KEK BATIK MERIE
RESEPI ASAL : Zaidah
1 1/2 bungkus biskut merie - patah 4
4 biji telur
1/2 cawan gula or bole guna 1 tin kecil susu pekat manis
1 buku buttercup
2 cawan milo/koko vochelle/koko biasa (yg kat kedai kek tu)
1/2 cawan air
1 cawan kacang tanah
* Boleh juga kalo nak tambah nestum sket/nak tabur bijan atas kek tuh..
CARA :
1. Pecahkan telur, campurkan gula/susu hingga sebati. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan butter & kacau.
3. Campurkan serbuk koko/milo ke dalamnya. Masukkan juga air.
4. Masakkan atas api, kacau sampai pekat. Ambil sket bahagian coklat dalam 1/2 cawan, asingkan.
5. Poses seterusnya, matikan api. Jangan teros masukkan biskut, biarkan jap, pastu baru masukkan biskut (kalo tak nati, biskut lembik).. huhu...
6. Bila dah masukkan biskut, gaul rata, & cedok letak dalam loyang/acuan. Tekan-tekan sket.
7. Tuang semula bahagian coklat yang diambil tadi ke atas permukaan kek batik tadi. Sapu rata2. Pastu bolehlah masuk lam fridge.
Respi : Amek dalam simpanan kitab respi Soda..
Gambar : Cilok dari Google.. Hehe
* Dah lama tak wat kek ni, kebetulan Cik Kikien ada Request, okek boleh la di publishkan.. Hehe..
No comments:
Post a Comment