Saturday, July 30, 2011

Telur Masak Kicap

Asalnya... Telo ni ada 3 bijik, aterrr.. En.Abg tak balik keje laie, adik pun tak balik keje laie nak pinjam npon dorg, sudahnya... Dah petang, pas anta nasik kat adik, tinggal la ini ajer.. Hehe...


Oyer, telo masak kicap ni memang peberet sy dari dulu lagi & sy suka kalo letak kayu manis & len2 coz suka bau yg wangi tu nati... Hehe....

TELUR MASAK KICAP
SUMBER : Diri Sendiri

3 biji telur - goreng & ketepikan
1 biji cili merah
Kayu manis sket
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris bulat (nak tumis dulu/kendian pun ok)
1 biji bawang merah - hiris
1 biji bawang putih - ketuk
1 inci halia - hiris
Lada sulah sket

*** Agak2 jer yer ***
Kicap pekat
Kicap manis Adabi
Sos tiram
Air untuk kuah
Air tepung jagung sket - untuk pekatkan kuah

CARA :

1. Tumiskan bawang besar, bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih hingga naik bau.
2. Pastu, masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram & air untuk kuah.
3. Masukkan cili merah, bila dah gelegak, masukkan garam & perasa & gula sket je.
4. Masukkan air tepung, lada sulah sket, kaco2 sket & masukkan telur.
5. Bairkan jap, boleh la dangkat.

Kari Udang

KARI UDANG
SUMBER : Diri Sendiri

1 mangkuk udang - nak banyak, lebihkan
2cm halia - hiris
2 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 biji kelapa - ambil santan pekat sahaja
1 batang serai - ketuk
1 asam keping
1 tangkai daun kari
Cili kering blender - ikut suka nak pedas/tak
Serbuk kari udang
Garam secukup rasa

CARA :
1. Tumiskan, bahan yang dhiris, daun kari, serai hingga naik bau.
2. Pastu, matikan api, masukkan serbuk kari, masukkan cili kering & buka api semula.
3. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, asam keping, garam secukup rasa.
4. Bila kuah gelegak, masukkan udang.
5. Perlahan kan api supaya minyak terbit, bila rasa seme dah ok, udang pun da bertukar warna, matikan api.

Santan Durian

Menu ni sebenarnya... Mak, adik, atok sy suka sangat. Takder lauk lain pun takper, ada nasi panas, ada santan durian da sedap, nak lagi sedap ada pulak ikan masin sepat, adoiiii.... Ada pulak sambal ikan bilis tempoyak, bertambah-tambah sy makan nasik... Hehe...

SANTAN DURIAN
RESEPI ASAL : My Mum

Beberapa ulas durian
1 biji kelapa parut - perah 2x jer
Air untuk perah santan
Sedikit garam

CARA :
1. Tuang santan yang dpera dalam mangkuk.
2. Masukka garam secukup rasa.
3. Masukkan durian, gaul2 sket & simpan dalam peti sejuk.
4. Time nak makan nasi, baru kuarkan.

Pulut Durian

Pulut Durian ni, asben yang request, kebetulan memang ada beli durian, so apalagi pas da siap masak tengah hari, petang2 sket mula la wat ni, dia bangun tdo terus makan, hehe.... Tapi sy tak kukus pulutnya, masak macam tu jer...

PULUT DURIAN
SUMBER : Kitab Respi Soda

~ Untuk Pulut ~2 cawan beras pulut
2 cawan air

1. Masak macam masak nasi & api jangan besar
2. Bila air dah hampir kering, gaul2 kan jap.

~ Untuk Kuah ~
Beberapa ulas durian
1 biji kelapa parut - ambil santannya
2 helai daun pandan- simpulkan
Air sket
Gula melaka - ikut manis
Gula pasir - ikut manis
Garam sket

CARA :1.Leraikan sket buah durian dengan garfu, masukkan dalam periuk.
2.Masukkan air, santan, daun pandan, gula melaka, gula pasir, garam sket ke dalam periuk.
3. Kacau atas api yg perlahan sampai mendidih, bila rasa seme da ok, kuah pun jadi pekat bolehla matikan api.

Goreng Kacang Buncis Bersama Sotong

GORENG KACANG BUNCIS BERSAMA SOTONG
SUMBER : Kitab Respi Soda

1 mangkuk kacang buncis
1 mangkuk kecil sotong
Beberapa biji cili api - hiris
1 biji bawang putih - ketuk
1 biji bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
Sket sos nampla
Sket sos tiram
Sket serbuk kunyit
Sket air

CARA :
1. Gaulkan sotong dengan garam serta kunyit, ketepikan dulu.
2. Kendian, tumis bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau, masukkan cili api.
3. Masukkan kacang buncis, sos nampla, sos tiram, gaul rata.
4. Masukkan sket air, tutup kuali supaya kacang lembut.
5. Bila kacang dah lembut, masukkan sotong.
6. Gaulkan, jangan masak lama sangat, pas rasa seme dah ok, matikan api.

Kerabu Kangkung

Kerabu kangkung ni baru je wat, sedap r.. Yer r, bak kata yg empunya respi asik2 kangkung goreng belacan. masak kicap la.. Huhu, sesekali tukar selera macam ni baguih gak... Resepi asal, guna ikan kering, tapi tak dok lak dalam simpanan, so guna apa yg ada jek la & sy tukar sket ehh Ela.. Huhu, ampunnn.. Hehe..

KERABU KANGKUNG
RESEPI ASAL : Ela, Qatar

1 ikat kangkung - celur hingga layu & toskan
2 biji cili merah - tumbuk
12 biji cili padi - tumbuk
2 batang serai - amek yg isi yg lembut hiris & tumbuk
1 biji bawang merah - tumbuk
Kelapa parut sket - sangai tanpa minyak hingga kekuningan
Ikan bilis sket - goreng & tumbuk
Limau nipis sket
Garam & gula secukup rasa

CARA :
1. Tumiskan bahan tumbuk, masukkan garam & gula secukup rasa.
2. Bila dah agak kering & masak, matikan api.
3. Dalam mangkuk yang besa, masukkan kangkung yang di celur tadi, masukkan sambal yang di tumis tadi, masuk ikan bilis tumbuk & kelapa.
4. Gaul sebati & perahkan limau nipis, gaul2 sket, siap...



Thursday, July 28, 2011

Telur Bungkus - Ayam

Telo bungkus ni seblom ni dah masukkan versi daging, kali ni guna ayam lak...

TELUR BUNGKUS
SUMBER : Diri Sendiri

1 Mangkuk kecik ayam - potong kecik
4 biji telo - ni terpulang nak banyak mana, coz ni tuk bungkus
1 mangkuk kecik sayo campur
1/2 cawan air rebusan/air stok/air biasa
Sket air bancuhan tepung jagung
4-5 sudu besa cili kering blender- ni terpulang nak sket ke atau nak lebih

Bahan Sos :
2 sudu besa sos tiram
2 sudu besa sos tomato
1 sudu besa sos cili
1 sudu besa kicap pekat
1 sudu besa sos ikan
* Campurkan dalam 1 mangkuk

Bahan Tumbuk :
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm halia

CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hungga naik bau, masukkan cili kering blender.
2. Bila da naik minyak, masukkan ayam.
3. Bila ayam da masak, masukkan bahan sos. Kacau sebati.
4. Masukkan air, sayo campur.
5. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung.
6. Kendian, masukkan pula garam sket, gula secukup rasa.
7. Bila kuah dah pekat, matikan api.
8. Wat telo dadar, pastu masukkan inti di tengah, lipat & boleh la di hidang.
Sekian..


- Sedia untuk di ngapppp -

Jus Pisang

Salam, hmm... Jus ni sebenarnya da lama da wat, tapi baru ni dapat upload, huhu.. Papepun, jus ni memang sedap. Adik pun suka... Senang jer...

JUS PISANG
SUMBER : Diri Sendiri

2 biji pisang berangan
1 kotak susu Dutch Lady
Sket gula - kalo tanak pun takpe
Air masak sket - supaya jus tak pekat sangat
Milo sket

CARA :
1. Hiris pisang kecik2 masuk dalam blender.
2. Masukkan susu, gula, air masak kemudian blend.
3. Tuang dalam jug - kalo nak sejuk, masuk lam fridge.
4. Time nak minum, tabur milo sket atas dia.. Sedappppp..

** Kalo nak buh milo skalik masa blend tu pun bo, atau nak guna susu coklat pun boley...


- Ni saya punya.. Hehe.. -