Thursday, January 22, 2009

10 Tip Sihat Tidur Lena Di Malam Hari


1 Ada tiga persekitaran yang baik untuk tidur nyenyak. Pertama, pastikan ruang bilik anda segelap mungkin. Gunakan langsir yang gelap atau penutup mata untuk tidur. Kedua, ruang bilik harus tenang. Ketiga, suhu bilik berada pada suhu 27 darjah selsius atau ke bawah.

2 Tidur yang buruk berpunca daripada perasaan takut, cemas, obsesi, perasaan marah yang berpanjangan, tekanan serta masalah emosi & spiritual. Bebaskan diri anda daripada belenggu-belenggu ini.

3 Tidur yang tidak nyenyak disebabkan oleh rendahnya kadar serotonin. Serotonin dapat ditingkatkan dengan penambilan produk tenusu seperti pisang. Elak ambil protein sebelumtidur , dikhuatiri anda akan terbangun pada tengah malam. Ambil makanan berkarbohidrat ringan contohnya biskut kira-kira satu atau dua jam sebelum waktu tidur.

4 Selepas makan malam, berjalan-jalanlah atau lakukan senaman ringan kira-kira tiga jam sebelum tidur. Senaman yang terlalu hampir dengan waktu tidur akan mempengaruhi tidur anda. Senaman yang lebih cepat membantu anda menjadi relaks.

5 Sebelum anda bersiap untuk berehat, minumlah setengah cawan teh herba yang mengandungi tumbuh-tumbuhan herba atau 'chamomile'.

6 Ubahlah apa yang anda makan. Jangan minum atau makan sesuatu yang mengandungi kafein sebelum malam tiba. Coklat, teh, kopi & minuman bersoda sebaiknya dielakkan pada waktu petang. Periksa kandungan setiap minuman yang anda ambil.

7 Sinaran matahari yang secukupnya diperlukan sepanjang hari untuk mengatur kitaran tidur. Jika anda seorang yang aktif pada waktu malam & tidur siang, anda akan memerlukan kotak lampu untuk menambah cahaya sepanjang hari.

8 Jika anda mengalami gangguan tidur, jangan segera menonton televisyen. Warna & cahaya terang daripada televisyen akan merangsang otak untuk bekerja. Sebaiknya, cubalah membaca hingga anda mengantuk semula.

9 Jika anda terjaga di malam hari, jangan hidupkan lampu atau melihat jam. Ia akan merangsang otak bekerja. Berbaringlah di katil hingga anda lembali tertidur. Jika anda masih tidak mengantuk, bangun & pergilah ke ruangan lain & membaca bacaan ringan hingga terasa mengantuk. Kembali ke tempat tidur & berbaring. Berehat dengan tenang biarpun anda tidak mungkin tertidur lagi.

10 Buat jadual rutin yang tetap. Masuk tidur & bangunlah pada waktu yang sama.

TIP AGAR TIDUR LEBIH NYENYAK
> Mandi air hangat
> Tidur pada waktu yang tetap pada setiap hari
> Elakkan tidur siang
> Membaca ( bacaan yang ringan ) > Mencatat segala aktiviti hari ini dan esok > Elakkan makan berat sebelum tidur > Tidur di ruangan yang gelap & tenang > Minum segelas susu panas sebelum tidur
INFO : Segelas susu panas membantu mengatasi gangguan tidur. Ia memberi kesan relaks & tenang pada tubuh, memperlambatkan metabolisme & menimbulkan rasa mengantuk...

No comments: