SUMBER : Diri Sendiri

1/2 ekor ayam
Serbuk kunyit sket
3 biji kentang - belah 4 / 6 (terpulang)
1 kiub ayam Knorr
2 sudu besar rempah sup - tumis dengan sket je minyak
Daun sup, daun bawang
Bawang goreng - guna bawang merah
Sedikit serbuk lada sulah - sy guna aji-shio
Cili api hiris sket
Air secukupnya untuk kuah

BAHAN TUMBUK :
1 biji bawang besa - kalo bawang tu besar sgt, 1/2 cukup la
2 inci halia
4 biji bawang putih
1 sudu kecil jintan manis biji
1 sudu lada hitam biji - ikut suka nak pedas/tak

BAHAN ALAT TUMIS :
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

CARA :
1. Mula2, tumis bahan alat tumis serta bahan tumbuk seperti bawang besa, bawang putih & halia. Bila dah wangi, masuk ayam serta serbuk kunyit, gaul2 kan bagi rata.
2. Bila ayam dah kering airnya, masukkan air untuk kuah.
3. Masukkan kentang serta kiub ayam.
4. Bila dah mendidih lama, masukkan jintan manis yang di tumbuk, lada hitam tumbuk serta lada sulah, masukkan garam.
5. Bila dah cukup rasa, masukkan bawang goreng (mesti guna yg ori, kalo x, rasa dia kurenggg nati ) hehe... masukkan juga daun sup hiris yang di hiris kasar, rempah sup yang di tumis sket dengan minyak tadi ke dalam sup.
6. Bila dah hampir masak, masukkan cili api & boleh matikan api.
7. Masa nak hidang, taburkan sekali lagi daun sup (hiris halus skit) dan juga bawang goreng..

*** Saya guna 3 jenis cili di sini : lada sulah, lada hitam serta cili api, kalo tanak pedas, kurangkan .. kalo nak pedas sket, lebihkan cili api & masuk bila dah masuk ayam tadi.. K, sekian..

Tuesday, August 2, 2011

Badak Berendam

BADAK BERENDAM
RESEPI ASAL : My Mum

250gm tepung Pulut
Santan dari 1 biji kelapa - santan pekat sahaja
Gula kabong - potong kecik2
Air untuk uli tepung
Garam sket
Minyak masak sket

CARA :
1. Mula2, sapu sket minyak masak pada loyang.
2. Pastu, uli tepung dengan air, uli hingga adunan lembut & jgn terlalu lembik, cukup sekadar ia tidak melekat sangat .
2. Buat bulat2 & leperkan sket bahagian tengah & masukkan gula kabung, tutup lembali tepung bulat2 kan semula.
3. Susun bebola tepung dalam loyang hingga habis.
4. Bila dah perah santan, masukkan sket garam ke dalamnya supaya ada rasa lemak2 (jgn terlalu masin lak) hehe...
5. Bila rasa dah ok, tuangkan santan ke dalam loyang.
6. Kemudian kukus hingga masak.


*** Ni bilangan utk org yang sket la, mcm sy.. Cuma ada 3 org dalam umah ni, so.. Kalo nak banyak, wat lebih sket erkk....

*** Menu ni memang kesukaan sy & family, kalo mak sy wat, dia wat secara pinggan by pinggan, maksudnya, sorang sepinggan.. hehe...

Monday, August 1, 2011

Nasi Goreng Kampung

Nasi goreng kampung ni ada macam2 versi kan... Saya kalo gi makan kat mana2, mesti nak order nasi goreng kampung. Dan di bawah ni adalah style saya. Simple jer... hehe...

NASI GORENG KAMPUNG
SUMBER : Diri Sendiri

Nasi secukupnya
1 mangkuk kecik ikan bilis goreng
12 biji cili api ( boleh kurangkan/nak lebih lagi, terpulang) - tumbuk dgn garam skalik
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - ketuk sampai hanco
Ikan bilis tumbuk sket
Sayo kangkung/sawi

CARA :
1. Tumiskan cili padi yang di tumbuk, bawang merah, bawang putih & ikan bilis tumbuk hingga naik bau & warna keperangan.
2. Buh telo, kaco2 kan pastu buh sayo.
3. Buh nasi gaul hingga rata.
4. Bila dah matikan api, taburkan ikan bilis yang di goreng.

Terubuk Masin Goreng Cili Api

Al-kisah terjadinya masak ni sebab, saja nak bagi pedas sket sebab selalunya goreng macam bese takpun, goreng bawang besa, cili besa & gaul2 kan... La ni, wat lain sket la, ikut selera tekak hehe.... Lagipun senang jer, cuma terpulang samada nak pedas giler atau tak.... Hehe

TERUBUK MASIN GORENG CILI API
SUMBER : Diri Sendiri

Ikan terubuk masin - selepas di rendam, hiris kecik/nipis
Cili api - ska ati nak byk mana, tumbuk
Bawang merah - ska ati nak byk mana, hiriskan

CARA :
1. Mula2, goreng bawang, buat macam bawang goreng. Ketepikan.
2. Goreng pula ikan masin hingga masak. Angkat & ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, tumis cili api hingga masak, api jangan terlalu kuat, bila dah masak, matikan api. Masukkan ikan & bawang goreng, gaul rata, angkat...

Lempeng Dengan Sambal Ikan Bilis

Hehe... Lempeng dengan sambal ni kesukaan asben & adik. Simple jer nak wat, so tak yah la respi, hehe... Kalo dalam seminggu tuh mesti ada hari yang wat menu ni....


Bepang Kacang

Masa kecik2 dulu suka sangat makan mende alah ni, pastu masa sabtu lepas saja belek2 buku respi sy, terjumpa cara nak wat ni, ek elaaaa.... Senang giler rupanya nak wat. So, dengan penuh semangat, terus kirim dengan adik bli kacang ngan bijan.. Hehe

BEPANG KACANG
SUMBER : Kitab Respi Soda

300gm kacang tanah
100gm bijan
250 gula pasir

CARA :
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga masak. angkat & ketepikan. Buangkan kulit nipisnya.
2. Goreng pula bijan, angkat & ketepikan.
3. Masakkan pula gula hingga menjadi gula hangus/karamel.
4. Sementara tu, alas loyang dengan beberapa plastik, sapu sket minyak masak di atasnya (untuk elak ia melakat).
5. Tabur sket bijan ke atasnya.
6. Bila gula dah jadi karamel, masukkan kacang & gaul cepat2.
7. Masukkan kacang tadi ke dalam loyang, poses ni kena wat secara cepat takut ia cepat keras.
8. Tekan2 & ratakan ( ikut nak tebal mana, jgn tebal sgt, nati susah nak makan.. hehe)
9. Taburkan bijan yg selebihnya tadi, pastu cepat2 potong ikut size yg dikehendaki, guna pisau yang tajam.
10. Sejukkan dulu, pastu baru simpan dalam bekas. Sangat sedap untuk di makan.. Hehe..

** Ada gak sy terbaca, masa gula dah cair, masukkan sket marjerin, bo jer kalo nak wat, lagi sedap kan...