Monday, August 24, 2009

Daging Goreng Sambal

Bulan2 puasa ni, banyak sangat rancangan masak kat tb kan, semalam tgk Chef Liza masak paru. Adoiii.. Memang peberet Soda paru tu. Tapi, kat Sibu ni xde nampak org jual. Nak tak nak ganti dengan daging. Selamat mencuba...

DAGING GORENG SAMBAL
RESEPI ASAL : Chef Liza

1/2 kg daging - dipotong nipis
1 sudu besar gula melaka
Sedikit garam
1 biji limau nipis

BAHAN TUMIS :
5 biji cili merah - buang biji & tumbuk
20 biji cili api - tumbuk
4 biji bawang merah - tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - timbuk

BAHAN TUMBUK (Untuk Perap Daging) :
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu besar air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit

CARA :
1. Perapkan daging dgn bahan yang di tumbuk. Biarkan 15minit, kemudian goreng kan daging, bila dah masak, angkat & asingkan.
2. Pastu, tumiskan bahan utk di tumis, masukkan gula melaka, sedikit garam.
3. Kacau sampai sambal naik minyak. Sesuaikan rasanya (garam & gula), kemudian masukkan daging yang telah di goreng, air limau nipis, gaul rata & matikan api.




3 comments:

Lady of Leisure said...

wow nampak menyelerakan..
daging cam ni lah lady slalu makan kat kedai nasi padang...
daging dia macam keras/garing bahagian luar kan..
sedap..

Soda Hikari said...

Hai kak Lady : mmg sedap, ha'ah.. garing jer, mmg mantopp lah.. hehe

blogresipi said...

Daging bestnye....!!!