Huhu.. Ni hari masak simple jek, kurma daging. Mula nak wat kari daging, tapi rempah kari daging abes lak, so kasik tukar sama dia jadi kurma. Hehe.. Tapi yg ni takder buah tomato, lada besar hijau, bawang goreng.. Tapi, kat respi Soda ada tulis tau.. Ngeee...
KURMA DAGING
RESEPI ASAL : My Mum
BAHAN TUMIS :
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1/2 inci kayu manis
4 biji buah pelaga
1/2 kilo daging
6 biji bwg merah - hiris
4 biji bwg putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 biji kelapa - ambil santannya (pekat)
1 paket rempah kurma
3 biji kentang - belah dua
2 sudu besar sos tomato
1/4 cawan susu cair
5 biji cili hijau
2 biji buah tomato - belah 4
2 sudu besar bwg goreng
CARA :
1. Tumiskan bahan tumis hingga wangi. Masukkan bwg merah & bwg putih hingga kekuningan.
2. Masukkan rempah kurma yang telah dbancuh dengan sedikit air. Kacau rempah sampai pekat & naik minyak.
3. Masukkan daging, kacau sampai daging kelihatan kecut.
4. Masukkan santan, kacau sentiasa kuahnya. Bila daging separuh masak, masukkan kentang.
5. Letakkan garam secukup rasa.
6. Biarkan kuah gelegak sampai kelihatan agak pekat sedikit.
7. Selepas itu, masukkan sos tomato, susu cair, bwg goreng, cili hijau & buah tomato.
8. Kacau rata, kemudian tutup api.
No comments:
Post a Comment