Friday, April 17, 2009

Rendang Ayam

Minggu lepas Soda pegi pantai Kabong dgn kengkawan mak abah. So, memasing bawak bekal. Kitaorang bawak rendang.. Sempat la snap kejap gambo rendang ni seblom pegi.. Hehe..
RENDANG AYAM
RESEPI ASAL : My Mum

1/2 ekor ayam
4 sudu besar kerisik
1 biji kelapa - ambil santan pekat sahaja
1 helai daun kunyit - hiris
1/2 mangkuk cili kering blender

BAHAN BLEND :
5 batang serai
1 inci halia
Lengkuas sebesar ibu jari
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih

CARA :
1. Campurkan bahan blender tadi dengan 1/2 mangkuk cili kering, pastu tumiskan.
2. Tumis sampai airnya kering sket, kemudian baru masukkan ayam.
3. Masak sampai ayam kelihatan kecut sket/air ayam tu kering.
4. Kemudian, masukkan santan pekat. Masukkan garam.
5. Masak sampai hampir nak kering, pastu masukkan kerisik.
6. Bila hampir nak matikan api, masukkan daun kunyit. Kacau rata, sesuaikan rasanya.

* Kalo nak buh gula sket pun boleh. Tak nak pun takper. Soda tak letak langsung.. Hehe.. Suka pedas..

No comments: