Monday, January 5, 2009

Marah Kunci Segala Keburukan

Anda pernah merasa marah marah? Pasti pernah. Perasaan marah tiada batas peringkat usia, semua orang mengalaminya. Ini kerana marah merupakan salah satu sifat semulajadi manusia yang sukar dihapuskan. "Marah adalah kunci daripada segala keburukan" kata seorang sahabat Rasullah s.a.w mengingatkan. Sifat marah yang terdapat dalam diri manusia tidak sama tahap & tingkatannya.

Menurut Imam Ghazali ada 3 golongan manusia dalam hal ini :
1. Orang yang tidak mempunyai rasa marah sama sekali
- Orang yang termasuk dalam golongan ini biasanya tidak mempunyai sikap dan semangat untuk membela atau mempertahankan harga dirinya, keluarganya serta apa sahaja yang menjadi haknya. Apalagi untuk kepentingan agamanya.
- Dalam keadaan tertentu, marah itu dperlukan kerana orang yang hilang sama sekali sifat marahnya, akan hilang pula sifat pembelaannya.

2. Orang yang tidak dapat mengawal kemarahannya
- Kebalikan daripada sifat golongan pertama tadi ialah orang yang tidak dapat mengendalikan kemarahannya. Ia terlampau melayan perasaan marahnya tanpa, sehingga tidak dapat menggunakan akal sifatnya untuk mempertimbangkan segala sesuatu.

3. Orang yang dapat mengendalikan kemarahannya
- Golongan ketiga ini merupakan pertama & kedua. Iaitu mereka yang menyalurkan rasa marahnya dalam keadaan-keadaan yang dperlukan. Ia dapat mengawalnya supaya selalu berada dtahap pertengahan, tidak lenyap sama sekali & tidak melepaskan tanpa batas.

Daripada 3 golongan di atas, golongan ketiga merupakan yang terbaik..

Rasulullah s.a.w mengajarkan 3 cara meredakan kemarahan yang sedang meluap-luap :
1. Membaca Ta'awwuz
- Kemarahan itu datangnya daripada syaitan. Oleh itu, kita dsuruh meminta perlindungan Allah s.w.t yang telah menciptanya. Ta'awwuz atau memohon yang paling ringkas ialah dengan membaca "a'zubillahiminas syaithanir rajim" (aku memohon perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk)

2. Berdiri, duduk & baring
- Ketika api kemarahan sedang mengusai orang yang sedang berdiri, ia dnasihatkan duduk untuk menenagkan fikiran & meredakan kemarahannya. Selepas duduk, kemarahannya tidak juga hilang, Baginda menyuruhnya berbaring, merehatkan badan & fikiran.

3. Mengambil air sembahyang
- Syaitan dcipta Allah s.w.t daripada api, dan api dapat dpadamkan dengan menyiramkan air padanya. Oleh itu, apabila kamu marah segeralah berwuduk.



No comments: