Monday, January 5, 2009

Petua Mencuci Hati - Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat & banyakkan berdo'a
- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya Allah jadikan hatiku bersih".

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w, paling minima (100x sebelum tidur)
- Ini merupakan satu pelaburan yang mudah & murah disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita &
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat
- Selain daripada memohon keampunan,
dapat mencuci hati & menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran
- Selain dapat mencuci hati ia juga dapat menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, & sebagai terapi.
Bacalah sekurang-kurangnya 3x
"Qulhu-Allah".

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif
- Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri, katakan lah

"Aku sebenarnya..."
(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda
-Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
katakan di dalam hati :-
"Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,
berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".
Menurut kajian psikologi,
apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga
keesokan harinya.

8. Berpuasa
- Sekiranya dalam berpuasa maka akan terhindarlah dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
.

10. Kekalkan wuduk
11. Bersedekah
12. Belanja orang makan
13. Jaga makanan
- jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan Ulama
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb),
jangan dengar orang mengumpat.

No comments: