Wednesday, January 28, 2009

Sambal Serodeh

Nama sambal ni yang sebenar ialah Sambal Tempoyak, tapi bagi keluarga Cik Soda, kitaorang pangey 'Sambal Serodeh'... Hehehe.... Ada sesetengah tempat di daerah negeri pahang, ikan bilis, bawang & petai di goreng terlebih dahulu. Tapi, Cik Soda lebih suka sambal yang biasa seperti gambar di atas...

SAMBAL SERODEH
1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - potong bulat
4 keping petai - ambil isinya sahaja
6 tangkai daun kesum
1/4 inci kunyit hidup/Serbuk kunyit
30 biji cili padi
3 sudu besar tempoyak
Air untuk membancuh

CARA :
1. Tumbuk lumat cili padi dengan garam & kunyit hidup (kalo guna kunyit hidup la..)
2. Masukkan bawang, ikan bilis, daun kesum dalam mangkuk besar. Masukkan juga bahan telah yang dtumbuk.
3. Kemudian, masukkan tempoyak. Curahkan air secukupnya untuk membancuh (untuk kuah).
4. Gaul rata semua bahan di dalam mangkuk tadi.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan sambal tadi hingga masak.
6. Jika nak kuah lebih, lebihkan airnya. Tapi jika suka sambal itu pekat, masakkan hingga kuah hampir pekat, baru tutup api. Jangan lupa, sesuaikan rasa garamnya ya..!

No comments: