Thursday, August 13, 2009

Daging Goreng Kari

Wat masak ni kelmarin sebenanya, tapi terlambat jer nak post kat sini. 1st time masak ni, sebab dah jemu da nak masak daging ni wat gulai, kari & len2 lagi, hehe... So, mak cakap, try wat yang ni lak. Erm... Bila dah siap masak, ngap.. Erm, sedap gak!

DAGING GORENG KARI
Sumber : Rancangan 1001 Rasa Babas

1/2 kg daging di potong nipis
2 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu besar rempah kari
3 biji bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - hiris bulat
1/2 inci halia - hiris
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 sudu besar tomato sos
1 sudu kecil jintan manis - tumbuk
2 pokok daun bawang - hiris dalam 2 inci pjg
Sedikit garam

CARA :
1. Perapkan daging dengan serbuk lada hitam, rempah kari & garam.
2. Pastu, gorengkan daging hingga masak, angkat.
3. Tumiskan bawang putih, bawang besar, bunga cengkih, bunga lawang & halia.
4. Bila dah naik bau, bawang layu, masukkan daging tadi & juga soso tomato.
5. Masukkan pula sedikit garam.
6. Masukkan daun bawang, balik2 kan kejap, baru angkat.




2 comments:

blogresipi said...

Adoiii sedapnye nampak daging goreng kari die tuh.. kite nak makan thari kat sini jer lah... huhuhu

Soda Hikari said...

blogresepi : HEHE... meh ler singgah sini makan.. no problem.. tambah2 lagi nasik.. hehe