Sunday, February 21, 2010

Rendang Tok

Salam kengkawan, lama Soda menghilang erk.. Hehe... Nak wat cemana, senanya laptop rosak, tu la pasal, hari tuh dah anta repair, dah ok.. Punya la save gambo masakan, alih2 tak semapt nak simpan dalam pdrive.. Rosak wat kali kedua.. Adoiii... Ini jer la, respi terbaru dari Soda yang sempat Soda kongsikan utk kengkawan seme.. Samat mencuba, daaaa...... :)

RENDANG TOK
SUMBER : Buku Masak Mak

500 gm daging - dipotong dlm 2 inci
10 sudu besar kerisik
1 biji kelapa - ambil santan pekatnya
2 inci kulit kayu manis
8 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
5 biji bunga lawang
Garam secukup rasa

BAHAN HIRIS :
2 helai daun kunyit
10 biji bawang merah - kecil2
5 biji bawang putih
1 1/2 inci halia

BAHAN KISAR :
1 1/2 inci kunyit hidup
10 biji bawang merah - kecil2
6 biji bawang putih
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
5 batang serai
1 sudu biji rempah ketumbar
150 gm cili kering
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam - tumbuk

CARA :
1. Gaul daging dengan bahan yang sudah di kisar.
2. Biarkan seketika, paling elok semalaman.
3. Masukkan ke dalam kuali atau periuk & masak hingga daging lembut.
4. Masukkan bahan2 yang di hiris & biar hingga mendidih.
5. Pastu, masukkan kerisik, santan, gula merah & garam secukup rasa.
6. Kacau rendang hingga sebati & angkat selepas kuah agak kering.

Sambal Kerang

SAMBAL KERANG
SUMBER : My Mum

1 1/2 kg kerang - di rebus & di ambil isinya
50 sen daun kucai
2 1/2 senduk cili kisar - blend dgn sedikit belacan

BAHAN TUMBUK :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

1/2 biji bawang besar - hiris
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula apong/ gula pasir biasa secukup rasa (tapi jgn byk sgt tau)
Garam secukup rasa

CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang di tumbuk, bila wangi masukkan cili kisar.
2. Bila dah naik minyak, masukkan sos tomato, kacau.
3. Bila dah garing, masukkan kerang, gula serta garam, kacau hingga kerang masak.
4. Akhir sekali masukkan daun kucai, bawang besar, kacau sekejap & sedia di hidang.

Saturday, January 2, 2010

Nasi Goreng Sardin

Sempat gik post dua respi seblom Soda rest dari post2 respi pasni. Sepanjang wat blog masak ni, banyak yang Soda dapat cam dapat kawan baru, respi2 baru, walau kita tak pernah jumpa, tapi bez kan.

Ada jugak kgkawan Soda tanya, respi2 ni wat senirik ker atau copy paste dari web? Kgkawan ku sekalian, mestilah wat sendirik, kecuali kalo ada sesapa yg request respi yg dia nak, & respi yg dia nak tuh xder lam simpanan Soda. Baru Soda carik kat mana2 web.

Respi2 yg Soda post kat sini, semenya datang dari buku masak Soda, buku masak mak, respi2 dari kawan2 mak serta respi2 dari arwah wan. Cuber perhatikan betul2... Pinggan mangkuk yg Soda guna ni, kan balik2 pinggan tu jugak.. Kekeke...

Begitu gak dengan kawan2 blog masak kat sini, seme wat senirik kan.. Kita semua nak berkongsi-kongsi respi masakan kan. Yela, kadang2 jemu jugak, asik makan yg sama jer, nak gak tukar selera. Cam try cara masak jepun cam respi dari Kak Fae ker, cam tu lah contohnya..

Wahh, panjang berjela betul menulis, seblom bercuti panjang ni, hehe... Okla, Soda mintak diri dulu, kalo Soda ada wat silap, harap2 sudi maafkan yer, bye.. Jumpa lagi seme....!

NASI GORENG SARDIN
RESEPI ASAL : Shiela Rusly

1/2 biji bawang besar - hiris
4 biji bawang putih - dadu/hiris
1 senduk cili kering - atau nak pedas campo cili api tumbuk
1 tin sardin sederhana besar - amek ikannya sahaja, kuah x mao
Sedikit kacang panjang - hiris dadu
Sedikit lobak - hiris dadu
* atau nak guna sayur campur yg dlm paket pun ok gak
Telur dadar - hiris
Nasi secukupnya ya...

CARA :
1. Tumiskan bawang besa dulu, kemudian bawang putih.
2. Bila dah wangi, masukkan cili kering. Bila minyak dah naik, masukkan sayur2. Kemudian, masukkan ikan sardin, pecah2 kan isi dia ( lagi banyak ikan, lagi sedap tau..) Gaul rata2.
3. Masukkan pula nasi, garam secukup rasa.
4. Bila nak hidang taburkan dengan telur dadar. Siap.


*** Ni petang semalam la ni, tengok kak Sheila Rusly masak ni kat rancgn Ketuk2 Ramadhan. Teliur la plak tengok kan. So, kua malam tuh gi kedai bli bahan2. Soda tak berapa ska kcg panjang, so nak guna sayur campo, abes la plak. Huhu.. pastu guna jer la brokoli. Tapi, seblom campak lam nasi, hehe.. Rebus dulu brokoli ni...

Rendang Udang

RENDANG UDANG
RESEPI ASAL : Kerabat Di Raja Perak - Raja Nurmahani

1 pinggan udang sederhana besar
2 senduk gulai cili kering
2 sudu besar kelapa parut - yg putih
3 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit - hiris
Garam & gula secukup rasa

Bahan Hiris Nipis :
1 inci halia
7 biji bawang merah
3 batang serai - yg lembut yer

CARA :
1. Masukkan semua bahan yang telah di hiris nipis ke dalam kuali, ( tak perlu minyak ), masukkan cili kering, santan. Masak sampai ianya mendidih.
2. Pastu, masukkan udang & juga kelapa parut. Masukkan juga garam & gula.
3. Bila kuah hampir pekat, baru masukkan hirisan daun kunyit.
4. Gaul rata, boleh la di hidang.

Friday, January 1, 2010

Berehat Seketika...

Salam Tahun Baru 2010...
Kepada kawan-kawan, kakak-kakak sesama blog masak...
Cik Soda nak bagitau,
mungkin dalam beberapa hari/minggu/bulan.. Cik soda
tak dapat nak bersiaran
seperti biasa, kerana ada hal
yang tidak dapat di elakkan.
Sampai masanya Cik Soda akan muncul semula
dengan respi2 baru yer...
Jaga diri semua...
Selamat memasak...
Salam Satu Malaysia...


Sunday, December 27, 2009

Udang Galah Masak Ala Cina

Ahaaa... Udang galah ni, 4 ekor rege dia cuma RM30 hengget jer, murah kan!!! Snap gambo dia seblom kita korbankan dia utk masak lunch pada hari minggu ini... Abah yang tolong siang udang ni, hehehe.....


Yang kat bawah ni, setelah di goreng dengan garam kunyit, abah nak makan goreng ni jer, tak mau kuah dia... Tengok r, 1 pinggan ni muat untuk dua ekor jer, huhuhu....



Tadaa.... Ni dah siap pun, nak masak sambal, dah selalu wat, terai masak yang ni lak... Sedap gak!
Daun sup & daun bawang.. Abis. Batang saderi pun abis lak daunnya, maka hiasan nya jadi lah cenggini.. hihihi...


UDANG GALAH MASAK ALA CINA

RESEPI ASAL : My Mum

4 ekor udang galah - gaul garam kunyit & goreng
3 biji bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - potong bulat
2 pelepah batang saderi - hiris serong
1/2 mangkuk sos cili
1/4 mangkuk sos tomato
1/2 buku kiub ayam Knorr
10 biji cili api - hiris
1 cawan air masak
Sedikit air tepung jagung - dalam 2 sudu ( tapi soda guna sudu bubur mc'd tadi.. huhu)
Sedikit daun sup & daun bawang
Garam & gula secukup rasa

CARA :
1. Tumis bawang putih, bawang besar hingga kekuningan.
2. Kemudian, masukkan sos2... Kacau yer.
3. Pastu, masukkan air untuk kuah ( ikut la nak berkuah sangat atau tak).
4. Masukkan pula batang saderi, cili hiris, kiub ayam, kacau lagi.
5. Masukkan pula air tepung jagung, gula & garam secukup rasa.
6. Masukkan pula daun sup & daun bawang, pastu bila rasa seme dah ok, matikan api.
7. Masukkan udang yang telah di goreng tadi, gaul2 kan kemudian bolehlah di hidang...

Saturday, December 26, 2009

Sup Cendawan Shiitake

Baru jer beberapa minit yang lalu siapnya sup neh. Mak Soda la tingin sangat nak makan, dia terasa-rasa jer kesedapan sup cendawan kat Pizza Hut nun. Soda tak suka buh ayam dalam sup ni, so gantikan dengan kiub jer... Tapi tetap SEDAPPPP!!! tak cayer, terai la nanti.. Hehehe...


SUP CENDAWAN SHIITAKE
RESEPI ASAL : My Mum

7 kuntum cendawan shiitake - potong dadu
3 sudu besar marjerin/butter
1 buku kiub ayam Knorr
3 pelepah batang saderi - hiris
1/2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
2 cawan air masak
Garam secukup rasa
Sedikit lada hitam tumbuk

CARA :
1. Cairkan marjerin/butter (api kecil tau..)
2. Pastu, masukkan cendawan, batang saderi, kacau hingga layu.
3. Masukkan pula tepung gandum, kacau laju2 supaya tidak berketul.
4. Masukkan pula air, gaul sebati.
5. Masukkan kiub & juga susu segar.
6. Masukkan pula garam secukup rasa.
7. Bila dah nak pekat, matikan api.
8. Boleh lah di hidang sambil di makan dengan roti garlic.
9. Kalo nak pedas, taburkan lada hitam tumbuk tadi ehhh....

*** Oyer, ada sesetengah org diaorg blend cendawan ni, ada gak yang dah siap masak sup, baru blend... So, terpulang la pada citarasa memasing ekkk....

Ketam Berempah

KETAM BEREMPAH
RESEPI ASAL : Amek dari buku masak mak..


6 ekor ketam - belah dua
1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar rempah kari ikan
2 batang serai - di ketuk
1 sudu kecik halba
1/2 kiub pati ayam Knorr
1/2 sudu besar kerisik

Bahan Tumbuk :
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia

CARA :
1. Gaulkan ketam dengan sedikit garam serta kunyit serbuk, kemudian goreng hingga masak.
2. Dalam kuali lain, tumiskan bahan yang di tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan pula santan pekat tadi, kacau.
4. Masukkan halba, kiub ayam & garam secukup rasa.
5. Bila kuah sedikit pekat, masukkan kerisik, biarkan seketika supaya kuah naik minyak.
6. Bila dah timbul minyak, baru masukkan ketam tadi, gaul rata2 yer kemudian boleh la di hidang.

Tuesday, December 22, 2009

Gulai Lemak Udang Tempoyak

GULAI LEMAK UDANG TEMPOYAK
RESEPI ASAL : My Mum

1/2 kg udang besar
15 biji cili padi - tumbuk
2 sudu besar tempoyak
1/2 biji kelapa - ambil dua kali ramas je santannya
1/2 inci kunyit hidup - tumbuk
Sedikit daun kesum

CARA :
1. Tumbuk kunyit hidup hingga hancur, kemudian masukkan pula cili api, tumbuk lagi sampai hancur.
2. Masukkan santan dalam periuk, masukkan cili api yang ditumbuk, masuk daun kesum, tempoyak & udang.
3. Masakkan hingga mendidih, sambil tu masukkan garam, kacau jugak nati takut berkepala santannya.
4. Bila rasa dah ok, matikan api.

Sup Ayam

SUP AYAM
RESEPI ASAL : My Mum

Ayam kecik dalam 1/2 ekor
Air secukupnya untuk kuah
Garam secukup rasa

Bahan A :

1 inci halia tua - hiris
2 bungkus sup bunjut Adabi
1 keping kayu manis
5 biji buah pelaga
10 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1/2 paket rempah sup Adabi
1 buku kiub ayam Knorr
1 sudu kecil jintan manis - tumbuk
10 biji cili api - hiris
Bebola ketam/terpulang pada citarasa masing2 nak buh apa lam dia..
* kalo nak buh kentang pun boleh....

Bahan B :
5 biji bawang kecik - utk wat bawang goreng
Daun sup & daun bawang

CARA :
1. Masukkan ayam yang dah di potong-potong kecil dalam periuk bersama air yang secukupnya untuk kuah, jerang kan atas api.
2. Masukkan pula kesemua Bahan A, rebus lama sket supaya ayam betul2 masak, sambil tu masukkan juga garam secukup rasa.
3. Bila nak hidang, taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.