Friday, January 2, 2009

Rezeki Terpijak !!!

Semalam cuti tahun baru. Tapi aku tak kemana-mana. Dok umah je. Menyetelkan apa yang patot, yang tak sudah-sudah. Tibe-tibe jek aku tingat zaman lampau. Maser tuh umo aku 21 thn. Aku tinggal kat Bukit Chedang, Seremban. Aku dok umah sewa 12 orang… Pada mulanya la. Pas satu peringkat, sorang-sorang dak umah aku blah. Bukan apa, nak dok dekat ngan kolej. Pas seme habis stadi, tinggal jek la 5 orang termasuk aku. Seb bek sewa umah makcik tuh kasik sorang bayor lima puluh hengget jek! So, terasa jugak la savenya. Kira tahap prihatin jugak la makcik tuh pasal maser tuh kitaorang keje pun gaji tak brapa nak banyak. Hua hua hua…

Dalam banyak-banyak kenangan masa kat Seremban, kenangan ni lah yang paling aku tak boleh lupa. Al-kisahnya bermula pada satu pagi, kitaorang seme satu umah tengah redi tunggu bas nak gi keje. So, nak dijadikan cerita, member aku yang bernama Midah dan gak Kak Nora ni jalan dulu, aku ngan Kak Ja maseh dalam umah lagik. Q-Yune lak memang dah pagi2 gerak g keje kat Mc’D dah. Tiber aku nak kuar, dorang berdua datang semula jumpa aku ngan Kak Ja. Muka memasing kompius & saspen jek. Tapi aku takder la saspek apa-apa kan. Sekali dorang tunjuk satu gelang emas. Diulangi GELANG EMAS beb!!! Pergh, macam tak percayo dennn…! Dipendekkan cite, sebelah malamnya, kitaorang diskas semula apa nak wat dengan REZEKI TERPIJAK tuh.. Aku kasik nama tuh pasal, Midah yang terpijak gelang tuh kat depan umah kitaorang.

Gelang tuh maser dorg jumpa tol2 terletak dantara pagar umah kitaorang dengan umah makcik seblah. Nak kata makcik seblah yg empunya gelang tuh tak boleh jugak pasal umah dia selalu kawan-kawan dia datang. Ntah2 kawan dia yang punya. Tapi tak tentu jugak, ntah2 orang lain yang lalu-lalang depan umah kitaorang tuh yang punya. Tapi, seblom tuh, kitaorang pakat tanya mak masing2 dulu, kot dorang nak. Memang ada yang nak beli temasuk mak aku. Tapi, gelang tuh dah penyek, macam kene langar kete. So, rupa dia agak tak brapa nak lawa la. Cuma yang aku boleh bagitau, gelang tuh besar, ada emas putih dsekeliling dia. Aku ingat lagik rupa dia. Ala2 gelang mak datin gitue…

So, dsebabkan kitaorang tak pasti siapakah pemilik gelang yang penyek itu, kitaorang akhirnya pakat gi gadai jek kat kedai emas. Idea tuh datang dari Kak Nora, selaku ketua umah. Esoknya, dia dengan Midah gi la try2 tanya kat kedai emas berapa agak2 boleh dapat. Tipu2 sunat sket kat cina tuh, hahahaha… Sekali dorg kasik tau boleh kasik RM600..!!! Perghh nam ratuihhh!!! Banyak tuh. Bila tau dapat rege tuh, apa lagik, kitaorang satu umah setuju la…

Dah la maser tuh memang tengah sengkek giler. Duit poket memang cukup untuk wat tambang bas jek. Bukan aku sorang, tapi dak-dak umah aku pon sama. Seme pakat makan megi jek sementara tunggu nak dapat gaji. Sadis tol. Beser malam, kalau ada duit memang kitaorang makan pas balik kejer. Nih, purse pun tak berapa nak kembung so.. balik kejer, tunai kewajipan, makan apa yang ada. Men trup!!! Wahahahaha…

Sekali dapat lak rezeki macam nih, terasa ‘hidop’ jek semula. Bak kata pepatah, rezeki jangan dtolak, musuh jangan dcari… Hek hek!!! Pas dapat RM600, kitorang bahagi la kepado 5 orang. Dapek la sorang RM120. Ok la tuh, lebeh dari cukop nak tunggu sampai gaji. Barang yang den beli hasil dari gadaian gelang tuh iolah.. Bag Pac brand ‘PeaK Design’ wane biru… Sayang giler den kat beg tuh. Ada lagik sampei sekarang, masih elok dguna lagik. Kenangan tuh beb… Ni adolah dantaro kenangan manis den la, ado laie, tapi setakat kisah biaso jo laaa..

2 comments:

Anonymous said...

hmmm
Harammmmmmmmmm
duit Harammmmmmmmmmmmmmmm


hahahahahaha
takut..takut...

FARED

Anonymous said...

hahahaha... wei aku x bli makanan la ngan duit tuh.. aku guna duit simpanan yang cukup2 wat tambang bas utk seminggu sebelom dapat gaji ler wat makan... belen bli beg tu r ganti semula duit tambang.. kenek r pandai pusing, baru leh hidop...hahaha