Monday, December 29, 2008

Gulai Rebung


GULAI REBUNG
RESEPI ASAL : My Mum

2 genggam rebung
1 biji kelapa - ambil santannya
20 biji cili api kecik - x nak pedas kurangkan cili
1/2 inci kunyit hidup
sedikit ikan bilis
* jika suka babat, boleh juga dletak bersama, tapi hendaklah direbus hingga lembut terlebih dahulu.

CARA :
1. Perah santan, kemudian masukkan dalam periuk.
2. Tumbuk lumat cili api bersama dengan sedikit garam.
3. Kemudian masukkan cili api ke dalam periuk, ambil sedikit santan dalam periuk tadi & masuk dalam lesung batu sambil kacau rata-rata. Tuang dalam periuk semula.
* ni petua orang-orang tua, jika nak gulai lebih enak.. hehehe..
4. Selepas itu, masukkan ikan bilis, babat (jika suka), kacau hingga sebati.
5. Kemudian, bolehlah dmasak & sekali-sekali gulai perlu dkacau supaya santan tidak berkepala.

No comments: