Monday, February 23, 2009

Murtabak Mi Maggi


Malam semalam, tingin nak makan roti celop telo buh jem.. Tapi satu Kg. Dato.. Kg. Hilir.. Bandung.. Seme kehabisan roti putih. Frust jugak la... Kat Giant mmg ada, tapi roti dia tebal. Tak bez.. Alih2.. Tgk dalam kotak ada maggie.. Wat jek la murtabak, abes citer.. Hehe... Tapi sayor campo (mix vegetable) takder lak lam fridge.. Yg ada sayo sawi jepun.. Blasah jek la.. Asalkan sayo..

MURTABAK MI MAGGI
RESEPI ASAL : Diri Sendiri

1 bungkus mi maggie - celur dulu
1 biji telur
2 biji bwg merah atau 1/2 biji bwg besar - hiris atau potong dadu
2 biji lada merah - potong dadu atau hiris
1 magkuk sayur campo - rebus dulu hingga lembut & toskan (kalo xder, apa2 sayur pon boleh)
Sedikit ikan bilis - nak lagi bez guna udang
1 sudu besar sos ikan
1 perencah kari maggie - tak perlu habiskan (masin) tapi terpulang pada citarasa korang
1 sudu kecil serbuk perasa ayam

CARA :
1. Selepas maggie dicelur, toskan.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk, pukul sebentar.
3. Masukkan sayur, cili, bawang, ikan bilis/udang, perencah kari, perasa ayam & sos ikan ke dalam mangkuk tersebut kemudian, gaul rata.
4. Pastu, baru masukkan maggie. Gaul supaya semuanya sebati.
5. Panaskan minyak, guna sudip dan masukkan bancuhan tadi ke dalam kuali, buat bentuk yang anda suka.. Bulat atau 4 segi.. Hehe.. Leper2 kan. Api jangan besar, sederhana jek.
6. Masak ikut saiz yang anda suka. Nak tebal/nipis/besar/kecik...
7. Bila warnanya kecoklatan... Bolehlah di angkat.
8. Boleh di makan begitu sahaja atau cicah dengan sos cili/sos thai..

2 comments:

fikiranlicin said...

lol.....aku dah lama cari resepi ni...aku makan dulu tp lupa nak tanya resepinya....tenkiu2...

Soda Hikari said...

haha... amek la... amek.. hehe..