BISKUT SAMPAN - 1
RESEPI ASAL : Mak Kak Zaliana
PIC : Copy dari Kak Zaliana
Bahan-bahan
RESEPI ASAL : Mak Kak Zaliana
PIC : Copy dari Kak Zaliana
Bahan-bahan
125 gram mentega
75 gram gula halus
2 biji kuning telur
200 gram tepung gandum ( saya guna tepung rose)
1 sudu teh esen vanilla
Inti:
1/2 cawan kismis hitam @ campuran buah kering
1 cawan kelapa kering
10 biji ceri merah-potong kecil
10 biji ceri hijau-potong kecil
1/2 cawan susu pekat
CARA :
1. Satukan mentega dan gula,pukul hingga kembang. kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Gaul tepung sedikit demi sedikit.
2. Untuk inti, gaul semua bahan-bahan kecuali ceri.
3. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan sampan. Tekan dengan jari.Kemudian masukkan inti.Letakkan ceri merah dan ceri hijau ke atasnya dan bakar hingga masak.BISKUT SAMPAN - 2
RESEPI ASAL (Kitab Respi Soda) : Wan Sa'adah
Bilangan Biskut - 50biji
1 cawan gula icing
1 cawan marjerin
1/2 cawan tepung jagung
1/4 sudu kecil baking powder
1 titik pewarna kuning
*** Tepung Gandum ikut lembut
BAHAN INTI :
20 biji buah prune
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 sudu besar tepung jagung
BAHAN HIASAN :
1/2 cawan cornflakes
1 botol manik
CARA :
1. Buah prine di buang biji kemudian cincang, jerangkan air, masukkan buah prune biar sampai hancur.
2. Masukkan gula, gaul rata, masukkan tepung jagung, kacau sampai pekat & angkat kemudian sejukkan.
3. Pukul marjerin dengan gula. Masukkan kuning telur. Pukul lagi.
4. Masukkan susu tepung, baking powder, pewarna kuning, kacau.
5. Masukkan tepung gandum sedikit. Ulikan.
6. Sapukan marjerin di dalam acuan sampan. Masukkan adunan dalam acuan. Buatkan lekuk di tengahnya, letakkan inti.
7. Taburkan cornflakes diatas nya beserta manik tadi kemudian bakar hingga masak.
4 comments:
info tentang khasiat kismis kat sini - Rahsia Kismis
ARMOURIS : thanx yer, nati Soda terjah...
err..patik rase,lebih menarik klo upload gegambo beskut2..lagi masyuk..coz..in my opinion la..bile someone tgok gegambo beskut2 tu meriah a.k.a. menarik, mesti dieorg nk try wt plak..lbih2 lg makcik jenab,makcik zaiton,mak kepada cik salmah dan xlupe mak mertua kasim selamat yg melawat blog saudari..hehehe..sudi2lah mengunjung blog saye ye..
http://zackbudaksagi87.blogspot.com
patik yg ikhlas mengomen,
(xde unsur2 peperangan!!!..peace no war..)
-Zack dE gReAt-
ZACK : hehehe.. pes skali thanx u ehh adik zack coz sudi meringan kan tangan anda menaip komen di cini, sis soda mukan x mau masok beskot2 raya.. tapi sis soda nya buku khas utk biskut raya yg sedap2 ada di raub, sis kat sibu sarawak, masa ktrg pindah kat sini, buku beskot tak bawak, bawak buku masak jer & puding2...
mmg sis ada koleksi beskot2 kat sibu ni, tapi sis x bo nak kasik sembarangan, sebab x penah try,
kat blog ni, sis cuma letak respi yg pernah sis wat/peninggalan arwah nenek, kawan2 mak sis & mak sis jer atau yg terdapat kat tb, bila wat sedap, baru sis tepek kat blog ni.
Tak bani nak letak2 jer respi nati tak jadi org lain wat...
pjg lebar lak, penjawaban.. hehe...
Post a Comment