Tuesday, August 2, 2011

Badak Berendam

BADAK BERENDAM
RESEPI ASAL : My Mum

250gm tepung Pulut
Santan dari 1 biji kelapa - santan pekat sahaja
Gula kabong - potong kecik2
Air untuk uli tepung
Garam sket
Minyak masak sket

CARA :
1. Mula2, sapu sket minyak masak pada loyang.
2. Pastu, uli tepung dengan air, uli hingga adunan lembut & jgn terlalu lembik, cukup sekadar ia tidak melekat sangat .
2. Buat bulat2 & leperkan sket bahagian tengah & masukkan gula kabung, tutup lembali tepung bulat2 kan semula.
3. Susun bebola tepung dalam loyang hingga habis.
4. Bila dah perah santan, masukkan sket garam ke dalamnya supaya ada rasa lemak2 (jgn terlalu masin lak) hehe...
5. Bila rasa dah ok, tuangkan santan ke dalam loyang.
6. Kemudian kukus hingga masak.


*** Ni bilangan utk org yang sket la, mcm sy.. Cuma ada 3 org dalam umah ni, so.. Kalo nak banyak, wat lebih sket erkk....

*** Menu ni memang kesukaan sy & family, kalo mak sy wat, dia wat secara pinggan by pinggan, maksudnya, sorang sepinggan.. hehe...

No comments: