Esemen... Hehe.. Tak berapa nak nampak lak daging2 dia, tercedok banyak lak kuah dia.. Hehe...
KARI DAGING
RESEPI ASAL : My Mum
1/2 kilo daging - cuci bersih, hiris & toskan
1 biji kelapa - ambil santannya
1 peket rempah kari daging
3 biji kentang (sederhana kecil) - belah dua
BAHAN A :
3 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
2 sudu besar cili serbuk
5 sudu besar cili kering blender
*campurkan bahan2 ni dalam satu mangkuk *
BAHAN B :
3 biji bawang merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari
CARA :
1. Tumiskan BAHAN B hingga naik bau & kekuningan.
2. Perlahankan api, masukkan rempah kari. Tumis sekejap pastu masukkan BAHAN A.
3. Sederhanakan api semula, kacau bahan yang ditumis supaya tidak berkerak/hangit.
4. Bila minyak dah naik, masukkan daging. Bila daging mulai kecut, masukkan santan.
5. Pastu, masukkan kentang. Masak hingga gelegak.
6. Masukkan garam, perlahankan api, supaya terbit minyaknya. Bila kentang dah empuk, matikan api.
* Kalau suka kuahnya pekat, gelegakkan lama sket..
No comments:
Post a Comment