Monday, August 10, 2009

Biscotti

Salam hari Isnin. Hari apa ek, Soda jenjalan dari blog ke blog. Tibe2 tertengok orang jual beskot raya. Ada mahal, ada murah. Macam2 jenis ada. Yang paling tertarik hati, ada yang jadikan Biscotti ni sebagai hamper/adiah kira boleh di wat bisnes jgk la. Rege dia?? Hmm... Boleh tahan jugak la.. Ni Soda ada kasik respi, mana tau ada yang cube2 nak wat kan.. Style buh coklat dia ska ati la nak buh cemana, nak celup atas ke, bawah je ke.. nak layang2 ker.. Terpulang..

BISKUT BISCOTTI

1 3/4 cawan tepung serba guna
1 cawan gula halus
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
4 sudu besar mentega tanpa garam (disejukkan & dipotong)
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan ceri marah - cincang
1 1/2 cawan kacang pistacio - buang kulit
2 biji telur - pukul sedikit
Gula aising untuk tabur
Coklat cair - utk celup/hiasan

CARA :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'c.
2. Lengserkan dulang pembakar dengan mentega.
3. Masukkan tepung, gula, serbuk penaik & garam dalam pengadun elektrik, putar seminit.
4. Masukkan mentega, esen vanilla & ceri lalu putar sebentar hingga jadi menjadi seperti serbuk roti.
5. Masukkan pistacio & telur, putar seminit lagi. Kemudian bahagi adunan kepada 4 bahagian.
6. Tabur sedikit tepung pada papan canai & canai serta gulung setiap bahagian adunan memangjang 20cm.
7. Letakkan adunan di atas dulang bakar jarak 10cm di antara satu sama lain.
8. Menggunakan jari, leperkan adunan & tabur gula di atasnya.
9. Bakar 25 minit / hingga kuning. Keluarkan biskut & sejukkan setengah jam. Kerat2 biskut setebal 1.25cm.
10. Bakar semula 7 minit lagi. Angkat biskut & sejukkan.
11. Tabur lagi gula icing / boleh guna coklat untuk celup sebahagian biskut ke dalam coklat cair, atau boleh layang2 kan coklat di atas biskut.


SUMBER : Kitab Respi Soda
GAMBAR : Cilok Dari Google

No comments: