Wednesday, September 2, 2009

Ketam Bercili

Menu ketam ni makan waktu berbuka hari ni...

KETAM BERCILI
RESEPI ASAL : My Mum

5 ekor ketam - gaul garam kunyit, goreng hingga masak
4 biji bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 inci belacan - tumbuk
20 biji cili padi - di tumbuk
3 senduk gulai cili kering blender
2 sudu besar air asam limau
1 biji telur
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap
3/4 cawan air - jika suka kuah lebih, boleh tambah lagi air

CARA :
1. Tumiskan bahan yang ditumbuk.
2. Bila wangi, masukkan serai, cili blender & cili api. Kacau sampai naik minyak.
3. Pastu, masukkan sos cili & juga kicap. Kacau lagi.
4. Masukkan air, bila kuah mendidih pecahkan telur. Kacau.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Bila kuah 1/2 pekat (hampir nak pekat) masukkan ketam yang telah di goreng.
7. Tutup api & balik2 kan ketam supaya sebati dgn kuah.

* Masakan ni agak pedas sket, sapa tak tahan kurangkan cilinya ya...

3 comments:

kerabatchieko owner_ said...

tapi kalau ketam..kan..lagi best kalau masak lemak cili api..hehehe

Soda Hikari said...

erm.. mmg wat jugak... ni belen2 wat masak cili api la ni yg wat masak sambal lak ni.. hehe... sian farah kan, x dapat makan... hehehe...

kerabatchieko owner_ said...

hehe..x pe..nantik kalau die balik boleh buat lagi kan..