TERUNG BERLADA
RESEPI ASAL : Arwah Nenek
4 biji terung - potong 2 & belah lagi dua secara memanjang
1/2 biji bawang besar - hiris bulat kasar2
3 sudu ikan bilis
1/2 mangkuk cili kering blender
1/2 biji limau nipis
Garam & gula
CARA :
1. Gaulkan terung dengan garam, pastu goreng hingga terung kekuningan, lembut & angkat.
2. Pastu goreng pula ikan bilis hingga rangup & angkat.
3. Pastu, tumis cili kering hingga minyak naik, masukkan bawang besar, tumiskan hingga dia layu. Seterusnya, masukkan garam & gula.
4. Masukkan ikan bilis & perahan air limau nipis, sesuaikan rasanya kemudian matikan api.
No comments:
Post a Comment