Wednesday, February 25, 2009

Sotong Goreng Sos Tiram

SOTONG GORENG SOS TIRAM
RESEPI ASAL : Diri Sendiri


1 mangkuk sotong
1 biji bwg besar - hiris
1 ulas bwg putih - hiris/ketuk
2 biji cili merah - hiris
1 sudu besar sos tiram
Sedikit lada sulah
Sedikit daun bwg - kalo tak suka, tak perlu letak
Sedikit sebuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA :
1. Pertama sekali, setelah sotong dibersihkan, toskan. Kemudian, gaulkan dengan serbuk kunyit & garam. Perapkan sekejap.
2. Panaskan minyak, goreng sotong dengan api yang kuat. Pastu, masukkan dalam pinggan.
3. Tumis pula bwg putih, masukkan bwg besar & juga cili merah. Gaul sebentar.
4. Pastu, masukkan sos tiram, lada sulah, daun bawang & sotong tadi.
5. Kuatkan api & kacau dengan cepat, kemudian boleh la matikan api.

* Jangan goreng sotong terlalu lama, kerana ia akan liat..
* Jika tak nak sotong meletup semasa menggoreng, rebus terlebih dahulu, supaya airnya keluar.


2 comments:

balidreamhome said...

saya dengar kalau masak sotong atau cumi - cumi tidak boleh terlalu masak ya? supaya tidak kenyal seperti karet ban :-)

Soda Hikari said...

yup.. x muleh lama2.. nati liat.. sama cam masak udang.. x muleh lama2...