Ni betul2 respi arwah nenek. Soda suka, pasal guna inti keledek, ada rasa manis.. Soda suka yang inti mcm ni, pedas plak tu..
KARIPAP KAMPUNG
RESEPI ASAL : Arwah Nenek
BAHAN INTI :
3 tangkai daun sup - hiris
1/2 inci kayu manis
2 buku keledek (sederhana kecil) - potong dadu
3 sudu besar serbuk kari daging
3 biji bawang merah
1 1/2 sudu besar udang kering / bo guna ikan bilis
5 sudu besa cili kering blender
CARA :
1. Campurkan rempah kari dengan cili kering, udang/ikan bilis & bahan tumbuk.
2. Kemudian tumiskan, dengan kayu manis hingga naik minyaknya.
3. Masukkan keledek, masukkan dalam 1 cawan air, balik2 kan, kemudian tutup kuali dengan penutup supaya keledek empuk.
4. Pastu, masukkan garam, sedikit gula,. Bila keledek dah empuk & inti nampak pekat, baru masukkan daun sup. Bila dah cukup rasa garam, matikan api.
BAHAN KULIT/DOH :
1/2 kati tepung gandum (org skrg tau ke kati2 ni..? hehe..)
1/2 cawan minyak masak - panaskan hingga betul2 panas
5 sudu besar marjerin
Air garam secukupnya untuk menguli - jangan terlalu masin
CARA :
1. Ramaskan marjerin dengan tepung hingga rata. Pastu, masukkan minyak yang tengah betul2 panas tu kedalamnya. Kacau guna senduk. Nak guna tangan pun boleh.. Hehe..
2. Gaulkan supaya minyak betol2 rata dengan tepung.
3. Pastu masukkan air garam untuk menguli. Sebatikan hingga adunan menjadi doh.
4. Pastu biarkan doh sebentar, tutup bekas simpanan doh dengan pinggan ker/apa jer la yg boleh ditutup.
5. Pastu, macam bese la prosesnya, buat doh bulat, buh inti, kelim (kelim sendiri lagi cantik dari kelim kepit.. huhu..)
6. Goreng dengan api yang sederhana besar, jangan panas sangat.
* Kalo tak tahan pedas, kurangkan cili keringnya yer..
No comments:
Post a Comment