Friday, July 2, 2010

Nasi Ayam

NASI AYAM
RESEPI ASAL : My Mum

UNTUK SUP & AYAM GORENG:
1 ekor ayam - belah 4
2 keping kulit kayu manis
6 tangkai bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
2 paket sup bunjut adabi
2 inci halia - hiris
3 ketul kiub ayam Knorr
1 paket rempah sup adabi

PERAP AYAM:
Sos tiram knorr, kicap adabi manis & Madu

Cara :
1. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, sup bunjut, halia.
2. Masukkan air sampai penuh periuk, bila gelegak, masukkan kiub ayam, rempah adabi, buh sket garam.
3. Bila ayam dah betul2 masak, tutup api. Keluarkan ayam2 tu..
4. Bil ayam dah separuh sejuk, sapukan ayam tadi dgn kicap adabi manis/cap kicap udang & sos tiram knorr, madu sket satu persatu ayam tersebut.
5. Bila agak mesra bahan perap tadi, gorengkan ayam dalam minyak yg banyak.
** Jangan terlalu garing, biar lembut, perang sket dah cukup.


UNTUK NASI :
1. Cuci beras berapa pot yg dikehendaki, tumis kan sedikit bahan tumis seperti :
bwg.putih, halia, daun pandan 2 helai yg di simpul
2. Tumiskan guna 3 sudu besar butter, masukkan air rebusan ayam tadi, mengikut sukatan yg dikehendaki ke dalam beras yg sudah di cuci.
3. Tuangkan bahan yg di tumis tadi ke dalam periuk, kaco sedikit biar sebati.
4. Bila nasi dah masak, balik2 kan dengan senduk.

** Disebabkan, kuah utk sup dah di amek sket untuk masak nasi, so... kena tambah kan lagi air ke dalam periuk sup sebanyak mana yg mula2 masak tadi, masukkan garam, sesuaikan rasanya, bila gelegak, matikan api.

UNTUK ULAM :
1 biji salad / daun salad - bersihkan sehelai-sehelai
4 biji buah tomato - hiris bulat2
1 biji timun - hiris serong, pastu cakar2 guna garfu
Daun sup, daun bawang
Bawang goreng secukupnya

UNTUK SAMBAL :
6 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
=> blend kan guna air masak sket.. Pastu, bancuh bahan mesen dgn gula, cuka, garam & sos cili
=> kalo nak banyak, gandakan bahan2 ni yer..


No comments: