Showing posts with label DESSERT. Show all posts
Showing posts with label DESSERT. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

Ais Krim Oreo




AIS KRIM OREO
SUMBER : Kitab Respi Soda
2 1/2 cawan susu coklat Dutch Lady - 2 kotak kecik
2 1/2 cawan Coffeemate - yg 450gm ( bo wat 2x eskem )
5 keping biskut Oreo - x kesah yg krim coklat/putih
3 sudu besar milo/vico - jika perlu
** Susu pekat & gula x perlu yer, coz biskut ni, krim dia da manis...
CARA :
1. Masukkan susu coklat, milo/vico & coffeemate yg telah di sukat ke dalam blender.
2. Blender selama 5 minit.
3. Patahkan 3 keping biskut oreo, masukkan ke dalamnya & blender lagi beberapa minit.
4. Pastu, kuarkan adunan, masukkan ke dalam bekas & tutupkan, pastu simpan dlm peti sejuk, selama 2 jam.
5. Selepas 2 jam, kuarkan & blender lagi untuk beberapa minit.
6. Pastu, masukkan semula ke dalam bekas, patah2kan 2 keping biskut oreo & tabur di atasnya & tutupkan.
7. Kendian, simpan semula ke dalam peti sejuk untuk semalaman.
*** Kalo x nak letak biskut, nak wat eskem coklat sahaja, campurkan 2 sudu besar susu pekat.
*** Kalo nak wat eskem len, juz masukkan perasa yg bo dbeli kat kedai kek, & tukar susu buhla topping ikut citarasa korg... Cth : nak wat eskem stoberi, guna susu stoberi.. Soda dah try wat eskem stoberi, capucino, coklat & jagung... Seme bezzz.. Yg penting, korang kena ejas susu & perasa jer...
*** Pastu, untuk topping dia, selain oreo, bo guna coklat rice/coklat chip/coklat cair.. Bo gak masukkan eskem ni dalam cup, yg bo dbeli kat pasaraya....
Samat mencube....

Wednesday, November 4, 2009

Puding Buah-Buahan


PUDING BUAH-BUAHAN
RESEPI ASAL : Mak Cik Jana

Bahan Untuk Puding :
1 1/4 cawan tepung beras
1 cawan gula
3 cawan santan dari 1 biji kelapa
1 cawan air daun pandan (blend kasar)
- perah & tapiskan
38gm agar2 kering (bertali) dicampur dgn 5 1/2 cawan air
sedikit garam

CARA :
1. Larutkan agar2 dengan air sehingga hancur.
2. Satukan tepung beras, gula, santan, air daun pandan & garam.
3. Masukkan adunan tepung ke dalam agar2.
4. Kacau dengan api sederhana besar, bila kuah nampak berkilat, tutup api.
5. Tuang dalam loyang kemudian sejukkan.

Bahan Untuk Kuah :
1 tin buah-buahan utk hiasan
1 tin susu cair Ideal
2 biji kuning telur
2 sudu makan tepung kastard
1 1/2 cawan gula

CARA :
1. Buh seme bahan dalam periuk kecuali buah-buahan.
2. Kacau kuah atas api perlahan, bila separuh mendidih masukkan esen vanilla.
3. Sejukkan kuah dalam peti sejuk.

Cara Hidang :
1. Potong kuih ikut suka.
2. Masukkan dalam bekas puding.
3. Masuk pula buah-buahan campuran kemudian tuangkan kuahnya...

Wednesday, September 2, 2009

Puding DiRaja Pahang

Hehe.. Puding tak cukop syarat neh.
Jala emas tak wat, tapi kat respi Soda kasik k..

PUDING DIRAJA PAHANG
RESEPI ASAL : Mak Cik Pah

1 sisir pisang lemak manis - jgn yg masak sgt, yg penting hujung dia ada hijau2 sket
=> Gorengkan pisang dalam minyak sebiji2 jangan di belah, goreng hingga keperangan,
ketepikan dalam mangkuk.
=> Setiap kali pisang diangkat, taburkan gula di atasnya.

Untuk Kuah :
1 biji kuning telur
1 tin susu cair
1 1/2 tin air biasa/masak - guna tin yg sama
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
2 senduk gulai gula - tak mau manis sgt, kurangkan

CARA :
1. Masukkan susu cair dalam periuk, masukkan air biasa.
2. Pukul kuning telur, kemudian masukkan dalam periuk susu.
3. Masukkan gula & juga tepung kastard.
4. Kacau sebantar, pastu masakkan di atas api.
5. Kacau sekali sekala dengan api sederhana kuat, bila dah gelegak, matikan api.


Bahan Tabur :
Jala Emas
Buah prune
Buah ceri merah/hijau
Kismis hitam
Gajus

Jala Emas :
5 biji kuning telur
3/4 cawan gula - atau ikut citarasa masing2 la...
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
sedikit daun pisang
Acuan roti jala
Sedikit garam

CARA :
1. Masukkan gula dgn air & masukkan daun pandan & masak hingga pekat. Keluarkan daun pandan.
2. Pukul kuning telur, masukkan bancuhan kuning telur ke dalam daun pisang yg telah dilipat 4 & dibuat kelongsong atau boleh juga digunakan acuan roti jala & kirailah di atas air gula yang sedang di atas api. Kiraikan sedikit demi sedikit & angkat. Buatlah mcm tu sampai abis.

CARA HIDANG :
1. Bila nak makan, buh pisang yang di goreng dalam mangkuk puding.
2. Buhkan bahan tabur di atasnya.
3. Pastu, tuangkan kuah susu.

*** Puding ni sedap di makan ketika sejuk ( baru kuar freeze )


Friday, July 24, 2009

Puding Buah Kastard Bersusu

Dah ramai orang tau wat ni kan, tapi kadang2 ada di antara kita men agak2 jer sukatan utk kastard dia kan, tapi yang Soda nyer respi kastard ni, amek dari Zaidah, kawan2 mak pun dah ramai try, so dorg kata kastardnya elok tak keras.

PUDING BUAH KASTARD BERSUSU
SUMBER : Kitab Respi Soda

1 tin buah-buahan campuran - buangkan airnya

Bahan Kastard :

1 cawan tepung kastard

4 cawan air

1 1/2 senduk gula

1 biji telur ayam


Bahan Kuah :
1 tin susu cair Ideal

1 tin air biasa

2 senduk gula


CARA :
1. Untuk kastardnya, bancuh semua bahan hingga sebati & masak di atas api sehingga berkilat.
2. Kemudian, matikan api, tuang dalam acuan, biarkan sejuk baru di potong.
3. Untuk kuahnya, campurkan semua bahan dan masak di atas api sederhana.
4. Hidangkan puding bersama kuah & buah-buahan campuran dalam tin.

Friday, April 10, 2009

Dadih Mangga

Dadih ni sebenarnya, kat bahagian blakang pack tuh dah ader cara kan.. Tapi, takperlah hari ni rajin lak jari ni nak menaip.. Taip jer lah.. Hehe..

DADIH MANGGA
SUMBER : Diri Sendiri

1 paket serbuk dadih perasa mangga
1 tin susu cair
1 tin nata de'coco perasa mangga - tapis, buangkan airnya
2 botol air - 3000 ml
Gula secukup rasa
Bekas/acuan yang seswai (ni soda guna mgkuk KFC, haha)

CARA :
1. Pes skali, mestilah masukkan air dalam periuk. Pastu masukkan susu cair, gula secukup rasa. (Tak ingat letak berapa senduk tadi..) Tapi, boleh agak2 jer, walaupon dia tulis 100gm gula kat pack tuh.
2. Masak sampai mendidih. Sementara tu, susun nata de'coco dalam bekas/acuan.
3. Bila dah mendidih, matikan api, masukkan serbuk dadih, kacau selama 5 minit.
4. Pastu, masukkan gula buah-buahan (mmg dah ada dlm pack), kacau rata.
5. Last skali, tuangkan dadih dalam bekas/acuan, hati2.. Panas.
6. Pastu, biarkan dia suam2 sket, baru bekukan di dalam peti sejuk.

Pokes nata de' coco..
Esemen, kelabu lak gamba ni... Coz beteri dah low..

Soda slalu guna yg brand Happy Grass

Saturday, February 21, 2009

Puding Roti

PUDING ROTI
RESEPI ASAL : Erra Fazira

1 buku roti putih
2 kotak kismis
1/2 cawan madu lebah
1 tin susu cair Ideal
1 sudu kecil esen vanilla
2 tin krim Nestle
2 biji kuning telur
3 biji telur - putih+kuning
Sedikit gula pasir
Sedikit marjerin

CARA :
1. Sapukan marjerin pada loyang/mangkuk yang akan digunakan untuk membakar puding nanti.
2. Sapukan pula marjerin pada roti putih. Belah dua roti tu & letak dalam loyang.
3. Susun hingga menutupi lapisan bawah loyang.
4. Setelah itu, taburkan pula kismis, madu & juga gula.
5. Ulang proses yang sama hingga habis lapisan roti menutupi loyang.

CARA BUAT SOS :
1. Masukkan susu cair ke dalam mangkuk.
2. Campurkan krim, tambahkan gula lebih kurang 5 sudu besar.
3. Masukkan 2 biji kuning telur, kacau.
4. Masukkan lagi 3 biji telur & kacau lagi.
5. Masukkan esen vanilla, kacau hingga gula hancur.
6. Selepas itu, tuang sos ke dalam loyang tadi & bakar hingga masak selama 25 minit.
7. Sejukkan terlebih dahulu, kemudian baru di potong.

*Simpan dalam peti sejok ehh.. Sedap jek kalo makan time sejokkk...