Friday, January 2, 2009

Petua Serbaguna - 1

SUPAYA EPAL TIDAK BERUBAH WARNA
Selalunya, epal akan berubah warna menjadi kecoklatan. Cara untuk mengelakkannya
iaitu setiap kali selepas memotongnya, anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini terendam seketika sebelum di angkat untuk dihidangkan.

KEJU TIDAK BERCENDAWAN
Keju yang disimpan lama akan ditumbuhi cendawan. Ada 1 cara untuk menyimpannya. Bungkuslah keju tersebut rapat-rapat dalam sehelai kain bersih yang telah dilembabkan dengan air garam terlebih dahulu. Dengan demikian, keju anda akan lebih tahan lama.

GORENGAN TAUHU TIDAK MELEKAT
Caranya ialah dengan memasukkan sedikit garam ke dalam minyak panas. Kemudian, berulah dimasukkan tauhu. Selain itu, anda boleh juga gaulkan tauhu itu dengan sedikit garam hingga rata & goreng seperti biasa. Hasilnya, tauhu tidak akan melekat dengan teruk lagi.

MEMBERSIHKAN SISIK IKAN
Agak sukar & mengambil masa yang lama untuk membersihkan ikan yang mempunyai banyak sisik. Masalah ini dapat di atasi dengan merendam ikan dalam air panas selama seminit. Cara lain ialah dengan melumurkan ikan dengan cuka. Cubalah & anda pasti tidak akan serik untuk membeli ikan bersisik lagi.

MENGHILANGKAN BAU MUNTAH BAYI
Bau muntah bayi memang meloyakan. Untuk menghilangkan baunya, setelah dicuci bersih tempat yang terkena muntah tadi, renjiskan beberapa titik cuka di tempat yang terkena muntah tadi. Gosok-gosokkan, hasilnya sungguh memuaskan.

BANCUHAN TEPUNG TIDAK BERGENTEL
Bila kita hendak membuat kuih, biasanya tepung akan bergentel apabila kita campurkan dengan santan. Untuk mengelakkan bancuhan ini dari bergentel, masukkan tepung bersama santan atau air mengikut sukatannya ke dalam blender. Mudah-mudahan ia elok rata & kerja kita menjadi mudah.

ELAK SUSU DARI MERUAP TINGGI
Ketika memasak susu, anda tidak dapat mengelak ia dari meruap. Kalai dibiarkan, boleh melimpah keluar & meninggalkan kesan hitam. Oleh itu, setiap kali merebus susu, sapukan di sekelilingnya dengan mentega/marjerin setiap kali hendak merebus susu. Insaallah, susu tidak akan melimpah keluar serta mengotorkan periuk anda lagi.

MENGENAL MADU ASLI
Cara untuk membezakan madu asli dengan madu yang telah dicampurkan dengan bahan lain ialah, madu asli yang biasanya tidak bercampur dengan bahan lain rasanya 'kemasaman'.
Bila di bakar dengan api, ianya akan terbakar. Antara khasiat madu asli ialah, kalau di sapu pada gigitan lipan, bisanya akan berkurangan.

AIR LIMAU GEBUKAN NASI
Limau nipis yang selalu digunakan untuk memasak, boleh juga di gunakan untuk melembut & menggebukan nasi. Caranya ambil 1 atau 2 titis air limau nipis, masukkan ke dalam nasi yang telah pun kering & tutup. Biarkan sehingga nasi betul2 masak. Nasi anda bukan sahaja gebu & lembut malah berbau wangi.

SUPAYA IKAN PANGGANG SENTIASA LEMBUT
Ikan panggang yang sudah di bakar bila sejuk akan menjadi keras. Ini sudah tentu tidak enak untuk di makan. Supaya ia tetap lembut, renjiskan sedikit air bersih ke atas ikan yang sudah di panggang itu. Dengan ini, ikan panggang anda akan sentiasa lembut.

DAGING/AYAM TETAP SEGAR
Agar daging/ayam yang di simpan dalam peti sejuk tahan lama & tidak berbau, tumbukkan halia sebesar ibu jari untuk sekilo daging/seekor ayam & taburkan atas daging/ayam tadi.

KACANG GORENG LEBIH LAZAT
Kita tentu ingin kacang goreng kita menjadi garing, empuk & lazat. Ini dapat di hasilkan jika kacang yang di kupas kulitnya akan di rendam dalam santan dari satu biji kelapa. Letakkan sedikit garam serta sedikit bawang putih yang di tumbuk terlebih dahulu. Setelah 1/2 jam, goreng kacang tadi menggunakan minyak yang cukup panas.

HATI & PEDAL AYAM TIDAK MELETUP
Setiap kali menggoreng hati & ayam, selalunya akan memercik atau meletup. Untuk mengelakkan, mula2 rebus hati/pedal ayam bersama air yang sama paras. Setelah separuh masak, toskan hingga kering. Kemudian, gaulkan garam kunyit, dan bolehlah di goreng seperti biasa.

MENYIMPAN TAUHU SUPAYA TAHAN LAMA
Tauhu boleh menjadi masam jika tidak di simpan dengan betul. Cara untuk menyimpannya ialah bersihkan tauhu kemudian tos hingga kering. Masukkan dalam satu bekas & rendamkan ia dengan air panas. Tunggu hingga air kembali sejuk. Sesudah itu, keluarkan tauhu tadi & rendam kembali tauhu dengan air. Walaupun ia tidak di simpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan lama & tidak akan bertukar menjadi masam.

No comments: